RHB Dial-An-Instalment adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) oleh RHB Bank Berhad. Pelan ini ditawarkan kepada setiap pembelian anda tanpa dihadkan kepada sesetengah peniaga. Anda hanya perlu buat pembelian minimum sebanyak RM500 untuk menggunakan program ini.
Pelan Dial-An-Instalment menawarkan tempoh bayaran ansuran dari 6 bulan sehingga 24 bulan. RHB tidak mengenakan sebarang caj faedah untuk pelan ini. Cuma caj pengendalian (one-time upfront handling fee) akan dikenakan serendah 2.5% hingga 9% – bergantung kepada tempoh bayaran ansuran anda. Caj upfront ini cuma dikenakan sekali sahaja dan tidak berulang.
Pihak RHB membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum sebanyak 5% dari baki sekiranya anda tidak dapat buat bayaran penuh setiap bulan. Walau bagaimanapun, caj akan dikenakan dari 1.25% sehingga 1.5% setiap bulan dari baki tunggakan.
Sekiranya anda gagal buat bayaran bulanan, walaupun bayaran bulanan minimum – RHB akan mengenakan penalti lewat bayar (late payment penalty) sebanyak RM10 atau 1% dari baki tunggakan (yang mana yang lebih tinggi). Penalti ini dihadkan kepada had maksimum sebanyak RM100.
Anda tidak perlu membayar sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan baki bayaran anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui. RHB tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) untuk pelan RHB Dial-An-Instalment ini.