Akan dibuka dalam tab baharu

UOB Easi-Payment Plan

UOB Easi-Payment Plan adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh UOB Bank. Pelan ini membenarkan anda memilih untuk buat bayaran ansuran dari 6 bulan hingga 36 bulan untuk setiap pembelian RM500 ke atas. UOB tidak menghadkan pelan ini kepada sesetengah peniaga sahaja – jadi anda boleh menukar sebarang pembelian anda kepada pelan easy payment ini.

Anda hanya perlu menghubungi pihak UOB dalam tempoh 60 hari selepas pembelian anda untuk menggunakan pelan UOB Easi-Payment Plan.

UOB tidak mengenakan caj faedah (zero interest) untuk pelan ini. Cuma caj pengendalian (upfront handling fee) akan dikenakan serendah 2.99% hingga 6.99% – bergantung kepada tempoh bayaran ansuran pilihan anda. Caj ini hanya dikenakan sekali sahaja dan tidak berulang.

Sekiranya anda sukar untuk buat bayaran ansuran penuh setiap bulan, anda boleh memilih untuk buat bayaran bulanan minimum sebanyak RM50 atau 5% daripada baki (yang mana yang lebih tinggi). Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan caj kadar faedah 18% p.a terhadap baki yang tertunggak.

UOB juga akan mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) sebanyak RM50 sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan semua baki lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

UOB Easi-Payment Plan
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM500
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
2.99% hingga 6.99%
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
RM50 atau 5% daripada baki (yang lebih tinggi)
square-dollar
Caj Penamatan Awal
RM50
share-nodes
Kongsi

Jadual UOB Easi-Payment Plan

Tukar pembelian serendah RM500 dari sebarang peniaga kepada pelan Easy Payment UOB ini dan nikmati bayaran ansuran sehingga 36 bulan tanpa caj faedah.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 2.99% Tiada RM500
12 3.99% Tiada RM500
18 4.99% Tiada RM500
24 5.99% Tiada RM500
36 6.99% Tiada RM500

Cara mohon UOB Easi-Payment Plan

Anda hanya perlu buat transaksi pembelian lebih daripada RM500 dalam satu resit, dan mohon skim bayaran ansuran mudah ini melalui salah satu kaedah berikut:

  • SMS UOBP2 <space> IC number ke 66300.
  • Hubungi pihak UOB di talian 03-26128121 dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembelian.
  • Faks borang permohonan ke 03-26900121

Kad kredit UOB Easi-Payment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan UOB Easi-Payment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

UOB One Visa Classic

UOB One Visa Classic
Kad kredit UOB One Visa Classic menawarkan pulangan cashback tanpa had setiap bulan untuk petrol, perbelanjaan runcit, telekomunikasi dan makan. Dapatkan rebat tunai sehingga 5% setiap bulan dan diskaun sehingga 15% untuk 150 kedai makan seluruh negara. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki dan bayaran ansuran mudah tanpa faedah (zero interest).
Info Lanjut

UOB EVOL Card

UOB EVOL Card
Kad kredit UOB EVOL Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 8% setiap bulan dan juga tawaran eksklusif dari syarikat pelancongan. Tidak lupa juga pelan pindahan baki dan ansuran mudah dengan zero-interest.
Info Lanjut

UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles
Kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan mata ganjaran UNIRinggit yang boleh anda tebus untuk barangan hebat atau tukar kepada Air Miles. Tidak lupa juga diskaun GrabRides setiap bulan.
Info Lanjut

UOB Basic Card

Kad kredit UOB Basic Card
Kad kredit UOB Basic Card adalah sebuah kad kredit asas yang ringkas, menjimatkan, dan menawarkan pelan bayaran ansuran mudah tanpa kadar faedah. Sesuai sebagai kad kredit pertama anda.
Info Lanjut

UOB Preferred Card

Kad kredit UOB Preferred 
Dapatkan mata ganjaran UNIRinggit bersama tawaran hebat di the Coffee Bean & Tea Leaf, dan GSC dengan kad kredit UOB Preferred
Info Lanjut

Lazada UOB Card

Kad kredit Lazada UOB Card
Nikmati pengalaman membeli belah terbaik di Lazada dengan kad kredit Lazada UOB Card. Dapatkan pulangan mata UNIRM, baucar, dan diskaun hebat.
Info Lanjut

UOB World Card

Kad kredit UOB World
Kad kredit UOB World menawarkan pulangan mata ganjaran UNIRinggit, perlindungan perjalanan, akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan pelan kewangan yang fleksibel.
Info Lanjut

UOB Simple Card

Kad kredit UOB Simple Card
Kad kredit UOB Simple card adalah kad kredit ringkas yang menawarkan pulangan tunai (cashback) tanpa had, tidak mengenakan yuran tahunan dan tiada penalti lewat bayar.
Info Lanjut

UOB Zenith Card

Kad Kredit UOB Zenith Card
Nikmati kelebihan eksklusif dengan kad kredit UOB Zenith. Mata ganjaran, keistimewaan perjalanan, dan layanan istimewa untuk melengkapkan gaya hidup mewah anda.
Info Lanjut

UOB Visa Infinite

Kad kredit UOB Visa Infinite
Terokai dunia ganjaran dan keistimewaan tanpa had dengan Kad UOB Visa Infinite. Nikmati akses ruang istirahat lapangan terbang, perjalanan limousin, dan banyak lagi faedah eksklusif.
Info Lanjut

UOB PRVI Miles Elite

Kad kredit UOB PRVI Miles Elite
Kumpul UNIRM pengalaman perjalanan yang selesa! Kad Kredit UOB PRVI Miles Elite menawarkan ganjaran menarik, akses ke lounge eksklusif, dan perjalanan pulang percuma.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.