Akan dibuka dalam tab baharu

UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM198
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Air Miles, Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran

Kad kredit UOB PRVI Miles adalah kad kredit terbaik jika anda ingin mengumpul Air Miles dan mata ganjaran tanpa had. Kad ini menawarkan keistimewaan berkaitan urusan perjalanan di samping pelbagai tawaran dan ganjaran hebat.

Mata ganjaran UNIRinggit

Anda akan menerima mata ganjaran dalam bentuk UOB UNIRinggit Reward Points (UNIRM) bagi setiap perbelanjaan dengan kad kredit UOB ini. Program ganjaran UNIRinggit adalah program khas daripada UOB yang menawarkan pelbagai produk seperti gajet, kelengkapan rumah, kelengkapan dapur dan pelbagai lagi barangan menarik. Produk-produk ini boleh anda tebus dengan mata UNIRM yang terkumpul.

Dapatkan 5x mata untuk setiap transaksi di luar negara, penerbangan, hotel, dan urusan berkaitan agensi pelancongan. 1x mata ganjaran UNIRinggit pula dihadiahkan untuk perbelanjaan lain. Di samping itu, anda juga akan menerima 2000x mata UNIRM percuma hanya dengan tiga kali perbelanjaan runcit setiap bulan.

Air Miles Tanpa Had

Kad ini juga menawarkan ganjaran perjalanan dalam bentuk Air Miles. Mata UNIRinggit yang terkumpul melalui kad kredit UOB PRVI Miles juga boleh ditukar kepada Air Miles melalui program penerbangan kerap (frequent flyer programs) daripada KrisFlyer, Enrich, MAS, Cathay Pacific Asia, dan AirAsia. Tidak lupa juga tawaran eksklusif berkaitan pelancongan dari pedagang yang mengambil bahagian.

Diskaun GrabRides

Dapatkan juga diskaun sehingga 50% untuk GrabRide dengan kad kredit UOB ini. Anda hanya perlu guna kod promosi “PRVIRIDE” untuk mendapatkan tawaran ini. Diskaun dihadkan kepada jumlah maksimum RM10 dan hanya boleh digunakan empat kali sebulan.

Pindahan Baki Zero Interest

Pihak UOB menawarkan bukan satu, tetapi dua pelan pindahan baki tanpa kadar faedah bersama kad ini. Anda boleh pilih untuk guna pelan UOB Balance Transfer atau UOB Fixed-Pay Balance Pay untuk buat pindahan baki dari kad kredit lama kepada kad kredit PRVI Miles ini, tanpa perlu risau dikenakan kadar faedah tinggi.

Pelan Easy Payment

Anda juga tidak perlu lagi teragak-agak untuk mendapatkan barangan idaman anda dengan dua pelan bayaran ansuran mudah yang ditawarkan oleh UOB bersama kad ini.

Pelan UOB Instalment Payment Plan menawarkan bayaran ansuran tanpa faedah (zero interest) selama 36 bulan. Jika anda ingin tempoh bayaran yang lebih panjang, guna pelan UOB Easi-Payment Plan yang menawarkan jangka masa bayaran balik sehingga 60 bulan.

Anda hanya perlu buat pembelian serendah RM500 untuk layak menggunakan kedua-dua pelan EPP ini.

Yuran Tahunan Berpatutan

Walaupun kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan pelbagai kelebihan, yuran tahunan yang dikenakan adalah sangat berpatutan. Dengan hanya bayaran RM198 setiap tahun untuk kad utama, atau RM30 untuk kad tambahan, anda akan dapat menikmati kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh kad ini.

Siapa Boleh Mohon?

Permohonan kad ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja – sama ada warganegara Malaysia, ekspatriat, atau warga asing. Syarat-syarat kelayakan mohon juga tidak membebankan, anda hanya perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan minimum RM60,000

Kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan pelbagai bagi yang gemar mengumpul Mata Ganjaran dan Air Miles. Dari diskaun GrabRides sehinggalah kepada empat pelan pindahan baki dan bayaran ansuran mudah tanpa faedah, kad ini memberikan fleksibiliti untuk menguruskan kewangan dengan bijak.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit UOB PRVI Miles

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran menarik dengan Kad UOB ini. Nikmati 5x mata UNIRM untuk transaksi luar negara, penerbangan, hotel, dan urusan pelancongan. Juga, 1x mata UNIRM untuk perbelanjaan lain. Tambahan lagi, anda akan mendapat 2000x mata UNIRM percuma dengan tiga perbelanjaan runcit setiap bulan. Tebus mata ganjaran ini untuk produk menarik melalui katalog UNIRinggit.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Transaksi luar negara, urusan perjalanan (hotel, penerbangan, agensi pelancongan)
1 RM1 Lain-lain transaksi

ganjaran perjalanan

Nikmati ganjaran perjalanan tanpa had dengan Kad UOB ini. Tukarkan mata UNIRM kepada Air Miles melalui program penerbangan kerap seperti KrisFlyer, Enrich, MAS, Cathay Pacific Asia, dan AirAsia. Juga, peroleh tawaran eksklusif dari pedagang yang turut menyertai program ini.

Ciri premium

Dapatkan lebih penjimatan melalui diskaun hebat sehingga 50% untuk GrabRide dengan kod promosi “PRVIRIDE”. Diskaun dihadkan kepada RM10 sebanyak empat kali sebulan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM198
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM30
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

UOB Balance Transfer
UOB Balance Transfer

Buat pindahan baki sehingga 80% daripada had kredit anda tanpa kadar faedah dan tempoh bayaran semula sehingga 18 bulan.

Maklumat Lanjut
UOB Fixed-Pay Balance Transfer
UOB Fixed-Pay Balance Transfer

Dapatkan kadar faedah yang rendah dengan bayaran ansuran selama 6 bulan dari pelan pindahan baki UOB Fixed-Pay Balance Transfer.

Maklumat Lanjut
UOB Easi-Payment Plan
UOB Easi-Payment Plan

Tukar pembelian serendah RM500 dari sebarang peniaga kepada pelan Easy Payment UOB ini dan nikmati bayaran ansuran sehingga 36 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
UOB Instalment Payment Plan
UOB Instalment Payment Plan

Beli-belah melalui UOB InStore dengan penjimatan jimat dan bayaran ansuran yang fleksibel dari 12 hingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon UOB PRVI Miles

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit UOB PRVI Miles

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit UOB PRVI Miles untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit UOB PRVI Miles

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung UOB PRVI Miles?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

UOB United Overseas Bank Malaysia Bhd.
UOB (United Overseas Bank), ditubuhkan pada 1935 dan kini merupakan bank ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan kehadiran di 19 negara. Dengan sejarah di Malaysia sejak 1951 dan 45 cawangan di seluruh negara, UOB Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan kewangan individu, korporat, dan pelanggan komersial, termasuk kemudahan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…