Bank Islam ASB Financing-i

Bank Islam ASB Financing-i
Bank Islam Malaysia Berhad
Pinjaman daripada Bank Islam Malaysia Berhad
Jenis Pinjaman Islamik
Jumlah Pembiayaan RM10000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 1 Tahun hingga 40 Tahun
Margin Pembiayaan 100% hingga 105%
Kadar Keuntungan Serendah Kadar Asas (KA) + 1.77% p.a
Kelayakan Warganegara Malaysia
Kelayakan Umur 18 hingga 70 Tahun
Rujuk kriteria pinjaman/pembiayaan lengkap pada maklumat di bawah
share-nodes
Kongsi

Bank Islam ASB Financing-i adalah pelan pinjaman ASB yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad. Pelan ini adalah pembiayaan Islamik berkonsep Tawarruq dan didatangkan dengan perlindungan Takaful. Oleh kerana ini adalah pinjaman bercagarkan Unit Pelaburan Amanah Saham Bumiputera, anda tidak perlu cagaran atau penjamin untuk mohon.

Pinjaman ASB Bank Islam ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia, berstatus bumiputera yang berumur dari 18 hingga 70 tahun. Bank Islam ASB Financing-i dibuka permohonan kepada individu yang bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. Anda cuma perlu mempunyai pendapatan tidak kurang daripada RM2,000 sebulan, atau RM24,000 setahun.

Sekiranya layak, anda boleh mohon pembiayaan dari RM10,000 hingga pembiayaan maksimum RM200,000 dalam tempoh antara 1 hingga 40 tahun, atau sehingga anda berumur 70 tahun (yang mana lebih awal).

Kadar keuntungan tahunan yang dikenakan bermula dari Kadar Asas Standard (KAS) + 1.77% sehingga Kadar Asas Standard (KAS) + 2.02%. Caj kadar keuntungan pinjaman ASB Bank Islam bergantung sama ada anda mengambil perlindungan Takaful atau tidak.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap pinjaman ASB Bank Islam, syarat kelayakan tambahan, dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon, jadual bayaran bulanan, dan bagaimana untuk mohon Bank Islam ASB Financing-i.

Jumlah pembiayaan

Bank Islam ASB Financing-i menawarkan jumlah pembiayaan minimum RM10,000 hingga jumlah pembiayaan maksimum RM200,000. Walaupun anda boleh mohon jumlah maksimum, anda dinasihatkan mohon ikut kemampuan dan kelayakan kerana ini boleh meningkatkan peluang lulus dan mengelakkan masalah pada masa hadapan.

Tempoh pembiayaan

Pilih tempoh pinjaman antara 1 tahun hingga tempoh maksimum 40 tahun, atau sehingga anda mencapai umur 70 tahun pada tarikh akhir pembayaran (yang mana lebih awal). Sekiranya anda mampu, anda boleh pilih tempoh yang lebih singkat untuk mengurangkan caj kadar faedah yang dikenakan.

Caj kadar keuntungan

Pelan Bank Islam ASB Financing-i menawarkan kadar terapung dengan dua kategori caj kadar keuntungan (profit rate­).

  1. Dengan perlindungan Takaful – Kadar Asas Standard (KAS) / Standard Base Rate (SBR) + 1.77% setahun.
  2. Tanpa perlindungan Takaful – Kadar Asas Standard (KAS) / Standard Base Rate (SBR) + 2.02% setahun.

Kadar Asas Standard (KAS) terkini untuk Bank Islam ialah 2.50% p.a.

Jadual bayaran balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi Bank Islam ASB Financing-i. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.
Jadual pembayaran Bank Islam ASB Financing-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Syarat kelayakan mohon

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas, dan tidak lebih daripada 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
  • Tidak disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan di Malaysia.
  • Tidak mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.
  • Tidak mengikut Program Pengurusan Kredit AKPK.
  • Tidak muflis.

Bekerja makan gaji

  • Berjawatan tetap dan berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan, atau berjawatan kontrak dan telah berkhidmat tidak kurang daripada 2 tahun.
  • Berpendapatan gaji kasar RM2,000 sebulan, atau RM24,000 setahun.

Bekerja sendiri

  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang daripada 2 tahun.
  • Perniagaan mendatangkan keuntungan dalam tempoh tidak kurang daripada 2 tahun.

Tak layak?

Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan diri (MyKad).

Pendapatan tetap

Salah satu daripada dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan 1 bulan slip gaji terkini.
  • Salinan 1 bulan penyata akaun bank gaji dikreditkan.
  • Penyata pendapatan tahunan terkini.
  • Penyata KWSP terkini.
  • Surat pengesahan jawatan dengan maklumat pendapatan.

Pendapatan tidak tetap

Salah satu daripada dokumen-dokumen berikut:

  • Penyata akaun semasa bank 6 bulan terkini.
  • Borang cukai pendapatan dengan resit bayaran terkini.
  • Penyata kewangan 2 tahun terkini.

Pihak Bank Islam mungkin akan meminta dokumen tambahan atau sokongan bergantung kepada kelayakan anda.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj atau fi yang dikenakan sekiranya pinjaman ASB Bank Islam anda lulus.

  • Caj duti setem.
  • Tiada caj proses.
  • Caj Wakalah sebanyak RM50.
  • Caj langganan sebanyak RM50.
  • Sumbangan Takaful (sekiranya anda melanggan perlindungan Takaful).

Terdapat juga caj lewat bayar (Ta’widh) sekiranya lewat untuk buat bayaran bulanan, iaitu sebanyak 1% daripada baki tertunggak.

Walau bagaimanapun, anda tidak akan dikenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda ingin menyelesaikan pembiayaan anda sebelum tempoh matang.  Malah, pihak bank akan memberikan rebat (Ibra’).

Cara Mohon Bank Islam ASB Financing-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.

Anda boleh mohon Bank Islam ASB Financing-i melalui kaedah berikut:

  1. Mohon atas-talian (online) melalui laman web rasmi Bank Islam.
  2. Kunjungi cawangan Bank Islam terdekat. Rujuk senarai cawangan Bank Islam.

Ada soalan tentang Bank Islam ASB Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments