Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i

Kad Kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM388
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Islamik, Mata Ganjaran

Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad. Kad ini adalah kad kredit Islamik yang 100% patuh Syariah. Kad kredit Bank Islam ini adalah kad kredit Visa Platinum dengan kelebihan mata ganjaran (rewards points) dan ciri-ciri ekstra yang didatangkan dengan semua kad Visa Platinum.

Bank Islam menawarkan mata ganjaran untuk pemilik kad kredit Visa Credit Card-i menerusi program TruRewards mereka. TruRewards Loyalty Programme daripada Bank Islam ini adalah program yang memberikan ganjaran dalam bentuk TruPoints setiap kali anda berbelanja atau swipe kad kredit anda.

Menerusi program ini, anda akan memperolehi 1 mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1, di dalam dan juga di luar negara. Bank Islam tidak menetapkan sebarang had maksimum untuk mata TruPoints. Oleh itu, anda boleh mengumpul mata ganjaran tanpa had dengan kad kredit ini.

Kad kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i juga memberikan ganjaran perjalanan dalam bentuk perlindungan insurans Takaful. Pemilik kad ini akan mendapat perlindungan insurans kemalangan sehingga RM1,000,000, dan juga perlindungan-perlindungan lain seperti penundaan penerbangan, terlepas penerbangan, kehilangan bagasi dan sebagainya. Anda cuma perlu tempah tiket penerbangan anda dengan kad kredit Bank Islam anda.

Selain insurans perjalanan, perlindungan Takaful juga memberikan perlindungan terhadap kematian, dan hilang upaya kekal sehingga RM1,000,000.

Kad kredit ini juga menawarkan pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan – EPP) menerusi pelan Bank Islam Installment Payment Plan (IPP). Anda cuma perlu berbelanja serendah RM150 untuk menggunakan pelan ini. Yang menariknya pelan ini tidak mengenakan caj kadar faedah dan tiada caj upfront.

Berminat untuk mendapatkan kad kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i? Baca lebih lanjut tentang syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon dan bagaimana anda boleh mohon kad ini dengan mudah secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i

Mata ganjaran (reward points)

Program Bank Islam TruRewards Loyalty Programme memberikan anda 1 mata ganjaran dalam bentuk TruPoints setiap kali anda berbelanja RM1 dengan kad kredit anda. Rewards points ini diberikan untuk perbelanjaan di dalam dan juga luar negara, tanpa had. Apa yang lebih menarik ialah anda juga akan mendapat TruPoints tambahan setiap kali pemegang kad tambahan di bawah anda berbelanja dengan kad mereka.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan Had Perbelanjaan
1 RM1 Semua perbelanjaan di dalam dan luar negara Tiada had

ganjaran perjalanan

Kad kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i memberikan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap menerusi perlindungan Takaful. Dapatkan perlindungan kemalangan sehingga RM1,000,000 dengan kad kredit ini.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM1,000,000
Penundaan Penerbangan Sehingga RM1,000
Terlepas Penerbangan Sehingga RM1,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,000
Kelewatan Bagasi Sehinggga RM1,000

Ganjaran petrol

Dapatkan 1 mata ganjaran TruPoints setiap kali anda mengisi minyak di sebarang stesen minyak, di dalam dan di luar negara. Tiada had yang ditetapkan untuk mata TruPoints anda. Jadi, kumpul sebanyak mana yang anda inginkan.

Ciri premium

Perlindungan Takaful juga memberikan kelebihan tambahan kepada pemilik kad ini.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kematian Sehingga RM100,000
Hilang upaya kekal Sehingga RM100,000
Perbelanjaan pengebumian RM1,000

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM388
Yuran tahunan dibatalkan untuk penggunaan kad kredit lebih daripada 12 kali setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM5 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM12 atau 2.5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Bank Islam Installment Payment Plan
Bank Islam Installment Payment Plan

Buat pembelian serendah RM150 menggunakan kad kredit Bank Islam anda dan pilih tempoh bayaran semula dari 3 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Bank Islam GoFlexi
Bank Islam GoFlexi

Dapatkan barangan idaman anda tanpa perlu mengeluarkan modal besar dengan pelan Bank Islam GoFlexi.

Maklumat Lanjut
Bank Islam GoCash
Bank Islam GoCash

Dapatkan pinjaman tunai sehingga 90% daripada had kredit (credit limit) kad Bank Islam anda dengan program Bank Islam GoCash.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Islam Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Islam Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Islam Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Islam Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

14 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Islam Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad, bank Islamik penuh pertama di Malaysia sejak 1983, menawarkan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang komprehensif untuk individu dan perniagaan. Melalui 147 cawangan dan kemudahan atas talian, Bank Islam menyediakan pelbagai produk termasuk akaun, kad kredit Islamik, pembiayaan peribadi, pengurusan kekayaan, serta Ar-Rahnu yang terkenal.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank 2 Gold Cards

Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…