Hong Leong Pembiayaan ASB-i

Hong Leong ASB-i
Hong Leong Bank Berhad
Pinjaman daripada Hong Leong Bank Berhad
Jenis Pinjaman Islamik
Jumlah Pembiayaan RM10000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 5 Tahun hingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan 100% hingga 105%
Kadar Keuntungan Serendah Kadar Asas (KA) + 1.62% p.a
Kelayakan Warganegara Malaysia
Kelayakan Umur 18 hingga 60 Tahun
Rujuk kriteria pinjaman/pembiayaan lengkap pada maklumat di bawah
share-nodes
Kongsi

Hong Leong Pembiayaan ASB-i ditawarkan oleh pihak Hong Leong Bank (HLB) untuk individu yang ingin melabur di dalam Unit Amanah Saham Bumiputera. Pelan pembiayaan ASB ini adalah pinjaman Islamik yang 100% patuh Syariah yang berasaskan konsep Murabahah dan Tawarruq.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari serendah RM10,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun. Margin pembiayaan untuk Hong Leong Pembiayaan ASB-i ialah 100% atau tambahan 5% sekiranya anda mengambil perlindungan Takaful. Perkongsian kadar keuntungan tahunan yang dikenakan juga agak berpatutan iaitu Kadar Asas (KA) + 1.62% p.a. Pihak HLB menggunakan Kadar Asas Islamik (KAI) atau Islamic Base Rate (IBR) untuk pelan pembiayaan ini.

Syarat kelayakan untuk mohon pelan pembiayaan ini juga tidak membebankan. Anda cuma perlu berumur 18 tahun ke atas dan berumur tidak lebih dari 60 tahun pada tarikh akhir bayaran pembiayaan anda. Pihak Hong Leong juga membenarkan sehingga 2 permohonan bersama untuk ahli keluarga terdekat.

Baca lebih lanjut maklumat lengkap tentang Hong Leong ASB-i pada maklumat di bawah.

Jumlah pembiayaan

Anda boleh mohon dari jumlah minimum RM10,000 hingga jumlah maksimum RM200,000. Seperti kebanyakan pelan pembiayaan atau pinjaman, jumlah lulus akhir akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan faktor seperti penilaian kredit, tanggungan risiko dan sebagainya.

Tempoh pembiayaan

Pihak Hong Leong membenarkan tempoh bayaran balik dari 5 tahun hingga 35 tahun atau sehingga anda berumur 65 tahun, yang mana yang lebih awal.

Margin pembiayaan

Margin pembiayaan yang ditawarkan adalah bergantung sama ada anda mengambil perlindungan peribadi atau tidak.

  • 100% ke atas nilai nominal unit ASB
  • 105% (jika termasuk Perlindungan Peribadi Takaful Berjangka Berkurangan ASB (ARTT) dan/atau yuran/caj)

Caj kadar keuntungan

Pengiraan caj perkongsian kadar keuntungan yang telah ditetapkan oleh pihak HLB terhadap pelan Hong Leong Pembiayaan ASB-i adalah seperti berikut:

  1. Kadar Asas (KAI) + 1.62% setahun (p.a).

Kadar Asas Islamik (KAI) / Islamic Base Rate (IBR) semasa untuk Hong Leong Bank ialah 2.63%.

Jadual bayaran balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi Hong Leong Pembiayaan ASB-i. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.
Jadual pembayaran Hong Leong Pembiayaan ASB-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Syarat kelayakan mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang lengkap untuk mohon Hong Leong Pembiayaan ASB-i.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
  • Tidak mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) di mana-mana institusi kewangan (Bank / Koperasi / Kredit Komuniti).
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Dokumen yang diperlukan

Berikut ialah dokumen yang anda perlu sediakan untuk mohon pelan ASB-i sekiranya anda cukup syarat kelayakan yang dinyatakan sebelum ini.

Bekerja makan gaji

  1. Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  2. Salinan penyata ASB / ASB2.
  3. Salinan slip gaji 3 bulan terkini ATAU Borang BE terkini ATAU Salinan penyata KWSP terkini ATAU Salinan penyata bank 3 bulan terkini.
  4. Surat pengesahan majikan.

Bekerja sendiri

  1. Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  2. Salinan penyata ASB / ASB2.
  3. Borang B terkini ATAU Penyata komisen 6 bulan terkini ATAU Salinan penyata bank 6 bulan terkini.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan pembiayaan ASB-i anda lulus.

Caj umum

  • Duti setem.
  • Yuran Sijil ASNB (RM50 setiap Sijil)

Caj lewat bayar

  • Anda akan dikenakan denda atau penalti lewat bayar (Ta`widh) sebanyak 1% setahun daripada jumlah tertunggak.
  • Sekiranya anda gagal buat bayaran ansuran untuk 2 bulan, pihak Hong Leong berhak menjual Sijil ASB dan mengambil tindakan undang-undang.
  • Pihak Hong Leong berhak mengenakan Kadar Pasaran Kewangan Interbank (IIMM) sekiranya anda gagal membayar baki keseluruhan pembiayaan selepas tempoh matang, atau sehingga penghakiman – yang mana yang dahulu.

Caj penamatan awal

Oleh kerana ini adalah pembiayaan Islamik, anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau penalti sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman lebih awal dari tempoh kontrak. Pihak Hong Leong Bank juga akan memberi rebat (Ibra’).

Cara Mohon Hong Leong Pembiayaan ASB-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.

Anda boleh mohon Hong Leong ASB-i melalui saluran berikut:

  1. Kunjungi cawangan Hong Leong Bank terdekat. Anda boleh rujuk cawangan HLB berdekatan di laman senarai cawangan Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic.
  2. Mohon secara atas-talian (online) melalui laman sesawang (web) Hong Leong Islamic Bank.

Ada soalan tentang Hong Leong Pembiayaan ASB-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments