Laman Web Pinjaman Peribadi Bank Dilancarkan

calendar-range
Dikirim 10/06/2017
(dikemaskini 21/12/2023)
Laman web pinjaman peribadi bank dilancarkan

Laman web Pinjaman Peribadi Bank versi baru kini dilancarkan secara rasmi. Versi terbaru laman web ini lebih mesra pengguna dan dilengkapi dengan sistem untuk menyemak kelayakan anda untuk membuat pinjaman.

Boleh Mohon Online

Ramai yang masih tak tahu mereka boleh memohon pinjaman peribadi melalui bank-bank di Malaysia secara online, tanpa perlu walk-in ke bank. Ya, segala urusan dilakukan 100% secara atas talian untuk urusan pinjaman peribadi.

Proses memohon pinjaman atas talian ini disokong oleh kebanyakan bank di Malaysia. Walaupun tidak semua bank yang menyediakan perkhidmatan ini, boleh dikatakan majoriti bank di Malaysia menyokong proses memohon pinjaman peribadi secara online.

Pohon pinjaman bank atas talian

Peranan Agensi

Seperti yang anda tahu, kami adalah agensi atau ejen yang menguruskan pinjaman peribadi bank di Malaysia secara atas talian.

Anda tidak perlu lagi walk-in ke bank untuk bertanya atau memohon pinjaman peribadi. Anda cuma perlu sediakan dokumen dan beri kepada pihak kami. Pihak kami akan menguruskan proses pinjaman anda dengan pihak bank.

Sebenarnya perkhidmatan ini bukanlah perkara baru. Kami telah lama menguruskan proses meminjam secara atas talian, dan membantu ramai individu mendapatkan pinjaman peribadi mereka.

Cuma ramai yang masih tak tahu mereka boleh menggunakan perkhidmatan agensi seperti kami untuk pinjaman peribadi di Malaysia.

Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Kami

Salah satu kelebihan utama menggunakan perkhidmatan kami ialah sudah pasti anda tidak perlu bersusah payah pergi ke bank.

Tetapi, kelebihan utama yang ingin kami tekankan ialah permohonan anda akan kami hantar kepada lebih dari satu bank.

Bagaimana ini membantu anda?

Selepas menyemak kelayakan anda, dan sekiranya anda layak meminjam, kami akan menghantar maklumat anda kepada “contact” kami di bank-bank yang terlibat.

Mereka kemudiannya akan memberi maklum balas peratusan kelulusan anda sebelum diproses. Pihak kami akan melakukan analisa dan memilih bank yang paling sesuai dengan kelayakan anda.

Proses ini secara tidak langsung akan meningkatkan peluang permohonan anda diluluskan.

Tiada Bayaran Deposit Atau Upfront

Salah satu faktor yang menyebabkan ramai yang ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan agensi atau ejen ialah kerana bayaran deposit.

Banyak agensi dan ramai ejen yang menyalahgunakan kelebihan yang diberi oleh pihak bank untuk buat keuntungan. Mereka mengenakan bayaran deposit atau upfront payment untuk perkhidmatan mereka, sedangkan pinjaman belum tentu lulus.

Anda tidak perlu risau dengan perkhidmatan kami. Kami berniat untuk membantu anda, bukan nak mempergunakan anda.

Kami tidak mengenakan sebarang bayaran deposit atau upfront untuk perkhidmatan kami. Jika permohonan pinjaman peribadi anda diluluskan, baru kami kenakan sedikit caj perkhidmatan.

Jika permohonan anda tak diluluskan – tiada sebarang caj.

Semak Kelayakan Anda Sekarang Juga

Jika anda berminat untuk cuba memohon pinjaman peribadi secara online, semak kelayakan anda melalui sistem yang kami sediakan.

Cuma perlu 5 minit dari masa anda untuk tahu sama ada anda layak untuk memohon atau tidak.

Semoga perkhidmatan yang kami sediakan dapat membantu anda dalam proses memohon pinjaman peribadi bank.

Update

Pihak kami tidak lagi menyediakan perkhidmatan memohon pinjaman peribadi bank. Walau bagaimanapun, pihak kami telah bekerjasama dengan agensi lain untuk memudahkan anda mohon pinjaman peribadi secara online.

Anda cuma perlu pilih pinjaman peribadi yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Semak Kelayakan yang kami sediakan dan baca lebih lanjut pada laman pinjaman tersebut untuk mohon secara online tanpa perlu walk-in ke bank.

Klik di sini untuk semak kelayakan mohon pinjaman peribadi

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments