Maybank Pembiayaan ASB

Jenis Pinjaman Konvensional
Jumlah Pinjaman RM10000 hingga RM200000
Tempoh Pinjaman 5 Tahun hingga 35 Tahun
Margin Pinjaman 100% hingga 105%
Kadar Faedah Serendah Kadar Asas (KA) + 1.55% p.a
Kelayakan Warganegara Malaysia
Kelayakan Umur 18 hingga 70 Tahun
Rujuk kriteria pinjaman/pembiayaan lengkap pada maklumat di bawah
share-nodes
Kongsi

Maybank Pembiayaan ASB adalah sebuah pelan pinjaman ASB konvensional daripada Maybank Malaysia. Pelan pembiayaan berjangka ini ditawarkan khusus kepada individu yang ingin melabur di dalam Unit Amanah Saham Bumiputera tetapi kekurangan modal untuk memulakan pelaburan. 

Permohonan pelan ini tidak memerlukan penjamin atau cagaran kerana Unit Pelaburan Amanah Saham Bumiputera itu sendiri akan digunakan sebagai cagaran.

Sekiranya berminat, anda boleh mohon jumlah pinjaman daripada serendah RM10,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum RM200,000. Walaupun anda boleh mohon jumlah maksimum, kelulusan masih tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan dan pihak Maybank berhak menentukan jumlah maksimum yang akan diluluskan.

Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan untuk Maybank Pembiayaan ASB adalah berdasarkan kadar asas semasa (KA). Kadar faedah bermula dari Kadar Asas + 1.55% setahun sehingga Kadar Asas + 2.05% setahun. Anda boleh rujuk bahagian Caj Kadar Faedah yang dikenakan di bawah untuk maklumat lengkap berhubung kadar faedah yang dikenakan.

Pelan pinjaman ASB Konvensional ini dibuka permohonan kepada warganegara Malaysia dengan status Bumiputera, berumur antara 18 hingga 70 tahun pada tarikh akhir pinjaman. Tempoh pinjaman yang dibenarkan pula adalah antara 5 hingga 35 tahun. Ini bermaksud pemohon boleh buat pinjaman sehingga 35 tahun, atau sehingga anda berumur 70 tahun – yang mana yang lebih awal.

Pihak Maybank juga menawarkan perlindungan Insurans untuk pelan pinjaman ASB anda. Pemohon boleh pilih untuk mengambil perlindungan insurans daripada panel syarikat insurans Maybank, atau syarikat insurans pilihan sendiri. Syarikat tersebut mestilah diluluskan oleh Bank. Sekiranya peminjam mengambil perlindungan insurans daripada panel syarikat Maybank,  mereka hanya akan dilindungi sehingga 30 tahun sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk mohon Maybank Pembiayaan ASB, baca maklumat lengkap di bawah termasuk cara untuk mohon.

Jumlah pinjaman

Pelan pinjaman ASB Maybank ini menawarkan jumlah pinjaman daripada RM10,000 hingga RM200,000. Anda digalakkan mohon mengikut kemampuan untuk meningkatkan peluang lulus kerana jumlah pinjaman yang lulus akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Maybank berdasarkan kelayakan anda.

Tempoh Pinjaman

Anda boleh pilih untuk mohon tempoh pembiayaan daripada 5 tahun hingga 35 tahun, atau sehingga anda berumur 70 tahun ketika akhir pembiayaan. Seperti juga jumlah pinjaman, besar kemungkinan tempoh pembiayaan akan ditetapkan oleh Maybank setelah meneliti kelayakan anda.

Margin pinjaman

Margin pembiayaan yang ditawarkan adalah bergantung sama ada anda mengambil perlindungan peribadi atau tidak.

