Akan dibuka dalam tab baharu

UOB One Visa Classic

UOB One Visa Classic
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM68
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Premium, Pulangan Tunai

Kad kredit UOB One Visa Classic adalah salah satu kad dalam siri UOB One Card. Walaupun kad ini boleh dikatakan adalah kad asas, pihak UOB menawarkan ciri-ciri yang hebat bersama kad ini. Antara ciri utama yang menarik ialah ganjaran rebat tunai (cashback) tanpa had.

Pulangan cashback yang ditawarkan bersama kad ini tanpa had, dan boleh ditebus untuk semua perbelanjaan. Tidak kira sama ada anda guna kad UOB One Visa Classic untuk perbelanjaan runcit, makan, bayaran bil, atau isian petrol – anda akan menerima ganjaran rebat tunai. Tidak seperti kebanyakan kad kredit cashback yang menghadkan pulangan rebat tunai bulanan, cashback yang ditawarkan oleh kad ini adalah tanpa had (uncapped). Jadi lebih banyak anda berbelanja, lebih tinggi nilai penjimatan yang anda terima. Kad UOB One Visa Classic juga menawarkan diskaun sehingga 15% untuk 150 kedai makan seluruh negara.

Pihak UOB juga menawarkan pelan pemindahan baki untuk memudahkan anda buat pindahan baki daripada kad kredit lama kepada kad One Visa Classic ini. Tidak lupa juga pelan bayaran ansuran mudah untuk memudahkan anda mendapatkan barangan idaman anda dengan segera.

Pelan UOB Balance Transfer Plan dan UOB Fixed-Pay Balance Transfer membenarkan anda buat pindahan baki serendah RM1,000 sehingga 80% had kredit (credit limit) kad anda dengan tempoh bayaran bulanan sehingga 18 bulan. Pelan balance transfer ini adalah tanpa caj faedah (zero interest).

Pilih antara dua pelan Easy Payment yang ditawarkan oleh kad UOB One Visa Classic ini. Pelan UOB Instalment Payment Plan dan UOB Fixed-Pay Balance Transfer juga tanpa caj faedah. Anda hanya perlu berbelanja serendah RM500 dan buat bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Untuk mohon kad ini, anda perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000. Kad ini dibuka permohonan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kerakyatan. Yuran tahunan (annual fee) yang dikenakan juga tidak membebankan, hanya RM68 setahun untuk pemegang kad utama (principal card holder), dan RM30 setahun untuk pemegang kad tambahan (supplementary card holder).

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap yang ditawarkan, syarat kelayakan, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon kad ini secara dalam talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit UOB One Visa Classic

Pulangan tunai (cashbacks)

Ingin ganjaran cashback tanpa had? Kad UOB One Visa Classic adalah pilihan terbaik. Dapatkan rebat tunai 5% untuk isian petrol setiap hujung minggu (weekend), dan 1% pada hari bekerja. Rebat tunai %5 untuk perbelanjaan runcit hujung minggu, dan 0.2% pada hari bekerja. Untuk perbelanjaan lain pula, anda akan menerima pulangan cashback 0.2% daripada perbelanjaan tanpa had.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Isian petrol hari minggu (Sabtu-Ahad) 5% Tanpa had Sebarang amaun (dihadkan kepada RM200)
Isian petrol hari bekerja (Isnin-Jumaat) 1% Tanpa had Sebarang amaun (dihadkan kepada RM200)
Perbelanjaan runcit hari minggu 5% Tanpa had Sebarang amaun (dihadkan kepada RM200)
Perbelanjaan runcit hari bekerja 0.2% Tanpa had Sebarang amaun (dihadkan kepada RM200)
Telekomunikasi hari minggu 2% Tanpa had Sebarang amaun (dihadkan kepada RM200)
Telekomunikasi hari bekerja 0.2% Tanpa had Sebarang amaun (dihadkan kepada RM200)
Perbelanjaan lain 0.2% Tanpa had Sebarang amaun

Ganjaran petrol

Penjimatan hebat setiap kali anda mengisi minyak dengan kad UOB One Visa Classic. Isi minyak pada hari minggu dan dapatkan 5% rebat tunai. Pada hari bekerja pula, anda akan menerima 1% rebat tunai dengan setiap isian petrol. Walaupun jumlah perbelanjaan bulanan dihadkan kepada RM200, anda boleh berjimat dengan jumlah cashback yang terkumpul setiap bulan.

Ciri premium

Pihak UOB menawarkan diskaun sehingga 15% untuk 150 kedai makan yang mengambil bahagian di seluruh negara. Rujuk di sini untuk senarai kedai makan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM68
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM30
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

UOB Balance Transfer
UOB Balance Transfer

Buat pindahan baki sehingga 80% daripada had kredit anda tanpa kadar faedah dan tempoh bayaran semula sehingga 18 bulan.

Maklumat Lanjut
UOB Fixed-Pay Balance Transfer
UOB Fixed-Pay Balance Transfer

Dapatkan kadar faedah yang rendah dengan bayaran ansuran selama 6 bulan dari pelan pindahan baki UOB Fixed-Pay Balance Transfer.

Maklumat Lanjut
UOB Instalment Payment Plan
UOB Instalment Payment Plan

Beli-belah melalui UOB InStore dengan penjimatan jimat dan bayaran ansuran yang fleksibel dari 12 hingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
UOB Easi-Payment Plan
UOB Easi-Payment Plan

Tukar pembelian serendah RM500 dari sebarang peniaga kepada pelan Easy Payment UOB ini dan nikmati bayaran ansuran sehingga 36 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon UOB One Visa Classic

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit UOB One Visa Classic

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit UOB One Visa Classic untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit UOB One Visa Classic

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung UOB One Visa Classic?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

UOB United Overseas Bank Malaysia Bhd.
UOB (United Overseas Bank), ditubuhkan pada 1935 dan kini merupakan bank ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan kehadiran di 19 negara. Dengan sejarah di Malaysia sejak 1951 dan 45 cawangan di seluruh negara, UOB Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan kewangan individu, korporat, dan pelanggan komersial, termasuk kemudahan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit UOB Lady's

Dapatkan ganjaran menarik dengan Kad Kredit UOB Lady’s, ditawarkan khas untuk wanita. Nikmati ganjaran mata…

Maybank World MasterCard

Kad kredit Maybank World MasterCard menawarkan kelebihan mata ganjaran Treats AirMiles yang boleh anda tebus…

Alliance Bank You:nique Rebates

Dapatkan rebat tunai (cashbacks) sehingga 3% tanpa had dengan kad kredit ini. Didatangkan dengan pelan…

New AEON Classic

Kad kredit New AEON Classic Visa/MasterCard menawarkan bukan sahaja pulangan tunai, tetapi juga mata ganjaran…