UOB Fixed-Pay Balance Transfer

UOB Fixed-Pay Balance Transfer adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh UOB Malaysia. Pelan ini menawarkan jumlah pindahan baki dan bayaran bulanan yang fleksibel. Anda boleh pindahkan baki dari serendah (minimum) RM1,000 atau sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit UOB anda.

Tempoh bayaran semula yang dibenarkan pula adalah antara 6 bulan hingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap 3.3% p.a untuk tempoh bayaran 6 bulan dan 6% p.a untuk tempoh 12 bulan. UOB tidak mengenakan sebarang caj pengendalian (upfront handling fee) untuk pelan pindahan baki ini.

Bayaran bulanan minimum yang dibenarkan pula adalah RM50 atau 5% daripada baki tertunggak (yang mana yang lebih tinggi). Sekiranya anda gagal untuk buat bayaran bulanan, walaupun dengan jumlah minimum – kadar faedah 18% p.a akan dikenakan.

UOB juga akan mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) sebanyak RM100 untuk pelan UOB Fixed-Pay Balance Transfer ini sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan semua baki tertunggak anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

UOB Fixed-Pay Balance Transfer
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 12 bulan
Kadar faedah 3.3% p.a hingga 6% p.a
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Jumlah pindahan RM1000 hingga 80% daripada had kredit
Bayaran minimum (bulanan) RM50 atau 5% dari baki tunggakan
Caj penamatan awal RM100
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan UOB Fixed-Pay Balance Transfer

Dapatkan kadar faedah yang rendah dengan bayaran ansuran selama 6 bulan dari pelan pindahan baki UOB Fixed-Pay Balance Transfer.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada 3.3% p.a RM1,000
12 Tiada 6% p.a RM1,000

Cara mohon UOB Fixed-Pay Balance Transfer

Anda boleh mohon pelan pindahan baki daripada UOB ini melalui salah-satu daripada kaedah berikut.

  • Muatturun (download) borang permohonan UOB Fixed-Pay Balance Transfer, lengkapkan dan faks ke nombor 03-2690 0002 beserta penyata kad kredit anda.
  • Hubungi UOB Contact Center di talian (terdekat):-
    – Kuala Lumpur +6 03-26128 121
    – Pulau Pinang +6 04-2401 121
    – Johor Bahru +6 07-2881 121
    – Kuching +6 082-287 121
    – Kota Kinabalu +6 088-477 121
  • Hantar SMS ke nombor 66300. Pihak UOB akan menghubungi anda kembali untuk urusan seterusnya.

Kad kredit UOB Fixed-Pay Balance Transfer

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan UOB Fixed-Pay Balance Transfer. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

UOB Preferred Card

Kad kredit UOB Preferred 

Dapatkan mata ganjaran UNIRinggit bersama tawaran hebat di the Coffee Bean & Tea Leaf, dan GSC dengan kad kredit UOB Preferred

UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan mata ganjaran UNIRinggit yang boleh anda tebus untuk barangan hebat atau tukar kepada Air Miles. Tidak lupa juga diskaun GrabRides setiap bulan.

UOB EVOL Card

UOB EVOL Card

Kad kredit UOB EVOL Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 8% setiap bulan dan juga tawaran eksklusif dari syarikat pelancongan. Tidak lupa juga pelan pindahan baki dan ansuran mudah dengan zero-interest.

UOB One Visa Classic

UOB One Visa Classic

Kad kredit UOB One Visa Classic menawarkan pulangan cashback tanpa had setiap bulan untuk petrol, perbelanjaan runcit, telekomunikasi dan makan. Dapatkan rebat tunai sehingga 5% setiap bulan dan diskaun sehingga 15% untuk 150 kedai makan seluruh negara. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki dan bayaran ansuran mudah tanpa faedah (zero interest).