Akan dibuka dalam tab baharu

UOB Balance Transfer Instalment

UOB Balance Transfer Instalment adalah pelan kewangan yang membantu anda menggabungkan hutang kad kredit sedia ada ke dalam satu kad kredit UOB dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Pelan ini membolehkan anda menguruskan pembayaran hutang dengan lebih mudah dengan bayaran bulanan tetap yang lebih rendah dan menjimatkan. Anda boleh memilih tempoh bayaran balik sehingga 60 bulan, membantu anda mengawal kewangan dan meringankan beban hutang kad kredit.

Antara manfaat yang datang bersama pelan UOB Balance Transfer ini adalah kadar faedah rendah yang tetap, sebanyak 2.99% setahun. Kadar ini dikenakan untuk semua tempoh bayaran, menjadikan bayaran bulanan tetap dan tidak berubah.

Pihak UOB juga tidak mengenakan sebarang yuran pengendalian untuk setiap pindahan baki yang anda lakukan, dan tiada caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan baki bayaran dengan lebih awal.

UOB Balance Transfer Instalment
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 60 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
2.99 % p.a higga 9.20% p.a
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
money-bill-1-wave
Jumlah Pindahan
RM1000 hingga 80% had kredit
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
RM50 atau 5% (yang mana lebih tinggi)
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual UOB Balance Transfer Instalment

Buat pindahan baki tanpa sebarang caj pengendalian bermula daripada RM1,000 dengan bayaran balik sehingga 60 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum
6 Tiada 2.99 RM1,000
12 Tiada 2.99 RM1,000
24 Tiada 2.99 RM1,000
36 Tiada 2.99 RM1,000
48 Tiada 2.99 RM1,000
60 Tiada 2.99 RM1,000

Cara mohon UOB Balance Transfer Instalment

Anda boleh mohon melalui saluran-saluran berikut:

  • SMS: Hantar SMS “UOBBT” ke 66300. Pegawai UOB akan menghubungi anda dalam tempoh terdekat.
  • Hubungi Telesales: Hubungi UOB Telesales Centre di talian 03-2638 8804 (tersedia dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja).
  • Hantar Borang Permohonan: Muat turun borang permohonan, lengkapkan, sertakan salinan penyata kad kredit atau caj bank anda, dan hantar melalui faks ke 03 2690 0002 atau melalui pos ke alamat: UOB Card Centre, P.O Box 10253, 50708 Kuala Lumpur.

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan UOB Balance Transfer Instalment

Ya, anda boleh buat bayaran balik sebelum tempoh bayaran balik tamat. Tiada yuran yang dikenakan.

Jika anda terlepas pembayaran, anda akan dikenakan kadar faedah tertinggi yang mungkin, iaitu sekitar 18% setahun, sehingga anda melunaskan semua jumlah tertunggak.

Had kredit adalah berbeza bergantung pada jenis kad kredit UOB yang anda miliki. Hubungi UOB Tele sales Centre untuk mengetahui lebih lanjut tentang had kredit bagi kad kredit anda.

Kad kredit UOB Balance Transfer Instalment

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan UOB Balance Transfer Instalment. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

UOB PRVI Miles Elite

Kad kredit UOB PRVI Miles Elite
Kumpul UNIRM pengalaman perjalanan yang selesa! Kad Kredit UOB PRVI Miles Elite menawarkan ganjaran menarik, akses ke lounge eksklusif, dan perjalanan pulang percuma.
Info Lanjut

UOB Lady’s Card

Kad kredit UOB Lady's
Dapatkan ganjaran menarik dengan Kad Kredit UOB Lady's, ditawarkan khas untuk wanita. Nikmati ganjaran mata UNIRinggit, pelan pembayaran mudah, dan banyak lagi.
Info Lanjut

 UOB Lady’s Solitaire Card

UOB Lady’s Solitaire
Kad Kredit UOB Lady's Solitaire menawarkan 10X mata UNIRM untuk perbelanjaan fesyen, akses percuma ke ruang istirahat lapangan terbang, dan perlindungan insurans perjalanan. Ia direka khas untuk wanita yang mengutamakan gaya hidup premium.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan  untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.