Akan dibuka dalam tab baharu

BSN Visa Cash Back

Kad kredit BSN Visa Cash Back
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Tanpa yuran tahunan
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit BSN Visa Cash Back daripada Bank Simpanan Nasional adalah pilihan terbaik ingin mendapatkan pulangan tunai setiap bulan dengan perbelanjaan harian. Tidak lupa juga kelebihan perlindungan perjalanan dan pelan kewangan kredit yang ditawarkan bersama kad kredit BSN ini.

Tanpa Yuran Tahunan Seumur Hidup

Antara kelebihan utama yang buat kad kredit BSN Visa Cash Back ini menjimatkan ialah tiada yuran tahunan yang dikenakan sepanjang anda memiliki kad ini. Bukan sahaja untuk kad utama, tetapi juga untuk kad tambahan

Tetapi, anda masih perlu membayar caj SST yang hanya bernilai RM25 setiap tarikh ulang tahun kad. Kelebihan ini buat kad kredit BSN ini menjimatkan dan mampu milik.

Pulangan Tunai Tanpa Had

Dapatkan lebih nilai untuk wang anda dengan ganjaran pulangan tunai sehingga 5% dengan setiap perbelanjaan. Ini termasuk membeli barangan runcit di pasaraya, menjamu selera di restoran kegemaran, dan ketika mengisi petrol. Tidak lupa juga pulangan tunai 1% tanpa had untuk perbelanjaan lain di dalam dan luar negara.

Perlindungan Takaful Percuma

Anda juga akan dilindungi oleh perlindungan Takaful percuma sehingga RM300,000 apabila anda menggunakan kad ini untuk membeli tiket penerbangan dengan bayaran penuh. Ini termasuk perlindungan untuk kehilangan bagasi, kelewatan atau kehilangan penerbangan, memberikan ketenangan fikiran sepanjang perjalanan.

Pembayaran Lebih Mudah dengan Pelan Kredit BSN

Kad kredit BSN Visa Cash Back juga menawarkan pelan pindahan baki dari kad kredit lain tanpa faedah. Dengan tempoh pembayaran balik sehingga 48 bulan, pelan BSN Balance Transfer Program ini memberikan fleksibiliti dalam  menguruskan hutang kad kredit.

Anda juga boleh menukar pembelian anda kepada bayaran ansuran bulanan tanpa kadar faedah depan pelan ansuran mudah BSN EasyPay. Atau guna pelan BSN Instalment-Pay yang membenarkan bayaran balik sehingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Syarat Kelayakan dan Dokumen yang Ringkas

Sesiapa sahaja boleh mohon kad BSN Visa Cash Back tanpa mengira status kerakyatan, asalkan anda berumur 21 tahun ke atas untuk kad utama, atau 18 tahun ke atas untuk kad tambahan. Kelayakan gaji bulanan pula ditetapkan pada RM4,000 ke atas.

Selain daripada pekerja makan gaji dan individu yang bekerja sendiri, kad ini juga boleh dimohon oleh individu dengan pendapatan tidak tetap, seperti penerima komisen bulanan tenaga kerja ekonomi gig.

Sekiranya layak anda perlu menyediakan dokumen seperti pengenalan diri dan bukti pendapatan sekurangnya 3 bulan terkini. Individu bekerja sendiri pula perlu mengemukakan pendaftaran syarikat, penyata akaun syarikat, dan salinan resit bayaran cukai.

BSN Visa Cash Back Credit Card bukan sahaja menawarkan ganjaran pulangan tunai yang lumayan tetapi juga faedah tambahan seperti perlindungan takaful dan ditawarkan tanpa yuran tahunan seumur hidup. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keistimewaan ini. Baca lebih lanjut maklumat di bawah dan mohon sekarang.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit BSN Visa Cash Back

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan tunai (cashback) tanpa had dengan kad BSN Visa Cash Back. Swipe kad anda ketika menjamu selera, mengisi petrol, membeli barangan runcit, atau sebarang transaksi dan dapatkan antara 0.2% hingga 5% pulangan tunai.  Rujuk jadual di bawah untuk untuk maklumat lanjut.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Menjamu selera, runcit, petrol 5% RM15 RM3,000 ke atas
Menjamu selera, runcit, petrol 1% RM15 RM1,000 – RM2999
Menjamu selera, runcit, petrol 0.2% RM15 RM1 hingga RM999
Perbelanjaan runcit luar negara 1% Tiada had Sebarang amaun
Perbelanjaan runcit lain dalam negara 0.2% Tiada had Sebarang amaun

ganjaran perjalanan

Dapatkan Perlindungan insurans perjalanan percuma apabila anda tempah tiket kapal terbang menggunakan kad BSN Visa Cash Back. Anda akan dilindungi sehingga RM300,000 sepanjang perjalanan.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM300,000
Penerbangan lewat Sehingga RM600
Penerbangan tertunda Sehingga RM600
Bagasi lewat Sehingga RM1,600
Bagasi hilang Sehingga RM1,600

Ganjaran petrol

Anda berpeluang untuk mendapatkan sehingga 5% cashback, dengan had maksimum RM15 setiap bulan setiap kali anda mengisi minyak petrol dengan kad ini.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Tanpa yuran tahunan
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
75% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM10 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

BSN Balance Transfer Programme
BSN Balance Transfer Programme

Buat pindahan baki kad kredit anda ke BSN Balance Transfer Programme. Pindahan dari serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN EasyPay
BSN EasyPay

Inginkan pelan bayaran ansuran mudah (EPP) tanpa caj faedah dan tiada caj upfront? Dapatkan pelan ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN Instalment-Pay
BSN Instalment-Pay

Buat sebarang pembelian serendah RM500 dengan kad kredit BSN anda untuk melayakkan anda menggunakan pelan Easy Payment dari BSN ini. Bayar semula sehingga 24 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon BSN Visa Cash Back

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit BSN Visa Cash Back

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Simpanan Nasional (BSN) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit BSN Visa Cash Back untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Simpanan Nasional (BSN) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit BSN Visa Cash Back

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung BSN Visa Cash Back?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional (BSN), ditubuhkan pada 1974 dengan misi menggalakkan simpanan rakyat, kini melayani lebih 7 juta pelanggan melalui 382 cawangan di seluruh negara. BSN menawarkan pelbagai produk perbankan konvensional dan Islamik, termasuk akaun, kad, pembiayaan peribadi, serta pembiayaan Mikro untuk usahawan. BSN juga mempelopori penggunaan Virtual Teller Machine (VTM) di Malaysia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

ICBC Visa Gold

Kad kredit ICBC Visa Gold menawarkan ganjaran dalam bentuk reward points tanpa had dan tanpa…

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum dicipta untuk kaki travel yang inginkan pengalaman…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit Public Bank World MasterCard 

Kad kredit Public Bank World MasterCard menawarkan sehingga 3x ganjaran Air Miles bersama perlindungan insurans perjalanan…