Akan dibuka dalam tab baharu

RHB Cash Back Credit Card

RHB Cash Back Credit Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM70
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai

Kad kredit rebat tunai (cashback) adalah antara kad kredit yang popular dan sering dimohon. Oleh itu, RHB Bank Berhad tidak ketinggalan untuk menawarkan kad kredit rebat tunai untuk individu yang gemar berbelanja. Terdapat tiga jenis kad kredit rebat tunai yang ditawarkan iaitu RHB Cash Back Visa Credit Card, RHB Cash Back Mastercard Credit Card, dan RHB Islamic Cash Back Credit Card-i.

Ketiga-tiga kad ini mempunyai ciri yang sama. Yang membezakan ialah syarikat pemproses kad kredit iaitu Visa dan MasterCard. Credit Card-i pula ialah kad kredit Islamik RHB daripada RHB Islamic Bank Berhad.

Ciri rebat tunai yang ditawarkan bersama kad ini adalah sangat menarik. Boleh dikatakan anda akan menerima pulangan cashback sehingga 10% dengan setiap perbelanjaan anda. Anda cuma perlu berbelanja tidak kurang daripada RM2,500 setiap bulan menggunakan kad kredit RHB Cash Back. Rebat tunai yang terkumpul boleh berjumlah sehingga RM600 setahun.

Pihak RHB juga menawarkan pelan yang lengkap untuk ketiga-tiga kad ini, iaitu pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan juga pelan pinjaman tunai.

Pelan RHB Smart Move Balance Transfer sangat sesuai sekiranya anda ingin buat pemindahan baki daripada kad kredit lama anda kepada kad kredit RHB Cash Back. Anda boleh buat pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan. Anda cuma akan dikenakan caj kadar faedah serendah 4.99% setahun (p.a). Tiada caj pengendalian dikenakan.

Bagi yang gemar membeli-belah pula, anda boleh pilih antara dua easy payment plan yang datang bersama kad ini. Pilih antara pelan RHB Dial-An-Instalment atau RHB Smart Instalment. Anda cuma perlu beli barangan serendah RM500 untuk layak menggunakan kedua-dua pelan ini. Pelan Dial-An-Instalment mengenakan caj kadar faedah tahunan bergantung kepada jumlah belian dengan bayaran ansuran sehingga 24 bulan. Manakala pelan Smart Instalment pula tidak mengenakan caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Sekiranya anda ingin tunai segera, pelan pendahuluan tunai RHB CashXcess boleh membantu. Dengan pelan ini anda boleh mohon pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran bulanan sehingga 24 bulan. Jumlah pinjaman maksimum pula akan bergantung kepada had kredit (credit limit) kad anda.

Ketiga-tiga kad kredit RHB Cash Back ini juga menawarkan ciri RHB Smart Pay. Dengan ciri ini anda tidak perlu lagi risau tentang bayaran bil bulanan anda. Anda boleh menggunakan Smart Pay untuk bayaran bil Telco dan bil-bil lain.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap rebat tunai yang ditawarkan oleh ketiga-tiga kad ini, syarat kelayakan untuk mohon, caj dikenakan, dan bagaimana untuk mohon kad kredit RHB online (atas talian).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit RHB Cash Back Credit Card

Pulangan tunai (cashbacks)

Ingin jimat RM600 setiap tahun? Pulangan rebat tunai yang ditawarkan oleh kad kredit RHB Cash Back mungkin pilihan terbaik anda. Dapatkan ganjaran rebat tunai sehingga 10% untuk tempahan makanan atau barangan runcit atas talian. Untuk perbelanjaan petrol, makan, dan barangan runcit pula, anda akan mendapat rebat tunai sehingga 5%.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Penghantaran makanan dan barangan runcit atas talian (online) 0.2% RM10 RM1 – RM999
Penghantaran makanan dan barangan runcit atas talian (online) 1% RM10 RM1,000 – RM1,999
Penghantaran makanan dan barangan runcit atas talian (online) 2% RM10 RM2,000 – RM2,499
Penghantaran makanan dan barangan runcit atas talian (online) 10% RM10 RM2,500 ke atas
Petrol, makan, barangan runcit 0.2% RM10 RM1 – RM999
Petrol, makan, barangan runcit 1% RM10 RM1,000 – RM1,999
Petrol, makan, barangan runcit 2% RM10 RM2,000 – RM2,499
Petrol, makan, barangan runcit 5% RM10 RM2,500 ke atas
Lain-lain 0.2% Tiada had RM1 ke atas

 

Ganjaran petrol

Dengan harga minyak yang semakin meningkat, dapatkan kelebihan rebat tunai sehingga 5% jika anda isi petrol dengan kad RHB Cash Back anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM70
Tahun pertama percuma. Tahun berikutnya yuran dibatalkan sekiranya anda berbelanja RM10,000 dan ke atas.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

RHB Smart Move Balance Transfer
RHB Smart Move Balance Transfer

Pindahan baki dari serendah RM1,000 hingga 80% had kredit anda dengan bayaran sehingga 24 bulan. Tiada caj pengendalian dan caj penamatan awal yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
RHB Dial-An-Instalment
RHB Dial-An-Instalment

Tukar sebarang pembelian anda kepada pelan Easy Payment RHB Dial-An-Instalment dan nikmati tempoh bayaran sehingga 24 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
RHB Smart Instalment
RHB Smart Instalment

Tukar pembelian anda kepada pelan Easy Payment RHB Smart Instalment dan nikmati tempoh bayaran sehingga 24 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
RHB CashXcess
RHB CashXcess

Pinjaman tunai dari RM1,000 hingga 80% had kredit (credit limit) kad RHB anda dengan kadar faedah yang berpatutan dan tempoh pinjaman sehingga 24 bulan

Maklumat Lanjut

Cara Mohon RHB Cash Back Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit RHB Cash Back Credit Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, RHB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh RHB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan RHB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit RHB Cash Back Credit Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. RHB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit RHB Cash Back Credit Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung RHB Cash Back Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

6 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi RHB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad
RHB Bank Berhad, yang terbentuk melalui penggabungan dan kini merupakan kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia. Dengan 194 cawangan di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, RHB (menerusi RHB Islamic Bank) mengamalkan konsep Universal Banking. Ia menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan, termasuk penyelesaian khusus untuk…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Alliance Bank Visa Basic

Kad kredit Alliance Bank Visa Basic menawarkan ciri asas dengan penjimatan tahunan. Syarat kelayakan mohon…

Kad kredit OCBC Great Eastern Platinum MasterCard

Nikmati pulangan tunai 2.5% untuk premium insurans Great Eastern dan 0.1% untuk setiap perbelanjaan runcit,…

Citi Business Signature Card 

Kad kredit Citi Business Signature Card sesuai untuk perniagaan yang ingin mengawal perbelanjaan pekerja mereka dan dalam…

Kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back

Kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back sangat sesuai untuk kaki shopping online, atau mereka…