Akan dibuka dalam tab baharu

Alliance Bank Visa Platinum

Alliance Bank Visa Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM120
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium

Kad kredit Alliance Bank Visa Platinum menawarkan pulangan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Timeless Bonus Point (TBP) dengan setiap penggunaan kad anda. Mata TBP ini adalah tanpa had dan tiada tempoh tamat.

8 kali mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1 akan diberikan untuk transaksi dalam talian dan tambah nilai eWallet. Manakala 3 mata TBP untuk perbelanjaan luar negara dan makan. 1 mata TBP pula akan anda terima untuk perbelanjaan runcit, hiburan, auto-billing, dan transaksi tanpa sentuh dengan kad Alliance Bank Visa Platinum.

Anda boleh kumpul seberapa banyak mata ganjaran Timeless Bonus Point yang anda ingin dan tebus mata ganjaran anda untuk produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Alliance Bank.

Selain daripada reward points, kad ini juga didatangkan dengan pelan kad kredit Alliance Bank, iaitu pelan pemindahan baki dan pelan pinjaman tunai segera.

Anda boleh buat pindahan baki dengan pelan Alliance Bank Balance Transfer Plan bermula daripada serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran bulanan sehingga 24 bulan. Untuk tempoh bayaran 6 bulan, tiada caj kadar faedah dan tiada caj kadar pengendalian. Tetapi, jika anda pilih untuk buat bayaran balik lebih daripada 6 bulan, pihak Alliance Bank akan mengenakan sedikit caj kadar faedah.

Pelan Alliance Bank FastCash memudahkan bagi yang ingin mendapatkan tunai segera. Pelan pinjaman kad kredit ini membenarkan anda buat pinjaman sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad Alliance Bank Visa Platinum dengan tempoh bayaran ansuran bulanan sehingga 36 bulan.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad ini, syarat kelayakan, caj yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad kredit Alliance Bank secara dalam talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Alliance Bank Visa Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran Alliance Bank Timeless Bonus Point (TBP) tanpa had dan tiada tempoh tamat dengan kad kredit Alliance Bank Visa Platinum. Dengan pulangan mata sehingga 8 kali, anda boleh himpun mata ganjaran mengikut perbelanjaan anda dan tebus dengan hadiah, produk, atau perkhidmatan melalui katalog Alliance Bank.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
8 RM1 Beli-belah dalam talian dan tambah nilai eWallet
3 RM1 Perbelanjaan luar negara dan makan
1 RM1 Perbelanjaan runcit, hiburan, auto-billing, dan transaksi tanpa sentuh (contactless payment)

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM120
Percuma untuk tahun pertama. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk penggunaan lebih daripada 12 kali setahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
80% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Alliance Bank Balance Transfer Plan
Alliance Bank Balance Transfer Plan

Pelan pindahan baki kad kredit dengan pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Alliance Bank FastCash
Alliance Bank FastCash

Pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan dan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Alliance Bank Visa Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Alliance Bank Visa Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Alliance Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Alliance Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Alliance Bank Visa Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Alliance Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Alliance Bank Visa Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Alliance Bank Visa Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Alliance Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Alliance Bank Malaysia Berhad

Alliance bank malaysia berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad, sebahagian daripada Alliance Financial Group, adalah institusi perbankan komprehensif yang beroperasi di seluruh Malaysia. Sejak 2001, Alliance Bank (bersama Alliance Islamic Bank) menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan untuk individu dan perniagaan, termasuk akaun simpanan, kad, pembiayaan (peribadi, perumahan, perniagaan), insurans, dan banyak lagi, dalam bentuk konvensional dan Islamik.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…