RHB Smart Move Balance Transfer adalah pelan pindahan baki yang ditawarkan oleh RHB Bank Berhad. Pelan pemindahan baki ini menawarkan tempoh pembayaran dari 12 bulan hingga mencecah 24 bulan. Pelan ini menawarkan kadar faedah (interest rate) yang berpatutan, iaitu dengan kadar faedah terendah bermula dari 4%p.a.
Pihak RHB tidak mengenakan sebarang caj pengendalian (one time upfront handling fee) untuk pelan ini. Anda boleh buat pindahan baki dengan jumlah minimum sebanyak RM1,000 dan bayaran bulanan minimum sebanyak 5% dari jumlah tunggakan anda. Jumlah pindahan maksimum pula dihadkan kepada 80% daripada had kredit (credit limit) anda.
Jika anda gagal untuk buat bayaran setiap bulan, RHB akan mengenakan kadar faedah sebanyak 18% p.a dari baki tunggakan, dan juga penalti lewat bayar (late payment penalty) sebanyak 1% dari tunggakan anda.
Sekiranya anda berhasrat untuk menjelaskan baki tunggakan anda lebih awal dari tarikh yang dipersetujui, pihak RHB tidak akan mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) untuk pelan pindahan baki RHB Smart Move Balance Transfer.