Akan dibuka dalam tab baharu

Program Lazada LazCash kini Official

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Lazada LazCash

Lazada, platform e-dagang tempatan yang popular telah melancarkan program insentif terbaru yang dikenali sebagai Lazada LazCash. LazCash adalah satu bentuk mata wang maya yang anda boleh guna untuk mendapatkan diskaun ketika membeli-belah di platform berkenaan.

Cara Untuk Mendapatkan LazCash

Anda boleh mendapatkan Lazada LazCash melalui pelbagai aktiviti di platform tersebut seperti melengkapkan misi pesanan dan video, atau bermain permainan yang tersedia.

Sebagai contoh, pelanggan kini boleh memperolehi LazCash menerusi cabaran “12.12 Team Challenge” yang diadakan bersempena Jualan Besar 12.12 All Out Sale akan datang. Untuk cabaran ini, pelanggan perlu membentuk pasukan lima orang dan melengkapkan misi atau “pertempuran” harian bagi memperoleh mata, di mana pemenang akan mendapat token untuk menebus LazCash.

Semak Baki LazCash Anda & Kombinasi

Baki LazCash boleh disemak di laman Akaun anda dengan menekan ikon “LazCash”. Untuk menikmati diskaun dan rebat ketika membeli-belah, pelanggan hanya perlu aktifkan pilihan LazCash di laman checkout.

LazCash juga boleh digabungkan dengan rebat dan baucar terpilih yang lain seperti LazCoin dan diskaun yang tersedia.

Polisi Refund LazCash

Pihak Lazada turut menjelaskan bahawa LazCash boleh dikembalikan ke akaun pelanggan sekiranya berlaku pembatalan atau refund. Namun, sekiranya pelanggan telah mengesahkan penerimaan pesanan atau pesanan tersebut disahkan secara automatik oleh sistem, LazCash tidak dapat dikembalikan semula.

Pelanggan Lazada digalakkan untuk mencuba program baharu ini yang sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan ketika membeli-belah di Lazada. Seperti biasa, pastikan anda membandingkan harga antara penjual sebelum membuat sesuatu pembelian.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir