Akan dibuka dalam tab baharu

RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i

RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM200
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium

RHB Rewards Motion Code Credit Card adalah kad kredit terbaru daripada RHB Bank Berhad yang menggunakan teknologi terbaru untuk menjaga keselamatan pemegang kad. Dengan kad ini, RHB memperkenalkan teknologi RHB Motion Code™.

Teknologi kad kredit RHB ini memasang skrin mini yang dijana oleh bateri dengan paparan e-dakwat (e-ink) pada bahagian belakang kad. Skrin mini ini akan memaparkan nombor Card Verification Value (CCV) 3 digit yang akan berubah setiap 4 jam. Dengan ciri keselamatan kad kredit ini, anda tidak perlu risau sekiranya anda kehilangan kad atau kad anda disalahguna kerana kad anda tidak boleh diguna pakai kembali oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kad kredit RHB Rewards Motion Code juga menawarkan ciri mata ganjaran (reward points) sehingga 10x mata dengan setiap RM1 yang anda belanjakan. Anda boleh kumpul mata ganjaran untuk tiket wayang, transaksi dalam talian, perbelanjaan runcit, perbelanjaan luar negara, dan pelbagai lagi kategori. Rujuk maklumat di bawah untuk ciri lengkap mata ganjaran yang ditawarkan.

Bagi kaki golf pula, anda boleh menggunakan beberapa padang golf di sekitar Selangor tanpa sebarang caj dengan kad kredit RHB ini. Hanya hubungi pihak RHB untuk tempahan.

Anda juga boleh menikmati kemudahan pelan kad kredit RHB didatangkan bersama kad ini iaitu RHB Smart Pay, RHB Smart Move Balance Transfer, RHB Smart Instalment, dan RHB CashXcess.

Program RHB Smart Pay memudahkan anda untuk buat bayaran bil-bil bulanan secara automatik. Tidak perlu lagi risau terlepas membayar bil akibat tidak cukup baki di dalam akaun bank anda.

Pelan RHB Smart Move Balance Transfer pula membenarkan anda buat pemindahan baki daripada kad kredit lama kepada RHB Rewards Motion Code Card dengan pindahan baki serendah RM1,000 dan bayaran balik sehingga 36 bulan.

Anda juga boleh dapatkan barangan idaman dengan bayaran ansuran bulanan melalui pelan RHB Smart Instalment. Buat pembelian serendah RM500 dan bayar balik sehingga 36 bulan. Pelan ini tidak mengenakan caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Jika anda ingin wang tunai segera, pelan RHB CashXcess boleh membantu. Dapatkan tunai segera serendah RM1,000 dengan kadar faedah serendah 4.88% p.a.

Kad kredit RHB Rewards Motion Code juga ditawarkan dalam bentuk kad kredit Islamik. Anda boleh dapatkan kad Islamik RHB Rewards Motion Code Credit Card-i melalui RHB Islamic Bank. Sebagai kad kredit patuh Syariah, anda hanya boleh menggunakan kad kredit Islamik RHB ini untuk transaksi halal.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad kredit RHB ini dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran (reward points) tanpa had dengan kad kredit ini. Tidak kira apa sahaja kategori yang anda belanjakan dengan kad ini, anda akan menerima mata ganjaran tanpa had.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
10 RM1 Tiket wayang
4 RM1 Perbelanjaan luar negara
3 RM1 Perbelanjaan dalam talian
2 RM1 Kesihatan
2 RM1 Insurans
2 RM1 Perbelanjaan runcit
1 RM1 Perbelanjaan lain

Ciri premium

Nikmati aktiviti golf anda tanpa caj padang (green fee) melalui kad kredit ini. Setakat ini hanya dua kelab golf sekitar Selangor yang mengambil bahagian, iaitu Sungai Long Golf & Country Club dan Kota Permai Golf & Country Club. Walau bagaimanapun, senarai ini mungkin akan bertambah pada masa hadapan.

Anda hanya perlu menghubungi pihak RHB di talian 03-92068118 untuk tempahan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM200
Tahun pertama percuma. Tahun berikutnya yuran tahunan diketepikan untuk perbelanjaan lebih daripada RM20,000 setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

RHB Smart Move Balance Transfer
RHB Smart Move Balance Transfer

Pindahan baki dari serendah RM1,000 hingga 80% had kredit anda dengan bayaran sehingga 24 bulan. Tiada caj pengendalian dan caj penamatan awal yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
RHB Smart Instalment
RHB Smart Instalment

Tukar pembelian anda kepada pelan Easy Payment RHB Smart Instalment dan nikmati tempoh bayaran sehingga 24 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
RHB CashXcess
RHB CashXcess

Pinjaman tunai dari RM1,000 hingga 80% had kredit (credit limit) kad RHB anda dengan kadar faedah yang berpatutan dan tempoh pinjaman sehingga 24 bulan

Maklumat Lanjut

Cara Mohon RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, RHB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh RHB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan RHB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. RHB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi RHB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad
RHB Bank Berhad, yang terbentuk melalui penggabungan dan kini merupakan kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia. Dengan 194 cawangan di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, RHB (menerusi RHB Islamic Bank) mengamalkan konsep Universal Banking. Ia menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan, termasuk penyelesaian khusus untuk…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…