Akan dibuka dalam tab baharu

Hong Leong I’m Card

Kad kredit Hong Leong I'm Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit Hong Leong I’m Card adalah sebuah kad kredit asas yang sesuai dimohon oleh mereka yang inginkan kad tanpa ciri-ciri yang memeningkan tetapi masih menawarkan faedah dan penjimatan.

Kad ini adalah tanpa yuran tahunan tanpa bersyarat. Dalam erti kata lain, walaupun anda tidak menggunakan kad kredit Hong Leong ini, anda tidak perlu membayar yuran setiap tahun. Hanya bayar cukai jualan SST sebanyak RM25 ketika anda mengaktifkan kad, dan setiap tarikh ulang tahun kad.

Walaupun kad Hong Leong I’m card tidak menawarkan pulangan tunai atau mata ganjaran, anda masih boleh menggunakan pelan pemindahan baki dan pelan bayaran ansuran mudah (EPP).

Pelan Hong Balance Transfer membenarkan anda buat pindahan baki dari kad kredit lama anda kepada kad ini dengan 0% interest dan caj pengendalian yang berpatutan. Anda boleh buat pindahan baki dari RM1,000 dengan pelan ini.

Pelan EPP Hong Leong Flexi Payment Plan pula memudahkan anda mendapatkan barangan idaman anda dengan bayaran ansuran. Buat pembelian serendah RM500 sehingga RM2,000 dengan pilihan bayaran balik dari 6 hingga 36 bulan. Anda akan dikenakan kadar faedah tahunan, tetapi tiada caj pengendalian. Pelan ini boleh digunakan di pedagang yang mengambil bahagian.

Bagi gemar melancong pula, kad Hong Leong I’m Card boleh menjadi kad kredit utama ketika di luar negara kerana pihak Hong Leong tidak mengenakan caj mark-up untuk tukaran mata wang asing. Walaupun caj yang dibatalkan hanya 1%, bayangkan penjimatan yang boleh anda dapatkan untuk transaksi yang tinggi.

Sesiapa sahaja boleh mohon kad kredit ini asalkan anda berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000.

Walaupun kad Hong Leong I’m card adalah kad asas dan tidak didatangkan dengan pulangan dan ganjaran, kad ini masih menawarkan ciri menarik seperti yuran tahunan percuma seumur hidup dan pelan kad kredit seperti pindahan baki dan easy payment plan. Syarat kelayakan yang longgar juga buat kad ini sesuai bagi mereka yang sedang mencari kad kredit pertama untuk membina skor kredit.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap yang ditawarkan oleh kad ini dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Hong Leong I’m Card

ganjaran perjalanan

Caj tukaran mata wang asing sebanyak 1% dibatalkan untuk setiap transaksi.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Hong Leong Balance Transfer
Hong Leong Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Hong Leong Bank. Pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 12 bulan. Kadar faedah yang rendah dan tiada caj pengendalian dikenakan.

Maklumat Lanjut
Hong Leong Flexi Payment Plan
Hong Leong Flexi Payment Plan

Tukar sebarang pembelian bernilai RM1,000 ke atas kepada pelan bayaran ansuran HLB Flexi Payment. Dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan dan kadar faedah tetap, dapatkan barangan idaman anda sekarang juga.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Hong Leong I’m Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Hong Leong I’m Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Hong Leong Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Hong Leong Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Hong Leong I’m Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Hong Leong Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Hong Leong I’m Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Hong Leong I’m Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Hong Leong Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad
Hong Leong Bank Berhad, dengan sejarah perbankan yang panjang bermula dari 1905, kini telah berkembang menjadi bank kelima terbesar di Malaysia. Dengan lebih 300 cawangan di seluruh negara dan kehadiran antarabangsa, Hong Leong Bank menawarkan rangkaian luas produk dan perkhidmatan perbankan konvensional serta Islamik untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, termasuk kemudahan perbankan atas talian.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…