Akan dibuka dalam tab baharu

RHB CashXcess

RHB CashXcess adalah pelan ansuran tunai kad kredit (Cash Instalment Plan – CIP) oleh RHB Bank. Pelan ini ditawarkan kepada semua pemegang kad kredit utama (principal card holder) RHB dan RHB Islamic.

Sekiranya anda memiliki kad kredit RHB/RHB Islamic, anda boleh mohon pinjaman dalam bentuk tunai dari RM1,000 hingga jumlah pinjaman maksimum 80% daripada had kredit (credit limit) kad anda.

Anda juga boleh pilih tempoh pinjaman antara 12 dan 24 bulan. RHB mengenakan kadar faedah sebanyak 8% p.a untuk tempoh 12 bulan, dan 9% p.a untuk tempoh pinjaman 24 bulan untuk pinjaman RM3,000 ke bawah. Tetapi, jika anda buat pinjaman RM3,000 ke atas dengan tempoh pinjaman 12 bulan, anda hanya akan dikenakan caj kadar faedah 4.88% p.a.

Tiada caj upfront atau wang pendahuluan yang perlu anda bayar sekiranya permohonan pinjaman RHB CashXcess anda lulus.

RHB juga tidak mengenakan sebarang caj sekiranya anda ingin membayar semua baki pinjaman anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui. Dalam erti kata lain, tiada caj penamatan awal (early settlement fee).

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan buat bayaran penuh setiap bulan kerana jika anda memilih untuk buat bayaran bulanan minimum iaitu 5% daripada baki, caj kadar faedah akan dinaikkan kepada caj asal iaitu 18% p.a.

Jika anda gagal buat bayaran pula, anda akan dikenakan denda lewat bayar (late payment penalty) sebanyak RM10 atau 1% daripada baki tertunggak (yang lebih tinggi). Caj denda ini dihadkan kepada RM100.

RHB CashXcess
calendar-range
Tempoh Pinjaman
12 bulan hingga 24 bulan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
RM1000 hingga 80% daripada had kredit (credit limit)
badge-percent
Kadar Faedah
4.88% p.a hingga 9% p.a
square-dollar
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada baki tunggakan (yang lebih tinggi)
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual RHB CashXcess

Pinjaman tunai dari RM1,000 hingga 80% had kredit (credit limit) kad RHB anda dengan kadar faedah yang berpatutan dan tempoh pinjaman sehingga 24 bulan

Pelan Tempoh Pinjaman (Bulan) Jumlah Pinjaman Minimum (RM) Kadar Faedah (% p.a)
A 12 1,000 8% p.a
B 24 1,000 9% p.a
630 12 3,000 4.88% p.a

Cara mohon RHB CashXcess

Anda boleh mohon pelan RHB CashXcess melalui beberapa langkah mudah, iaitu:

  1. Mohon secara walk-in di mana-mana cawangan RHB berdekatan anda.
  2. Mohon dengan menghubungi khidmat pelanggan RHB di talian 03-92068118 (Semenanjung Malaysia) atau 08-278118 (Sabah/Sarawak).
  3. Mohon dengan melengkapkan borang permohonan dari laman web RHB dan E-Mel kan ke alamat [email protected].

Sekiranya permohonan anda lulus, wang pinjaman akan dikreditkan ke akaun RHB anda, atau mana-mana akaun bank pilihan anda.

Kad kredit RHB CashXcess

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan RHB CashXcess. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

RHB Cash Back Credit Card

RHB Cash Back Credit Card
Ingin jimat RM600 setiap tahun? Dapatkan kad kredit RHB Cash Back dengan ganjaran pulangan rebat tunai sehingga 10% daripada perbelanjaan bulanan anda. Kad ini juga lengkap dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan pinjaman tunai untuk memudahkan urusan anda. Ciri RHB Smart Pay juga memudahkan bayaran bil bulanan anda.
Info Lanjut

RHB Shell Visa Credit Card

RHB Shell Visa Credit Card
RHB Shell Visa Credit Card/i menawarkan ganjaran rebat tunai (cashback) tanpa had bukan sahaja untuk isian petrol di stesen minyak Shell seluruh negara, tetapi juga untuk perbelanjaan runcit, transaksi atas talian, bayaran bil utiliti, tambah nilai E-Wallet dan juga perbelanjaan lain. Nikmati pelan kad kredit lengkap iaitu pelan pindahan baki, bayaran ansuran mudah, dan pelan…
Info Lanjut

RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i

RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i
Nikmati ciri keselamatan kad kredit terbaru dengan RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i. Dengan kad ini anda tidak perlu risau kad disalahguna jika kad anda hilang. Dapatkan juga ganjaran rewards points tanpa had sehingga 10x mata.
Info Lanjut

RHB Limited Edition White Visa Rewards Credit Card/i

Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards
Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards adalah kad edisi terhad RHB yang menawarkan pulangan mata ganjaran Loyalty points dan pelan kredit RHB yang lengkap. Tidak lupa juga yuran hijau percuma untuk kaki golf.
Info Lanjut

RHB Visa Signature

Kad kredit RHB Visa Signature 
Kad kredit RHB Visa Signature, sebuah kad premium RHB yang menawarkan pelbagai ganjaran perjalanan dengan ciri pulangan tunai (cashback) tanpa had. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma seumur hidup.
Info Lanjut

RHB Rewards Credit Card

Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard 
Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard menawarkan sehingga 10x Mata Ganjaran dengan transaksi pembelian terpilih
Info Lanjut

RHB Visa Infinite

Kad kredit RHB Visa Infinite
Kad kredit RHB Visa Infinite menawarkan ciri premium dengan pulangan mata ganjaran, perlindungan insurans perjalanan, akses tanpa had ke Plaza Premium Lounge, dan pelbagai keistimewaan eksklusif.
Info Lanjut

RHB Visa MyEG

Kad kredit RHB Visa MyEG
Kad Kredit RHB Visa MyEG menawarkan 5X Mata Ganjaran untuk transaksi MyEG dan 1X Mata Ganjaran untuk transaksi lain, juga kemudahan kewangan seperti RHB Smart Pay, Smart Move dan Smart Instalment.
Info Lanjut

RHB Premier Visa Infinite

Kad kredit RHB Premier Visa Infinite
Nikmati kemewahan dan ganjaran eksklusif dengan Kad Kredit RHB Premier Visa Infinite. Dapatkan sehingga 8x Mata Ganjaran, akses lounge lapangan terbang tanpa had, dan keistimewaan golf percuma.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.