Anda seorang wanita dan ingin mencari kad kredit yang sedikit eksklusif di samping menawarkan ganjaran menarik? Kad Kredit UOB Lady’s mungkin jawapannya. Kad ini Direka khas untuk wanita, dan menawarkan pelbagai faedah, daripada ganjaran mata UNIRinggit sehinggalah kepada pelan pembayaran ansuran mudah. Baca lebih lanjut tentang Kad Kredit UOB Lady’s, termasuk ciri-ciri istimewa, kelayakan, yuran, dan cara memohon.
Tip sebelum mohon
Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.












