UOB Balance Transfer

UOB Balance Transfer adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh UOB Malaysia. Pelan ini menawarkan jumlah pindahan baki dan bayaran bulanan yang fleksibel. Anda boleh pindahkan baki dari serendah (minimum) RM1,000 atau sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit UOB anda.

Tempoh bayaran semula yang dibenarkan pula adalah antara 6 bulan hingga 18 bulan. UOB tidak mengenakan sebarang caj kadar faedah (interest rate) untuk pemindahan baki anda. Cuma caj pengendalian (one time upfront handling fee) akan dikenakan. Caj ini bermula dari 3% hingga 5% bergantung kepada tempoh bayaran anda.

Bayaran bulanan minimum yang dibenarkan pula adalah RM50 atau 5% daripada baki tertunggak (yang mana yang lebih tinggi). Sekiranya anda gagal untuk buat bayaran bulanan, walaupun dengan jumlah minimum – kadar faedah 18% p.a akan dikenakan.

UOB juga akan mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) sebanyak RM100 untuk pelan UOB Balance Transfer ini sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan semua baki tertunggak anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

UOB Balance Transfer
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 18 bulan
Kadar faedah Tiada kadar faedah (0% p.a)
Caj pengendalian 3% hingga 5%
Jumlah pindahan RM1000 hingga 80% daripada had kredit
Bayaran minimum (bulanan) RM50 atau 5% dari baki tunggakan
Caj penamatan awal RM100
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan UOB Balance Transfer

Buat pindahan baki sehingga 80% daripada had kredit anda tanpa kadar faedah dan tempoh bayaran semula sehingga 18 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 3% Tiada RM1,000
12 4% Tiada RM1,000
18 5% Tiada RM1,000

Cara mohon UOB Balance Transfer

Anda boleh mohon pelan pindahan baki daripada UOB ini melalui salah-satu daripada kaedah berikut.

  • Muatturun (download) borang permohonan UOB Balance Transfer, lengkapkan dan faks ke nombor 03-2690 0002 beserta penyata kad kredit anda.
  • Hubungi UOB Contact Center di talian (terdekat):-
    – Kuala Lumpur +6 03-26128 121
    – Pulau Pinang +6 04-2401 121
    – Johor Bahru +6 07-2881 121
    – Kuching +6 082-287 121
    – Kota Kinabalu +6 088-477 121
  • Hantar SMS ke nombor 66300. Pihak UOB akan menghubungi anda kembali untuk urusan seterusnya.

Kad kredit UOB Balance Transfer

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan UOB Balance Transfer. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan mata ganjaran UNIRinggit yang boleh anda tebus untuk barangan hebat atau tukar kepada Air Miles. Tidak lupa juga diskaun GrabRides setiap bulan.

UOB EVOL Card

UOB EVOL Card

Kad kredit UOB EVOL Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 8% setiap bulan dan juga tawaran eksklusif dari syarikat pelancongan. Tidak lupa juga pelan pindahan baki dan ansuran mudah dengan zero-interest.

UOB One Visa Classic

UOB One Visa Classic

Kad kredit UOB One Visa Classic menawarkan pulangan cashback tanpa had setiap bulan untuk petrol, perbelanjaan runcit, telekomunikasi dan makan. Dapatkan rebat tunai sehingga 5% setiap bulan dan diskaun sehingga 15% untuk 150 kedai makan seluruh negara. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki dan bayaran ansuran mudah tanpa faedah (zero interest).