Pinjaman Affin ASB & ASB2

Pinjaman Affin ASB & ASB2
Affin Bank Berhad
Pinjaman daripada Affin Bank Berhad
Jenis Pinjaman Konvensional
Jumlah Pinjaman RM10000 hingga RM200000
Tempoh Pinjaman 5 Tahun hingga 40 Tahun
Margin Pinjaman 100% hingga 105%
Kadar Faedah Serendah Kadar Asas (KA) + 1.40% p.a
Kelayakan Warganegara Malaysia
Kelayakan Umur 21 hingga 70 Tahun
Rujuk kriteria pinjaman/pembiayaan lengkap pada maklumat di bawah
share-nodes
Kongsi

Nak buat pinjaman ASB dengan tempoh pinjaman yang panjang? Pelan Pinjaman Affin ASB & ASB2 mungkin pelan yang sesuai untuk anda. Pelan pinjaman konvensional yang ditawarkan oleh pihak Affin Bank ini menawarkan tempoh bayaran balik sehingga 40 tahun, atau sehingga anda berumur 70 tahun – yang mana yang lebih awal.

Anda boleh mohon dari serendah RM10,000 hingga pinjaman maksimum RM200,000 dan margin pinjaman yang ditawarkan ialah antara 100% atau 105%. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan adalah bergantung kepada jumlah pinjaman yang lulus dan kadar asas semasa, iaitu antara 4.25% p.a hingga 4.45% p.a.

Pihak Affin menawarkan perlindungan insurans dalam bentuk Jaminan Pengurangan Amanah Saham Berjangka (ASTRA) untuk Pinjaman Affin ASB & ASB2. Pelan ini memberikan perlindungan sekiranya anda mengalami kecelakaan seperti meninggal dunia, penyakit atau kemalangan.

Untuk mohon anda perlu berumur 21 tahun ke atas dan berumur tidak lebih daripada 70 tahun pada tarikh akhir bayaran. Baca lebih lanjut maklumat di bawah tentang pinjaman ASB Affin Bank sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman ini.

Jumlah pinjaman

Anda boleh pilih untuk buat pinjaman serendah RM10,000 hingga pinjaman maksimum RM200,000. Pihak Affin Bank akan melakukan penilaian kredit dan beberapa semakan lain sebelum meluluskan jumlah pinjaman yang anda mohon.

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman yang dibenarkan untuk Affin ASB & ASB2 adalah dari 5 tahun hingga tempoh pinjaman maksimum 40 tahun. Walau bagaimanapun, anda perlu berumur tidak lebih daripada 70 tahun pada tarikh akhir bayaran pinjaman.

Margin pinjaman

Pihak Affin menawarkan dua margin pinjaman, iaitu:

  • 100% ke atas nilai nominal unit ASB/ASB2.
  • 105% jika anda memilih untuk mengambil perlindungan Jaminan Pengurangan Amanah Saham Berjangka (ASRTA).

Caj kadar faedah

Kadar faedah yang dikenakan adalah bergantung kepada jumlah pinjaman yang lulus.

  1. Pinjaman RM5,000 hingga RM49,999 = Kadar Asas (KA) + 1.75% setahun (p.a).
  2. Pinjaman RM50,000 hingga RM200,000 = Kadar Asas (KA) + 1.40% setahun (p.a).

Kadar Asas (KA) / Base Rate (BR) semasa untuk Affin Bank ialah 3.00% p.a.

Jadual bayaran balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi Pinjaman Affin ASB & ASB2. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.
Jadual pembayaran Pinjaman Affin ASB & ASB2
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Syarat kelayakan mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
  • Tidak mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) di mana-mana institusi kewangan (Bank / Koperasi / Kredit Komuniti).
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Dokumen yang diperlukan

Anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut sekiranya anda layak untuk mohon.

  1. Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini, atau sebarang bukti pendapatan.
  3. Penyata mini ASB.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi untuk pinjaman Affin ASB & ASB2.

  1. Duti Setem.
  2. Yuran Sijil ASNB (RM50/sijil).

Caj lewat bayar

  • Penalti lewat bayar sebanyak 1% setahun daripada jumlah tertunggak.
  • Jika anda mempunyai tunggakan lebih dari 2 bulan, Sijil ASB/ASB2 anda akan dicairkan oleh pihak Affin Bank.

Cara Mohon Pinjaman Affin ASB & ASB2

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.

Anda boleh mohon pinjaman Affin ASB & ASB2 dengan kaedah-kaedah berikut:

  1. Kunjungi cawangan Affin Bank berdekatan anda. Rujuk senarai cawangan Affin Bank.
  2. Mohon secara atas talian melalui laman sesawang Affin Online.

Ada soalan tentang Pinjaman Affin ASB & ASB2?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

36 Comments
Inline Feedbacks
View all comments