Akan dibuka dalam tab baharu

Laman Web Klasik Maybank2u Berpindah ke Laman Web Terkini

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Laman web klasik Maybank2u berpindah

Pihak Maybank mengumumkan bahawa mereka akan memindahkan perkhidmatan-perkhidmatan yang masih ditawarkan melalui laman web klasik Maybank2u kepada laman web terkini bermula 18 Februari 2023.

Laman web klasik Maybank2u
Laman web klasik Maybank2u
Laman web terkini Maybank2u
Laman web terkini Maybank2u

Antara perkhidmatan yang akan dipindahkan ialah:

  • Urusan berkaitan pinjaman dan pembiayaan termasuk pengurusan akaun pinjaman dan pembiayaan peribadi, dan akaun pinjaman dan pembiayaan sewa beli (hire purchase).
  • Urusan pembelian dalam talian seperti tambah nilai prabayar (prepaid reload), internet prabayar, dan kredit permainan dengan PIN.
  • Pengurusan kad ATM, kad debit, kad kredit, dan kad caj.
  • Urusan berkaitan ganjaran.

Walaupun urusan berkaitan perkhidmatan di atas akan dipindahkan, pengguna masih boleh log masuk ke laman web klasik Maybank2u dengan kata nama dan kata laluan mereka untuk memudahkan urusan pemindahan. Pihak Maybank juga memaklumkan yang ‘Favourite’ anda akan terus kekal untuk kemudahan.

Menurut Maybank, pemindahan ini adalah untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka supaya dapat menikmati pengalaman perbankan dalam talian yang lebih bermutu dan memudahkan.

Proses pemindahan ini hanya melibatkan pelanggan perbankan peribadi. Pelanggan yang menggunakan Maybank2u Biz tidak terkesan.

Anda boleh layari laman pengumuman Maybank2u berhubung perkara ini untuk maklumat lanjut.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir