Akan dibuka dalam tab baharu

UOB PRVI Miles Elite

Nikmati Keistimewaan Perjalanan dengan Mata Ganjaran Lumayan

Kad kredit UOB PRVI Miles Elite
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM600
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata ganjaran UNIRM, akses ke lounge KLIA1, Perlindungan insurans perjalanan

Anda seorang pengembara tegar dan ingin mengumpul mata Enrich Miles untuk perjalanan yang lebih menjimatkan? Kad Kredit UOB PRVI Miles Elite mungkin pilihan yang tepat. Direka untuk individu berpendapatan tinggi dan pengembara kerap, kad ini menawarkan ganjaran perjalanan dan manfaat yang menarikan, menjanjikan perjalanan yang selesa dari  awal hingga akhir. Baca lebih lanjut untuk mengenali kad UOB PRVI Miles Elite dengan lebih dekat.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit UOB PRVI Miles Elite

  • Kumpul mata ganjaran UNIRM (UNIRinggit) Lebih Pantas:
    • 12X UNIRM untuk setiap RM1 bagi perbelanjaan serantau (SGD, THB, VND, IDR), 10X UNIRM untuk mata wang asing yang lain.
    • 5X UNIRM untuk setiap RM1 yang dibelanjakan pada tiket penerbangan.
    • 1X UNIRM untuk setiap RM1 bagi perbelanjaan tempatan
  • Bonus Hebat: Nikmati bonus pendaftaran yang lumayan dengan 60,000 UNIRM diberikan percuma untuk bayaran yuran tahunan, memudahkan anda memulakan perjalanan ganjaran dengan lebih bergaya.
  • Akses Lounge Lapangan Terbang: Berehat sebentar sebelum berlepas dengan 8 kali kunjungan percuma setiap tahun ke Lounge Plaza Premium terpilih di pelbagai negara. Tidak lupa juga akses eksklusif ke lounge persendirian di KLIA1.
  • Perjalanan Percuma dari KLIA1: Nikmati perjalanan percuma dari KLIA1 ke destinasi pilihan anda. Hanya kemukakan tiga resit transaksi luar negara, pas masuk, dan Kad Kredit UOB PRVI Miles Elite anda di Kaunter Limo yang ditetapkan.
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi: Dapatkan ketenangan fikiran dengan insurans perjalanan percuma yang termasuk liputan sehingga RM300,000 untuk kemalangan peribadi, perbelanjaan perubatan, ketidakselesaan perjalanan, dan banyak lagi.
  • Tawaran Eksklusif: Dapatkan tawaran eksklusif, diskaun, dan keistimewaan dari pelbagai peniaga dalam rangkaian UOB melalui program UOB Your Way.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

Warganegara:

  • Salinan kad pengenalan (muka depan dan belakang)
  • Slip gaji terkini 3 bulan
  • Salah satu daripada dokumen berikut:
    • Borang B/BE terkini (disokong dengan resit pembayaran cukai)
    • Penyata KWSP terkini
    • Penyata bank terkini 3 bulan
    • Borang BE terkini dengan resit cukai

Pekerja Asing:

  • Salinan Pasport
  • Slip gaji terkini 2 bulan
  • Permit kerja yang sah sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun pada masa permohonan
  • Surat pengesahan kerja

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM600
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Penebusan UNIRinggit: Anda boleh menebus UNIRM yang terkumpul untuk pelbagai ganjaran melalui aplikasi mudah alih UOB TMRW. Pilihan termasuk penerbangan, penginapan hotel, baucar membeli-belah, barangan, dan mengurangkan bil kad kredit anda.
  • Pelan Pemindahan Baki: UOB PRVI Miles Elite menawarkan pelan UOB Balance Transfer dan UOB Balance Transfer Instalment yang membolehkan anda menggabungkan hutang kad kredit sedia ada dengan kadar faedah yang menarik.
  • Pelan Pembayaran Mudah: Tukar pembelian besar kepada ansuran bulanan yang memudahkan dengan pelan UOB Easi-Payment Plan dan UOB Instalment Payment Plan, menawarkan pilihan pembayaran balik fleksibel di peniaga yang mengambil bahagian.

Pelan Pembiayaan

UOB Balance Transfer
UOB Balance Transfer

Buat pindahan baki sehingga 80% daripada had kredit anda tanpa kadar faedah dan tempoh bayaran semula sehingga 18 bulan.

Maklumat Lanjut
UOB Balance Transfer Instalment
UOB Balance Transfer Instalment

Buat pindahan baki tanpa sebarang caj pengendalian bermula daripada RM1,000 dengan bayaran balik sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut
UOB Easi-Payment Plan
UOB Easi-Payment Plan

Tukar pembelian serendah RM500 dari sebarang peniaga kepada pelan Easy Payment UOB ini dan nikmati bayaran ansuran sehingga 36 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
UOB Instalment Payment Plan
UOB Instalment Payment Plan

Beli-belah melalui UOB InStore dengan penjimatan jimat dan bayaran ansuran yang fleksibel dari 12 hingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon UOB PRVI Miles Elite

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Dalam Talian

  1. Layari laman web rasmi UOB Malaysia.
  2. Pergi bahagian kad kredit dan pilih Kad Kredit UOB PRVI Miles Elite.
  3. Isi borang permohonan dalam talian, muat naik dokumen yang diperlukan, dan hantar.

Klik untuk ke laman web UOB Malaysia

Melalui Cawangan

  1. Layari cawangan UOB terdekat.
  2. Minta borang permohonan daripada wakil UOB.
  3. Lengkapi borang dan serahkan bersama dokumen yang diperlukan.

Klik untuk melihat senarai cawangan UOB Malaysia

Khidmat Pelanggan

Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad UOB PRVI Miles Elite, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB Malaysia melalui saluran berikut:

Kesimpulan & Perspektif

Kad Kredit UOB PRVI Miles Elite adalah pilihan yang menarik untuk individu yang ingin pengalaman menggunakan kad kredit perjalanan premium.

Program ganjaran yang ditawarkan adalah sangat lumayan, terutamanya untuk perbelanjaan luar negara dan tiket penerbangan, bersama-sama dengan manfaat istimewa seperti akses ke lounge lapangan terbang dan perjalanan pulang percuma, dengan mudah boleh meningkatkan pengalaman perjalanan anda.

Walau bagaimanapun, penting untuk anda mengkaji semula yuran dan caj berkaitan dengan teliti untuk memastikan caj tersebut selari dengan tabiat perbelanjaan anda. Pertimbangkan rutin perjalanan anda, corak perbelanjaan, dan nilai berbanding manfaat kad sebelum anda buat keputusan.

Untuk pilihan kad kredit yang lebih luas yang mungkin sesuai untuk keperluan yang berbeza, layari laman kad kredit yang kami sediakan untuk pilihan yang lebih komprehensif. Klik untuk ke laman Cari Kad Kredit.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit UOB PRVI Miles Elite

Ya, mata UNIRM yang dikumpulkan dengan Kad UOB PRVI Miles Elite akan tamat tempoh selepas dua belas (12) bulan tidak aktif. Ketidakaktifan ditakrifkan sebagai tiada sebarang transaksi pengumpulan mata pada kad, termasuk perbelanjaan, pemindahan baki, dan pendahuluan tunai.

Malangnya, UNIRM yang diperoleh pada Kad Kredit UOB PRVI Miles Elite tidak boleh dipindahkan kepada individu lain.

Sekiranya anda membatalkan Kad UOB PRVI Miles Elite anda, sebarang mata UNIRM yang dikumpulkan akan terlucut dan tidak boleh ditebus. Oleh itu, adalah penting untuk mempertimbangkan nilai jangka masa kad sebelum membuat keputusan untuk membatalkannya.

Ya, akses percuma ke lounge lapangan terbang tertakluk kepada terma dan syarat setiap Lounge Plaza Premium. Syarat-syarat ini mungkin berbeza-beza dari satu lounge ke lounge yang lain.

Untuk menebus perkhidmatan perjalanan pulang percuma, anda perlu menunjukkan Kad UOB PRVI Miles Elite anda, tiket penerbangan, dan tiga (3) salinan resit kad kredit fizikal asal untuk transaksi luar negara. Resit jualan mesti bertarikh dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh penebusan. Anda kemudian boleh mendekati Kaunter Limo Priority UOB yang terletak di kawasan ketibaan domestik, aras 3 KLIA1 untuk diberi tunjuk arah ke teksi.

Walaupun Kad Kredit UOB PRVI Miles Elite menawarkan perjalanan pulang percuma dari KLIA1, penting untuk diingat bahawa program ini meliputi zon tertentu di Lembah Klang. Destinasi di luar zon yang telah ditetapkan mungkin dikenakan caj tambahan.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit UOB PRVI Miles Elite untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit UOB PRVI Miles Elite

Ada soalan tambahan berhubung UOB PRVI Miles Elite?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

UOB United Overseas Bank Malaysia Bhd.
UOB (United Overseas Bank), ditubuhkan pada 1935 dan kini merupakan bank ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan kehadiran di 19 negara. Dengan sejarah di Malaysia sejak 1951 dan 45 cawangan di seluruh negara, UOB Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan kewangan individu, korporat, dan pelanggan komersial, termasuk kemudahan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit CIMB Travel Platinum

Kad Kredit CIMB Travel Platinum menawarkan ganjaran perjalanan yang lumayan, akses ke Premium Plaza lounge,…

Petronas Maybank Visa Gold

Peminat tegar jenama Petronas? Kad kredit Petronas Maybank Visa Gold adalah untuk anda. Dapatkan ganjaran…

Alliance Bank Visa Platinum

Alliance Bank Visa Platinum menawarkan mata ganjaran dalam bentuk Timeless Bonus Points (TBP) tanpa had…

Citi Business Signature Card 

Kad kredit Citi Business Signature Card sesuai untuk perniagaan yang ingin mengawal perbelanjaan pekerja mereka dan dalam…