Lazada UOB Card

Dapatkan ganjaran dan penjimatan hebat dengan setiap pembelian di Lazada

Kad kredit Lazada UOB Card
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM100
Yuran dikecualikan untuk perbelanjaan tidak kurang daripada RM15,000 pada tahun tesebut.
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2000
stars
Ciri utama
10x mata UNIRinggit, Baucar Lazada, Diskaun Lazada
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass

Lazada UOB Card adalah kad kredit yang dicipta khusus untuk pengguna platform beli-belah dalam talian Lazada. Kad ini menawarkan pelbagai kelebihan dan ciri-ciri yang membantu anda menjimatkan wang di samping mendapatkan ganjaran dengan setiap pembelian.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Lazada UOB Card

  • 10x Ganjaran UNIRinggit (UNIRM): Dapatkan 10 UNIRinggit bagi setiap RM1 yang anda belanjakan di Lazada dan transaksi Lazada Wallet.
  • 5x Ganjaran UNIRinggit: Dapatkan 5 UNIRinggit bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk kategori gaya hidup dan hiburan, termasuk telekomunikasi dan insurans.
  • Mata Bonus UNIRinggit setiap bulan: Dapatkan sehingga 1,000 UNIRinggit tambahan apabila anda membelanjakan minimum RM1,500 pada bulan tersebut.
  • Baucar Khas Lazada: Nikmati diskaun sehingga RM28 setiap hari Isnin untuk setiap pembelian melalui aplikasi Lazada (perbelanjaan minimum RM200).
  • Baucar Penghantaran Percuma: Dapatkan baucar penghantaran percuma sehingga RM5 setiap hari Jumaat melalui aplikasi Lazada (perbelanjaan minimum RM15).
  • Baucar Diskaun Bulanan: Kumpul sehingga RM8 baucar diskaun pada 8hb setiap bulan melalui aplikasi Lazada (perbelanjaan minimum RM45).
  • Baucar Eksklusif Lazada Mega-Sales: Dapatkan baucar-baucar eksklusif setiap kali berlangsungnya Lazada mega sales.
  • Diskaun Sepanjang Tahun: Nikmati penjimatan hebat sepanjang tahun di Lazada.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2000 Sebulan atau RM24000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad / Pasport).
  • Bukti pendapatan (Slip gaji / Penyata KWSP / Borang B/BE serta resit bayaran cukai /  penyata akaun bank).
  • Permit kerja dan surat lantikan jawatan (ekspatriat).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM100
Yuran dikecualikan untuk perbelanjaan tidak kurang daripada RM15,000 pada tahun tesebut.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM70
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

  • Kad kredit Lazada UOB Card menawarkan pelan pindahan baki dan pelan bayaran ansuran untuk memudahkan pengurusan kewangan.
  • Mata UNIRM yang diperolehi boleh ditebus dan digunakan untuk membayar pembelian Lazada melalui aplikasi UOB TMRW.
  • Kad ini didatangkan dengan tempoh 20 hari tanpa faedah.

Cara Mohon Lazada UOB Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mohon kad kredit UOB Lazada Card? Gunakan kaedah berikut.

Mohon dalam talian:

  1. Layari laman web UOB.
  2. Klik butang “Apply Now”.
  3. Lengkap borang permohonan dalam talian dan hantar permohonan.

Klik untuk ke laman web UOB.

Mohon melalui cawangan:

  1. Kunjungi cawangan UOB berdekatan anda.
  2. Lengkapkan borang permohonan kad kredit dan hantar.

Lihat senarai cawangan UOB Bank Berhad.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak UOB melalui saluran berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung UOB Lazada Card.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Lazada UOB Card

Apakah kadar ganjaran UNIRinggit yang ditawarkan bersama kad Lazada UOB?

chevron-down

Kad Lazada UOB menawarkan sehingga 10 mata UNIRinggit dengan setiap transaksi di Lazada dan transaksi Lazada Wallet.

Bolehkah saya menggunakan kad Lazada UOB di platform e-Dagang yang lain?

chevron-down

Ya, anda boleh menggunakan kad Lazada UOB untuk membeli-belah di sebarang platform e-Dagang. Walau bagaimanapun, pulangan mata ganjaran UNIRinggit hanya khusus untuk pembelian di Lazada.

Bagaimana untuk menebus ganjaran UNIRinggit?

chevron-down

Mata ganjaran UNIRinggit yang terkumpul boleh digunakan untuk membayar pembelian Lazada anda melalui aplikasi UOB TMRW.

Apakah pelan pindahan baki yang ditawarkan bersama kad ini?

chevron-down

Kad kredit Lazada UOB menawarkan pelan pindahan baki UOB Balance Transfer dan UOB Fixed-Pay Balance Transfer.

Apakah pelan bayaran ansuran yang ditawarkan bersama kad ini?

chevron-down

Kad kredit Lazada UOB menawarkan pelan bayaran ansuran UOB Easi-Payment Plan dan UOB Instalment Payment Plan.

Ada soalan tambahan berhubung Lazada UOB Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung Lazada UOB Card adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd atau menghubungi khidmat pelanggan UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

UOB United Overseas Bank Malaysia Bhd.

UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

UOB (United Overseas Bank) ditubuhkan pada 6 Ogos 1935 sebagai United Chinese Bank oleh Datuk Wee Kheng Chiang. Induk cawangan di Malaysia adalah United Overseas Bank Limited yang beribu-pejabat di …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit BSN Classic

Kad Kredit BSN Visa Classic menawarkan mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan RM1. 1…

Alliance Bank Visa Infinite

Kad kredit Alliance Bank Visa Infinite menawarkan pulangan mata ganjaran Timeless Bonus Points (TBP) dan…

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Maybank 2 Gold Cards

Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana…