Pembiayaan ASB RHB

RHB Pembiayaan ASB
RHB Bank Berhad
Pinjaman daripada RHB Bank Berhad
Jenis Pinjaman Konvensional
Jumlah Pinjaman RM20000 hingga RM200000
Tempoh Pinjaman 5 Tahun hingga 40 Tahun
Margin Pinjaman 100% hingga 105%
Kadar Faedah Serendah Kadar Asas (KA) + 1.65% p.a
Kelayakan Warganegara Malaysia
Kelayakan Umur 18 hingga 70 Tahun
Rujuk kriteria pinjaman/pembiayaan lengkap pada maklumat di bawah
share-nodes
Kongsi

Pembiayaan ASB RHB adalah pelan pinjaman konvensional daripada RHB khusus untuk individu layak yang ingin melabur di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Pelaburan ASB adalah antara jenis pelaburan yang popular dan menjanjikan pulangan atau dividen yang lumayan. Oleh itu, kesempatan ini diambil oleh RHB untuk menawarkan sebuah pinjaman ASB yang sesuai bagi mereka yang ingin melabur di dalam ASB, tetapi kekurangan modal permulaan.

Pelan pinjaman ASB RHB ini menawarkan jumlah pinjaman ASB dari RM20,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pinjaman antara 5 hingga 40 tahun, atau sehingga anda berumur 70 tahun.

Caj kadar faedah yang dikenakan pula adalah bergantung kepada pakej pinjaman, atau sama ada anda mengambil perlindungan insurans GRTA atau tidak. Rujuk informasi di bawah untuk maklumat lanjut berhubung kadar faedah pinjaman ASB RHB, dan bagaimana untuk mohon.

Jumlah pinjaman

Pihak RHB membenarkan pinjaman dengan jumlah minimum RM20,000 sehingga RM200,000 berdasarkan kriteria peminjam seperti skor kredit, rekod kredit, jumlah pendapatan dan sebagainya.

Tempoh Pinjaman

Anda boleh pilih untuk buat bayaran balik dari 5 tahun hingga 40 tahun. Walau bagaimanapun, had umur ditetapkan pada 70 tahun. Jadi tempoh pinjaman maksimum adalah antara 40 tahun atau sehingga anda berumur 70 tahun, yang mana yang lebih awal.

Margin pinjaman

Margin pinjaman yang ditawarkan adalah 100% + 5%. Caj 5% ini adalah untuk caj Duti Setem, Cagaran dan Insurans.

Caj kadar faedah

Kadar faedah pinjaman ASB RHB adalah seperti di bawah.

Pemohon di bawah Joy@Work, MOHE, Anti-Attrition, ASBKU, KWSP, RHBAM, Attrited, MSAM, MAKSAK, RHB Group Banking Staff Package termasuk GRTA

  1. Pinjaman daripada RM20,000 hingga RM50,000 = Kadar Asas (KA) + 1.90% setahun (p.a).
  2. Pinjaman daripada RM50,000 hingga RM200,000 = Kadar Asas (KA) + 1.65% setahun (p.a).

Pinjaman termasuk perlindungan insurans GRTA

  1. Pinjaman daripada RM20,000 hingga RM50,000 = Kadar Asas (KA) + 2.00% setahun (p.a).
  2. Pinjaman daripada RM50,000 hingga RM200,000 = Kadar Asas (KA) + 1.70% setahun (p.a).

Pinjaman tidak termasuk perlindungan insurans GRTA

  1. Pinjaman daripada RM20,000 hingga RM50,000 = Kadar Asas (KA) + 2.05% setahun (p.a).
  2. Pinjaman daripada RM50,000 hingga RM200,000 = Kadar Asas (KA) + 1.80% setahun (p.a).

Kadar Asas Semasa (KAS) atau Base Rate (BR) untuk RHB ialah 2.75%.

Jadual bayaran balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi Pembiayaan ASB RHB. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.
Jadual pembayaran Pembiayaan ASB RHB
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Syarat kelayakan mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon pembiayaan ASB RHB.

  • Warganegara Malaysia.
  • Status Bumiputera.
  • Berumur 21 dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
  • Tidak mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) di mana-mana institusi kewangan (Bank / Koperasi / Kredit Komuniti).
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda layak, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut untuk meneruskan permohonan.

Bekerja makan gaji

  • Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini atau Salinan penyata akaun bank kemasukan gaji 3 bulan terkini atau Salinan penyata KWSP 6 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan atau surat pengesahan jawatan sekiranya bekerja kurang daripada 6 bulan.

Bekerja sendiri

  • Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  • Salinan penyata akaun bank peribadi atau syarikat 6 bulan terkini atau Borang B/BE dengan resit bayaran cukai LHDN.

Penerima komisen

  • Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  • Penyata komisen 6 bulan terkini.
  • Salinan penyata akaun bank kemasukan komisen 6 bulan terkini atau Borang BE dengan resit bayaran cukai LHDN.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj yang dikenakan untuk pinjaman ASB RHB ini.

Caj umum

  • Duti setem.
  • Yuran Sijil ASNB (RM50 setiap Sijil)
  • Insurans (pilihan).

Caj lewat bayar

Penalti lewat bayar sebanyak 1% setahun akan dikenakan daripada amaun tertunggak.

Caj penamatan awal

Jika anda buat penamatan awal dalam tempoh 2 tahun pertama daripada tarikh pinjaman lulus, anda akan dikenakan yuran keluar (exit fee) sebagai ganti rugi kepada pihak RHB. Yuran ini akan dikira oleh pihak RHB berdasarkan ciri pinjaman anda dengan mengambil kira promosi (jika ada).

Cara Mohon Pembiayaan ASB RHB

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.

Anda boleh mohon pinjaman ASB RHB melalui kaedah berikut:

  1. Kunjungi cawangan RHB terdekat. Rujuk senarai cawangan RHB.
  2. Mohon melalui laman web rasmi RHB.
  3. Muat turun borang permohonan Pinjaman ASB RHB daripada laman web rasmi RHB, isi dan hantar kepada pihak RHB.

Ada soalan tentang Pembiayaan ASB RHB?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

7 Comments
Inline Feedbacks
View all comments