Pesta Jangan Kena Scam 2023 di 1 Utama

calendar-range
Dikirim 17/11/2023
(dikemaskini 21/12/2023)
Pesta Jangan Kena Scam 2023

Sebelum ini saya telah menulis tentang scam pinjaman peribadi yang berlaku di Malaysia, dan panduan tersebut adalah antara artikel yang popular di laman web ini. Sejak dari itu, telah ramai yang makin peka tentang penipuan dan scam terutama yang melibatkan urusan secara digital.

Pihak institusi kewangan juga telah mengambil langkah yang lebih pro aktif dengan menyebarkan pelbagai maklumat tentang scam digital melalui laman media sosial dan laman web mereka. Yang terbaru ialah pelancaran kempen #JanganKenaScam pada 3 oktober 2023 lalu yang merupakan kerjasama antara Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM), Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM), dan Bank Negara Malaysia (BNM). Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kempen ini melalui laman web rasmi Jangan Kena Scam.

Kempen ini seterusnya dilanjutkan lagi dengan pesta Jangan Kena Scam yang diadakan pada 15hb November lepas, dan akan berlangsung selama empat hari sehingga 19hb November 2023. Pesta ini dilangsungkan di Oval Concourse 1 Utama dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Pesat ini dipenuhi dengan maklumat dan pelbagai aktiviti untuk mendidik umum berhubung penipu dan scammer di Malaysia.

Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur ialah:

  • Belajar lebih lanjut tentang “malware” dan taktik yang digunakan oleh scammer di gerai “Malware Scams”.
  • Kenalpasti ayat-ayat yang digunakan oleh scammer untuk menipu melalui panggilan telefon di gerai “Phone Scams”.
  • Permainan menarik di gerai “Scam-o-meter”.
  • Belajar bagaimana scammer pekerjaan menggunakan taktik berkaitan kerjaya untuk menipu di gerai “Phishing and Job Scam”.
  • Dan pelbagai lagi gerai dan kiosk yang mendidik berkaitan penipuan digital di Malaysia.

Terdapat juga sesi suaikenal dan berbicara dengan panel yang terdiri daripada pakar industri berhubung scam yang akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad di pesta Jangan Kena Scam ini.

Panel pakar pesta Jangan Kena Scam 2023
Panel pakar pesta Jangan Kena Scam 2023

Anda juga mendapatkan “goodies” seperti t-shirt, sticker, beg, hoodies, dan bermacam hadiah dengan menebus mata setem boleh anda kumpul dengan melibatkan diri dalam aktiviti dan permainan yang disediakan.

Sekiranya anda tinggal berdekatan atau mempunyai masa lapang, hadirkan diri di pesta yang berinformasi dan bermanfaat ini. Sama-sama kita mempertahankan diri daripada scammer yang tidak bermoral dan bertanggungjawab.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments