Akan dibuka dalam tab baharu

UOB Instalment Payment Plan

UOB Instalment Payment Plan adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) daripada UOB Bank. Pelan ini boleh digunakan oleh pemegang kad kredit UOB dan ditawarkan tanpa caj faedah (zero interest) dan juga tanpa caj pengendalian (upfront handling fee).

Anda boleh memilih untuk bayaran ansuran selama 12, 18, 24 dan juga 36 bulan. Anda hanya perlu membuat pembelian minimum RM1,000 dengan kad kredit UOB anda untuk membenarkan anda menggunakan program Easy Payment ini.

Walau bagaimanapun, pelan Uob Instalment Payment Plan ini tidak ditawarkan kepada semua peniaga. Pelan ini hanya boleh digunakan untuk pembelian daripada peniaga-peniaga terpilih untuk produk-produk yang ditawarkan melalui laman UOB InStore.

Klik di sini untuk melihat produk-produk yang boleh anda beli dengan pelan UOB Instalment Payment.

Oleh kerana UOB tidak membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum, anda perlu buat bayaran ansuran penuh setiap bulan. Jika anda gagal buat bayaran ansuran seperti yang telah dijanjikan, anda mungkin akan dikenakan caj tambahan oleh pihak UOB.

Pihak UOB tidak akan mengenakan sebarang caj jika anda ingin membuat penamatan awal terhadap baki yang tinggal. Dalam erti kata lain, tiada caj penamatan awal (early settlement fee) yang dikenakan oleh UOB untuk pelan ini.

UOB Instalment Payment Plan
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM1000
calendar-range
Tempoh Bayaran
12 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran ansuran penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual UOB Instalment Payment Plan

Beli-belah melalui UOB InStore dengan penjimatan jimat dan bayaran ansuran yang fleksibel dari 12 hingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
12 Tiada Tiada RM1,000
18 Tiada Tiada RM1,000
24 Tiada Tiada RM1,000
36 Tiada Tiada RM1,000

Cara mohon UOB Instalment Payment Plan

Buat pembelian di pedagang yang mengambil bahagian untuk skim UOB Instalment Payment Plan dan maklumkan anda ingin menggunakan skim bayaran ansuran mudah ini untuk transaksi pembelian.

Kad kredit UOB Instalment Payment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan UOB Instalment Payment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

UOB One Visa Classic

UOB One Visa Classic
Kad kredit UOB One Visa Classic menawarkan pulangan cashback tanpa had setiap bulan untuk petrol, perbelanjaan runcit, telekomunikasi dan makan. Dapatkan rebat tunai sehingga 5% setiap bulan dan diskaun sehingga 15% untuk 150 kedai makan seluruh negara. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki dan bayaran ansuran mudah tanpa faedah (zero interest).
Info Lanjut

UOB EVOL Card

UOB EVOL Card
Kad kredit UOB EVOL Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 8% setiap bulan dan juga tawaran eksklusif dari syarikat pelancongan. Tidak lupa juga pelan pindahan baki dan ansuran mudah dengan zero-interest.
Info Lanjut

UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles
Kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan mata ganjaran UNIRinggit yang boleh anda tebus untuk barangan hebat atau tukar kepada Air Miles. Tidak lupa juga diskaun GrabRides setiap bulan.
Info Lanjut

UOB Basic Card

Kad kredit UOB Basic Card
Kad kredit UOB Basic Card adalah sebuah kad kredit asas yang ringkas, menjimatkan, dan menawarkan pelan bayaran ansuran mudah tanpa kadar faedah. Sesuai sebagai kad kredit pertama anda.
Info Lanjut

UOB Preferred Card

Kad kredit UOB Preferred 
Dapatkan mata ganjaran UNIRinggit bersama tawaran hebat di the Coffee Bean & Tea Leaf, dan GSC dengan kad kredit UOB Preferred
Info Lanjut

Lazada UOB Card

Kad kredit Lazada UOB Card
Nikmati pengalaman membeli belah terbaik di Lazada dengan kad kredit Lazada UOB Card. Dapatkan pulangan mata UNIRM, baucar, dan diskaun hebat.
Info Lanjut

UOB World Card

Kad kredit UOB World
Kad kredit UOB World menawarkan pulangan mata ganjaran UNIRinggit, perlindungan perjalanan, akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan pelan kewangan yang fleksibel.
Info Lanjut

UOB Simple Card

Kad kredit UOB Simple Card
Kad kredit UOB Simple card adalah kad kredit ringkas yang menawarkan pulangan tunai (cashback) tanpa had, tidak mengenakan yuran tahunan dan tiada penalti lewat bayar.
Info Lanjut

UOB Zenith Card

Kad Kredit UOB Zenith Card
Nikmati kelebihan eksklusif dengan kad kredit UOB Zenith. Mata ganjaran, keistimewaan perjalanan, dan layanan istimewa untuk melengkapkan gaya hidup mewah anda.
Info Lanjut

UOB Visa Infinite

Kad kredit UOB Visa Infinite
Terokai dunia ganjaran dan keistimewaan tanpa had dengan Kad UOB Visa Infinite. Nikmati akses ruang istirahat lapangan terbang, perjalanan limousin, dan banyak lagi faedah eksklusif.
Info Lanjut

UOB PRVI Miles Elite

Kad kredit UOB PRVI Miles Elite
Kumpul UNIRM pengalaman perjalanan yang selesa! Kad Kredit UOB PRVI Miles Elite menawarkan ganjaran menarik, akses ke lounge eksklusif, dan perjalanan pulang percuma.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.