Maybank dengan telah melancarkan kempen Maybank Tap, Track, Win – Edisi Hujung Tahun. Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan Maybank untuk memenangi pelbagai hadiah, ganjaran, dan pulangan menarik hanya dengan melakukan urus niaga melalui aplikasi Maybank Anytime Anywhere (MAE) atau laman web Maybank2u. Berikut adalah beberapa butiran penting yang perlu anda tahu berkaitan kempen ini.
Kelayakan Untuk Sertai
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan Maybank berumur 18 tahun ke atas dengan akaun Maybank2u yang aktif.
Tempoh Kempen dan Hadiah yang Ditawarkan
Kempen Maybank Tap, Track, Win berlansung dariapda 1 Disember 2023 hingga 21 Januari 2024, dan anda berpeluang untuk menerima ganjaran pulangan tunai (cashback) melalui kempen ini. Jumlah pulangan tunai bernilai antara 50 sen hingga RM12 bagi setiap 2 penjejak (tracker).
Cara Menyertai Kempen Maybank Tap, Track, Win
Berikut adalah cara bagaimana untuk menyertai kempen ini.
- Muat turun aplikasi MAE melalui Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei App Gallery, atau akses laman Maybank2u secara dalam talian.
- Lakukan urus niaga yang layak melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.
- Dapatkan penyertaan dengan setiap urus niaga tersebut.
- Pantau status penjejak (tracker) anda di aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.
- Lengkapkan penjejak.
Setiap penjejak yang lengkap akan memberikan satu untuk cabutan hadiah.

Urus Niaga yang Layak
Antara transaksi urus niaga yang boleh anda lakukan untuk layak menyertai kempen Maybank Tap, Track, Win ialah:
- Pembayaran bil.
- Pemindahan JomPAY.
- Tambah nilai telefon pintar.
- Transaksi kod QR (peniaga tertentu sahaja)
- Penempatan e-Fixed Deposit/-i (versi 0.9.14 ke atas).
- Pemindahan dana melalui nombor akaun (termasuk Pilihan (favorites) dan Pemindahan pihak ketiga (3rd party transfer).
- Tambah nilai prabayar (Hotlink).
- Pembayaran zakat
- Referral ke aplikasi MAE
- Imbas & Bayar di peniaga eMADANI (terhad kepada peniaga yang mengambil bahagian).
- Pembayaran QR Rentas Sempadan.
Cara Meningkatkan Peluang Menang
Ikuti tip di bawah untuk meningkatkan peluang memenangi pulangan yang ditawarkan.
- Lengkapkan sebanyak mungkin urus niaga layak.
- Lengkapkan penjejak secepat mungkin.
- Kongsi promosi ini dengan rakan-rakan dan keluarga.
- Guna aplikasi MAE. Aplikasi MAE adalah cara terpantas untuk menyelesaikan urus niaga layak dan mendapatkan penyertaan.
- Penjejak akan tamat selepas jangka masa tertentu, jadi tetapkan notifikasi atau peringatan untuk menyelesaikannya sebelum tempoh tamat.
Cara mengaktifkan notifikasi MAE
- Buka aplikasi MAE.
- Tekan ikon ‘Settings’.
- Pilih ‘Notifications’.
- Aktifkan ‘Tap, Track, Win Notifications’.
Soalan Lazim Berkaitan Kempen Maybank Tap, Track, Win 2023
Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini?
Kempen ini ditawarkan kepada individu atau pelanggan peribadi Maybank yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun Maybank2u yang aktif.
Apakah platform yang boleh digunakan untuk kempen?
Anda boleh menyertai kempen Maybank tap, track, win melalui laman sesawang Maybank2u atau aplikasi MAE.
Bagaimana untuk mendapatkan penyertaan?
Anda boleh mendapatkan penyertaan dengan setiap transaksi urus niaga yang layak.
Apakah yang dimaksudkan dengan “penjejak (tracker)”?
Penjejak (tracker) adalah set transaksi yang perlu anda lengkapkan untuk mendapatkan penyertaan. Cara untuk melengkapkan penjejak adalah dengan mengumpul penyertaan melalui urus niaga yang layak.
Apakah hadiah atau ganjaran yang ditawarkan?
Pihak Maybank menawarkan hadiah pulangan tunai (cashback) yang berjumlah antara RM0.50 hingga RM12 bagi setiap penyertaan.
Bagaimana nak tahu jika saya menang?
Anda akan dimaklumkan melalui aplikasi MAE atau laman sesawang Maybank2u.
Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung kempen ini?
Sila layari laman rasmi kempen Maybank Tap, Track, Win untuk maklumat lanjut di alamat https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/promotions/mae/tap-track-win-bm.page

