Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB

CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB
Pinjaman daripada CIMB Bank Berhad
Jenis Pinjaman
Islamik
Jumlah Pembiayaan
RM10000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan
5 tahun - 40 tahun
Margin Pembiayaan
100% p.a - 105% p.a
Kadar Keuntungan
Kadar Asas (KA) + 1.20% p.a
Kelayakan Umur
18 hingga 70 tahun
Rujuk kriteria pinjaman/pembiayaan lengkap pada maklumat di bawah

CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB merupakan pelan pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB / ASB 2) daripada CIMB Malaysia. Pembiayaan ini adalah pinjaman Islamik yang berasaskan konsep Komoditi Murababah atau Tawarruq.

Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM10,000 hingga jumlah pembiayaan maksimum RM200,000. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula ialah antara 5 tahun hingga 40 tahun dengan perkongsian kadar keuntungan tahunan yang sangat berpatutan, iaitu Kadar Asas Islamik (KAI) + 1.20% p.a.

Sekiranya permohonan CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB anda lulus, anda akan menerima margin pembiayaan 100%, atau tambahan 5% untuk perlindungan Takaful. Anda boleh memilih untuk melanggan perlindungan “Group Term Financing Takaful (GTFT) bersama pembiayaan anda.

Pelan pembiayaan ASB CIMB ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia, Bumiputera yang berumur 18 tahun ke atas, dan berumur tidak lebih daripada 70 tahun pada tarikh akhir bayaran pembiayaan.

Sekiranya anda berminat untuk mohon CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB, baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap pinjaman seperti syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran balik dan bagaimana untuk mohon pelan pembiayaan ini.

Jumlah pembiayaan

Anda boleh mohon dari pembiayaan minimum RM[types field=’asb-pinjaman-min’ output=’raw’][/types] hingga pembiayaan maksimum RM[types field=’asb-pinjaman-max’ output=’raw’][/types]. Walaupun anda boleh mohon jumlah yang diingini, jumlah kelulusan yang akan lulus masih bergantung kepada penilaian yang dilakukan oleh pihak CIMB seperti penilaian kredit, risiko dan sebagainya.

Tempoh pembiayaan

Pihak CIMB membenarkan tempoh pembiayaan dari [types field=’asb-tempoh-min’ output=’raw’][/types] tahun hingga [types field=’asb-tempoh-max’ output=’raw’][/types] tahun atau sehingga anda mencapai umur [types field=’asb-umur-max’ output=’raw’][/types] tahun. Ini adalah tempoh pembiayaan yang panjang berbanding pinjaman / pembiayaan ASB / ASB 2 dari Institusi kewangan yang lain.

Margin pembiayaan

Margin pembiayaan yang ditawarkan adalah bergantung sama ada anda mengambil perlindungan Takaul atau tidak.

  • 100% ke atas nilai nominal unit ASB
  • 105% (jika termasuk Perlindungan Peribadi Takaful “Group Term Financing” (GTFT) dan/atau yuran/caj)

Caj kadar keuntungan

Caj perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan oleh pihak CIMB untuk CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB adalah seperti berikut:-

  1. Kadar Asas (KA) + [types field=’asb-faedah-max’ output=’raw’][/types]% p.a.

Kadar Asas (KA) semasa untuk CIMB ialah [types field=’asb-kadar-asas’ output=’raw’][/types]% p.a.

Jumlah Pembiayaan Kadar dikenakan
Pembiayaan RM30,000 ke atas dengan tempoh 5 hingga 20 tahun KA + 0.70% setahun (p.a)
Pembiayaan RM30,000 ke atas dengan tempoh 21 hingga 40 tahun KA + 0.75% setahun (p.a)
Pembiayaan bawah RM30,000 KA + 1.10% setahun (p.a)

Kadar keuntungan yang dikenakan semasa tempoh promosi adalah sangat berpatutan. Jadi sesuai bagi mereka yang sedang mencari pembiayaan ASB yang tidak membebankan.

Jadual bayaran balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.
Jadual pembayaran CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Syarat kelayakan mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang lengkap untuk mohon CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
  • Tidak mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) di mana-mana institusi kewangan (Bank / Koperasi / Kredit Komuniti).
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda layak, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut untuk meneruskan permohonan anda.

Bekerja makan gaji

  1. Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  2. Bukti pendapatan (salah satu daripada dokumen berikut): – Salinan slip gaji 1 bulan terkini (pendapatan tetap) atau 3 bulan terkini (pendapatan tidak tetap). – Baucar bayaran 3 bulan terkini dan penyata bank akaun simpanan gaji dikredit. – Salinan penyata KWSP terkini.

*Untuk pelanggan CIMB Payroll anda perlu sediakan penyata bank 3 bulan terkini.

Bekerja sendiri

  1. Salinan kad pengenalan (My Kad).
  2. Bukti pendapatan (salah satu daripada dokumen berikut): – Salinan penyata akaun bank semasa 6 bulan terkini. – Salinan penyata keuntungan Deposit Berjangka lebih dari 12 bulan. – Salinan penyata dividen ASNB. – Salinan penyata akaun Tabung Haji 6 bulan terkini.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan pembiayaan anda lulus.

Caj umum

  • Duti setem.
  • Yuran Sijil ASNB (RM50 setiap Sijil)

Caj lewat bayar

  • Anda akan dikenakan denda atau penalti lewat bayar (Ta`widh) sebanyak 1% setahun daripada jumlah tertunggak.
  • Sekiranya anda gagal buat bayaran ansuran untuk 2 bulan, pihak CIMB berhak menjual Sijil ASB dan mengambil tindakan undang-undang.
  • Pihak CIMB berhak mengenakan Kadar Pasaran Kewangan Interbank (IIMM) sekiranya anda gagal membayar baki keseluruhan pembiayaan selepas tempoh matang, atau sehingga penghakiman – yang mana yang dahulu.

Caj penamatan awal

Oleh kerana ini adalah pembiayaan Islamik, anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau penalti sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman lebih awal. Anda juga boleh memilih untuk meneruskan perlindungan pelan GTFT anda.

Cara Mohon CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.

Anda boleh mohon CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB dengan mengunjungi cawangan CIMB Bank berdekatan anda. Lihat senarai semua cawangan CIMB di laman Cawangan CIMB.

Ada soalan tentang CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

19 Comments
Terbaru
Terakhir