Tak layak?
Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.
Jenis Pinjaman | Konvensional |
Jumlah Pinjaman | RM10000 hingga RM200000 |
Tempoh Pinjaman | 5 Tahun hingga 40 Tahun |
Margin Pinjaman | 100% hingga 105% |
Kadar Faedah | Serendah Kadar Asas (KA) + 0.90% p.a |
Kelayakan | Warganegara Malaysia |
Kelayakan Umur | 18 hingga 40 Tahun |
AmBank Term Loan ASB / ASB2 adalah salah satu daripada dua pelan pinjaman ASB yang ditawarkan oleh AmBank Berhad. Pelan ini yang juga dikenali sebagai AmBank Pinjaman Bertempoh ASB / ASB2 adalah pinjaman konvensional tidak bercagar dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan tempoh pinjaman yang panjang.
Anda boleh mohon sehingga RM200,000 dalam tempoh antara 5 hingga 40 tahun, atau sehingga anda mencapai umur 70 tahun – yang mana yang lebih awal. Margin pinjaman yang ditawarkan pula ialah sehingga 105% sekiranya permohonan anda lulus. Pinjaman ini mengenakan caj kadar faedah yang sangat berpatutan, iaitu bermula dari 3.50% setahun. Oleh kerana kadar faedah dikira berdasarkan kadar asas atau base rate, jumlah ini mungkin berubah sepanjang tempoh pinjaman anda.
Perlindungan Insurans disertakan dalam bentuk Decreasing Term Assurance (DTA). Perlindungan ini adalah pilihan dan anda boleh pilih untuk mengambil pelan perlindungan ini atau tidak.
Pelan AmBank Term Loan ASB/ASB2 di tawarkan kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 70 tahun. Baca lebih lanjut tentang pinjaman ini pada maklumat lengkap di bawah termasuk kaedah untuk mohon.
Pinjaman AmBank Term Loan ASB / ASB2 menawarkan jumlah pinjaman minimum RM10,000 hingga jumlah pinjaman maksimum RM200,000. Jumlah lulus akhir akan ditentukan oleh skor dan rekod kredit anda setelah pihak AmBank melakukan penilaian terhadap permohonan anda.
Anda boleh pilih tempoh pinjaman dari 5 tahun hingga 40 tahun, atau sehingga anda berumur 70 tahun – yang mana yang lebih awal. Seperti juga jumlah pinjaman, tempoh pinjaman akhir akan dimaklumkan oleh pihak AmBank berdasarkan penilaian terhadap permohonan.
Margin pinjaman yang ditawarkan adalah dari 100% hingga 105%. Jumlah margin ini bergantung sama ada anda mengambil perlindungan insurans atau tidak.
Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan adalah berdasarkan kiraan berikut.
Kadar Asas (KA) atau Base Rate (BR) semasa untuk AmBank (M) Berhad ialah 2.60%.
Berikut ialah syarat kelayakan yang lengkap untuk mohon pelan pembiayaan ASB/ASB2 AmBank
Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.
Dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini adalah sangat ringkas dan tidak membebankan. Anda hanya perlu sediakan dokumen-dokumen berikut.
Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan untuk pelan AmBank Term Loan ASB/ASB2.
Caj umum
Caj lewat bayar
Anda akan dikenakan denda atau penalti lewat bayar sebanyak 1% setahun daripada jumlah tertunggak. Sekiranya anda gagal buat bayaran ansuran untuk 2 bulan, pihak AmBank berhak menjual Sijil ASB dan mengambil tindakan undang-undang.
Situasi ini juga akan memberi kesan terhadap skor dan rekod kredit anda. Jadi anda dinasihatkan tidak lewat buat bayaran setiap bulan.
Caj penamatan awal
Anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau fi penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda ingin membayar keseluruhan pinjaman lebih awal daripada tempoh kontrak.
Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.
Anda boleh mohon pelan pinjaman ASB AmBank ini dengan kaedah berikut.