Akan dibuka dalam tab baharu

Alliance Bank You:nique Rebates

Notis Penting

Kad kredit Alliance Bank You:nique Rebates tidak lagi ditawarkan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad

Alliance Bank You:nique Rebates
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM148
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai

Kad kredit Alliance Bank You:nique Rebates adalah kad kredit unik yang ditawarkan oleh Alliance Bank. Kad ini adalah antara kad kredit yang memberikan nilai rebat (cashback) yang tinggi berbanding kad kredit dari bank yang lain.

Anda boleh mendapatkan rebat tanpa had untuk sebarang perbelanjaan runcit, petrol atau perkhidmatan. Dalam erti kata lain, anda akan dapat rebat tunai setiap kali anda berbelanja menggunakan kad ini.

Anda juga boleh buat kad kredit ini lebih menarik dengan meletak gambar pilihan anda pada kad ini.

Ciri  menarik lain yang buat kad ini popular adalah pelan pemindahan baki (Balance Transfer) tanpa caj pengendalian, dan juga pelan bayaran ansuran (Easy Payment Plan) tanpa sebarang kadar faedah.

Baca lebih lanjut untuk mengetahui dengan lebih terperinci ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh Alliance Bank melalui Kad Kredit You:nique Rebates, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini dengan mudah secara online.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Alliance Bank You:nique Rebates

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai tanpa had apabila anda berbelanja RM3,000 ke atas setiap bulan. Tidak ada kad kredit lain yang memberikan rebat tunai (cash back) tanpa had seperti kad kredit Alliance Bank You:nique Rebates.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Semua perbelanjaan runcit 1.2% RM12 Dari Rm1,001 hingga RM2,000 setiap bulan
Semua perbelanjaan runcit 3% RM39 Dari RM2,001 hingga RM3,000 setiap bulan
Semua perbelanjaan runcit 0.3% Tiada  Dari RM3,001 dan ke atas setiap bulan

Ganjaran petrol

Anda kerap mengisi minyak? Kad Alliance Bank You:nique Rebates  ini sangat sesuai jika anda inginkan rebat tunai setiap kali anda mengisi minyak. Dapatkan sehingga 3% rebat tunai (cashback) dengan setiap isian, di sebarang stesyen minyak seluruh Malaysia.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM148
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan sekiranya anda berbelanja RM5,000 ke atas atau menggunakan kad ini lebih dari 12 kali setahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM30
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
80% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Alliance Bank Balance Transfer Plan
Alliance Bank Balance Transfer Plan

Pelan pindahan baki kad kredit dengan pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Alliance Bank FastCash
Alliance Bank FastCash

Pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan dan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Alliance Bank You:nique Rebates

    Kad kredit Alliance Bank You:nique Rebates telah ditamatkan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Alliance Bank You:nique Rebates

    Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Alliance Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

    Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

    Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Alliance Bank Malaysia Berhad.

    Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

    Ya, anda boleh guna kad kredit Alliance Bank You:nique Rebates untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

    Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

    Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Alliance Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Alliance Bank You:nique Rebates

    Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

    Ada soalan tambahan berhubung Alliance Bank You:nique Rebates?

    Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Alliance Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Alliance Bank Malaysia Berhad

    Alliance bank malaysia berhad
    Alliance Bank Malaysia Berhad, sebahagian daripada Alliance Financial Group, adalah institusi perbankan komprehensif yang beroperasi di seluruh Malaysia. Sejak 2001, Alliance Bank (bersama Alliance Islamic Bank) menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan untuk individu dan perniagaan, termasuk akaun simpanan, kad, pembiayaan (peribadi, perumahan, perniagaan), insurans, dan banyak lagi, dalam bentuk konvensional dan Islamik.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    Maybank 2 Gold Cards

    Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana…

    Kad Kredit Citi Shell-Citi Gold

    Lebih dari separuh budget bulanan anda untuk isian petrol? Dapatkan kad kredit ini dan nikmati…

    Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

    Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

    Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

    Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…