AmBank Term Financing-i Secured by ASB/ASB2 Certificate

Ambank Term Financing-i Secured by ASB/ASB2 Certificate
Ambank (M) Berhad
Pinjaman daripada AmBank (M) Berhad
Jenis Pinjaman Islamik
Jumlah Pembiayaan RM10000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 5 Tahun hingga 40 Tahun
Margin Pembiayaan 100% hingga 105%
Kadar Keuntungan Serendah Kadar Asas (KA) + 0.90% p.a
Kelayakan Warganegara Malaysia
Kelayakan Umur 18 hingga 70 Tahun
Rujuk kriteria pinjaman/pembiayaan lengkap pada maklumat di bawah
share-nodes
Kongsi

AmBank menawarkan dua pelan pinjaman ASB, iaitu pinjaman konvensional dan pembiayaan Islamik. AmBank Term Financing-i secured by ASB/ASB2 certificate adalah pelan pembiayaan Islamik yang mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh konsep perbankan Islam.

Sekiranya anda ingin pinjaman ASB AmBank konvensional, rujuk Ambank Term Loan ASB / ASB2.

Pembiayaan bertempoh AmBank dijamin oleh sijil ASB/ASB2 ini menawarkan jumlah pembiayaan dari RM10,000 hingga jumlah maksimum RM200,000. Margin pembiayaan yang ditawarkan ialah dari 100% atau 105%, bergantung kepada penilaian kredit oleh pihak AmBank.

Pelan pinjaman ASB AmBank ini ditawarkan kepada Bumiputera yang berumur antara 18 hingga 70 tahun. Anda boleh buat pembiayaan dalam tempoh 5 tahun sehingga 40 tahun. Tempoh pembiayaan maksimum yang dibenarkan bergantung sama anda mencapai umur 70 tahun, atau tempoh 40 tahun pembiayaan – yang mana yang lebih awal.

Caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah sangat menguntungkan, iaitu Kadar Asas + 0.90% setahun (p.a). Rujuk bahagian caj di bawah untuk maklumat lanjut.

Berminat untuk mohon pembiayaan ASB AmBank? Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk syarat kelayakan lengkap, jadual pinjaman dan bagaimana untuk mohon dengan mudah.

Jumlah pembiayaan

Anda boleh mohon dari jumlah minimum RM10,000 hingga jumlah maksimum RM200,000. Walau bagaimanapun, jumlah permohonan yang lulus akan ditentukan oleh pihak AmBank berdasarkan penilaian terhadap beberapa faktor.

Tempoh pembiayaan

Tempoh pembiayaan yang dibenarkan adalah antara 5 hingga 40 tahun, atau sehingga anda mencapai umur 70 tahun. Seperti juga jumlah pembiayaan, tempoh yang dibenarkan akan ditentukan oleh pihak AmBank.

Margin pembiayaan

Margin pembiayaan yang ditawarkan adalah dari 100% hingga 105%. Jumlah margin ini bergantung sama ada anda mengambil perlindungan Takaful atau tidak.

  • 100% ke atas nilai nominal unit ASB / ASB2
  • 100 %+ 5% (Termasuk perlindungan Reducing Term Takaful (RTT)).

Caj kadar keuntungan

Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan adalah berdasarkan kiraan berikut.

  1. Kadar Asas (KA) + 0.90% p.a (setahun).

Kadar Asas (KA) atau Base Rate (BR) semasa untuk AmBank (M) Berhad ialah 2.60%.

Jadual bayaran balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi AmBank Term Financing-i Secured by ASB/ASB2 Certificate. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.
Jadual pembayaran AmBank Term Financing-i Secured by ASB/ASB2 Certificate
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Syarat kelayakan mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang lengkap untuk mohon pelan pembiayaan ASB/ASB2 AmBank

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
  • Tidak mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) di mana-mana institusi kewangan (Bank / Koperasi / Kredit Komuniti).
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini adalah sangat ringkas dan tidak membebankan. Anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen berikut.

  1. 3 salinan pengenalan diri (MyKad / My Tentera).
  2. Salinan bukti pendapatan
    – 3 bulan slip gaji untuk makan gaji.
    – 6 bulan penyata pendapatan untuk bekerja sendiri.
  3. Penyata mini ASB/ASB2.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan untuk pelan Ambank Term Financing-i Secured by ASB/ASB2 Certificate.

Caj umum

  • Duti setem.
  • Yuran Sijil ASNB (RM50 setiap Sijil).

Caj lewat bayar

Anda akan dikenakan denda atau penalti lewat bayar sebanyak 1% setahun daripada jumlah tertunggak. Sekiranya anda gagal buat bayaran ansuran untuk 2 bulan, pihak AmBank berhak menjual Sijil ASB dan mengambil tindakan undang-undang.

Situasi ini juga akan memberi kesan terhadap skor dan rekod kredit anda. Jadi anda dinasihatkan tidak lewat buat bayaran setiap bulan.

Caj penamatan awal

Anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau fi penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda ingin membayar keseluruhan pinjaman lebih awal daripada tempoh kontrak.

Cara Mohon AmBank Term Financing-i Secured by ASB/ASB2 Certificate

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.

Anda boleh mohon pelan pinjaman ASB AmBank ini dengan kaedah berikut.

  1. Kunjungi cawangan AmBank (M) berdekatan anda. Lihat senarai cawangan AmBank.
  2. Mohon melalui laman web rasmi AmBank.

Ada soalan tentang AmBank Term Financing-i Secured by ASB/ASB2 Certificate?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

10 Comments
Inline Feedbacks
View all comments