Kad kredit Bank Rakyat Platinum Explorer adalah sebuah kad kredit Islamik patuh Syariah yang ditawarkan khusus kepada mereka yang sering melancong. Kad ini menawarkan pelbagai keistimewaan dan kelebihan dengan kos penyelenggaraan yang tidak membebankan. Dengan kelebihan perjalanan yang diberikan, anda boleh mengembara sambil berjimat dengan kad ini.
Tip sebelum mohon
Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.