  • 100% ke atas nilai nominal unit ASB
  • 105% (jika termasuk Perlindungan Peribadi Pengurangan Berjangka (PRTA) dan/atau yuran/caj)

Caj kadar faedah

Caj kadar faedah tahunan dikira berdasarkan Kadar Asas Semasa (KA), jumlah pembiayaan, tempoh pembiayaan dan sama ada anda mengambil Perlindungan Peribadi Pengurangan Berjangka (PRTA) atau tidak. Rujuk senarai di bawah untuk penerangan lengkap berhubung kadar faedah pinjaman ASB Maybank.

Pembiayaan kurang daripada RM30,000

  1. Pembiayaan kurang daripada RM30,000 dan tempoh kurang daripada 30 tahun = Kadar Asas (KA) + 1.90% setahun termasuk PRTA atau Kadar Asas (KA) + 2.00% setahun tanpa PRTA.
  2. Pembiayaan kurang daripada RM30,000 dan tempoh melebihi 30 tahun = Kadar Asas (KA) + 1.95% setahun termasuk PRTA atau Kadar Asas (KA) + 2.05% setahun tanpa PRTA.

Pembiayaan melebihi RM30,000 3 tahun pertama

  1. Pembiayaan melebih RM30,000 dan tempoh kurang daripada 30 tahun = Kadar Asas (KA) + 1.55% setahun termasuk PRTA atau Kadar Asas (KA) + 1.65% setahun tanpa PRTA.
  2. Pembiayaan melebih RM30,000 dan tempoh lebih daripada 30 tahun = Kadar Asas (KA) + 1.60% setahun termasuk PRTA atau Kadar Asas (KA) + 1.70% setahun tanpa PRTA.

Pembiayaan melebihi RM30,000 4 tahun berikutnya

  1. Pembiayaan melebih RM30,000 dan tempoh kurang daripada 30 tahun = Kadar Asas (KA) + 1.80% setahun termasuk PRTA atau Kadar Asas (KA) + 1.90% setahun tanpa PRTA.
  2. Pembiayaan melebih RM30,000 dan tempoh lebih daripada 30 tahun = Kadar Asas (KA) + 1.85% setahun termasuk PRTA atau Kadar Asas (KA) + 1.95% setahun tanpa PRTA.

Kadar Asas (KA) / Base Rate (BR) semasa untuk Maybank ialah 1.75%.

Jadual bayaran balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi Maybank Pembiayaan ASB. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.
Jadual pembayaran Maybank Pembiayaan ASB
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Syarat kelayakan mohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
  • Tidak mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) di mana-mana institusi kewangan (Bank / Koperasi / Kredit Komuniti).
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera)
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini, atau sebarang bukti pendapatan seperti penyata akaun bank dan sebagainya.
  3. Tangkapan skrin (screenshot) nombor akaun pemegang unit ASNB.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan pinjaman ASB Maybank anda lulus.

Caj Umum

  • Duti setem.
  • Yuran Sijil ASNB (RM50 setiap Sijil)

Caj Lewat Bayar

  • Caj pembayaran lewat sebanyak 1% akan dikenakan daripada jumlah tertunggak sehingga tarikh bayaran semula.
  • Sekiranya anda gagal buat bayaran bulanan selama 3 bulan berturut-turut, pihak Maybank berhak menukar kadar faedah kepada KA + 6.15% dengan memberi notis. Kadar akan kembali ke asal setelah anda selesaikan tunggakan.

Caj Penamatan Awal Tidak ada caj atau penalti dikenakan sekiranya anda menjelaskan sepenuhnya pembiayaan sebelum tamat tempoh.

Cara Mohon Maybank Pembiayaan ASB

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.

Anda boleh mohon pelan pinjaman Maybank Pembiayaan ASB-i melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Mohon secara atas-talian (online) di laman sesawang Maybank2u.
  2. Kunjungi cawangan Maybank terdekat. Anda boleh rujuk cawangan Maybank berhampiran anda di laman senarai cawangan Maybank
  3. Muat turun borang permohonan di laman web Maybank2u, isi dan hantar atau  pos ke alamat yang tertera di borang permohonan.

Ada soalan tentang Maybank Pembiayaan ASB?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

5 Comments
Inline Feedbacks
View all comments