Akan dibuka dalam tab baharu

Alliance Bank Visa Infinite

Alliance Bank Visa Infinite
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM438
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium

Alliance Bank Visa Infinite adalah sebuah kad kredit untuk individu yang inginkan gaya hidup meway dan dinamik. Kad kredit Alliance Bank ini didatangkan dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang menarik.

Ciri utama yang ditawarkan oleh kad kredit Alliance Bank Visa Infinite adalah pulangan mata ganjaran dalam bentuk Timeless Bonus Points (TBP). Mata ganjaran (reward points) untuk kad ini adalah lima kali lebih banyak daripada kad Platinum, Gold, atau Classic.

Anda akan menerima sehingga 8x mata TBP bagi setiap RM1 yang anda belanjakan untuk transaksi beli-belah dalam talian dan tambah nilai E-Dompet. Untuk perbelanjaan lain pula, mata TBP antara 5x hingga 1x akan dihadiahkan.

Bagi yang gemar melancong pula, nikmati dua kali akses percuma ke bilik rehat premium di seluruh dunia. Anda juga boleh menggunakan pelan 0% Flexi Payment Plan untuk tempahan tiket kapal terbang, tempahan hotel, dan transaksi luar negara.

Pihak Alliance Bank juga telah bekerjasama dengan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd untuk memberikan keistimewaan kepada pemilik kad Alliance Bank Visa Infinite. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk merancang perjalanan atau sebarang tempahan untuk memudahkan perjalanan anda.

Kad kredit Alliance Bank ini juga didatangkan dengan pelan kad kredit seperti pelan pindahan baki dan pelan ansuran tunai. Guna Alliance Bank Balance Transfer Plan untuk melangsaikan hutang kad kredit anda dan pilih untuk buat bayaran balik sehingga 24 bulan dengan kadar faedah yang berpatutan.

 Pelan Alliance Bank FastCash pula boleh membantu sekiranya anda perlu guna wang segera di saat kecemasan. Dengan caj kadar faedah yang rendah dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan, pelan ini boleh meringankan beban di saat anda memerlukan.

Yuran tahunan Alliance Bank Visa Infinite adalah percuma untuk tahun pertama. Tahun berikutnya pula anda cuma perlu berbelanja tidak kurang daripada RM12,000 setahun dan yuran tahunan akan dikecualikan. Sesiapa sahaja boleh mohon kad  kredit Alliance Bank ini dengan syarat anda berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM50,000.

Berminat untuk mohon? Baca dahulu ciri lengkap kad ini termasuk mata Timeless Bonus Points yang ditawarkan, syarat memohon, caj yang dikenakan, dan bagaimana kaedah terbaik untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Alliance Bank Visa Infinite

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran Timeless Bonus Points (TBP) dengan penggunaan kad Alliance Bank Visa Infinite. Sehingga 8x mata TBP untuk tambah nilai E-Dompet dan transaksi beli-belah dalam talian. 5x mata untuk perbelanjaan di luar negara, menjamu selera, dan barangan runcit. 1x mata pula untuk perbelanjaan runcit dalam negara, hiburan, auto-billing, dan transaksi tanpa sentuh. Tiada pulangan mata ganjaran untuk transaksi berkaitan badan kerajaan atau petrol.

Mata ganjaran Timeless Bonus Points ini boleh ditebus untuk barangan atau baucar pilihan anda.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
8 RM1 Transaksi beli-belah dalam talian dan tambah nilai eDompet (eWallet)
5 RM1 Transaksi luar negara, menjamu selera, dan runcit
1 RM1 Perbelanjaan runcit dalam negara, hiburan, auto-billing, dan bayaran tanpa sentuh

ganjaran perjalanan

Gunakan kelebihan pelan 0% Flexi Payment Plan selama 3 bulan untuk pembelian tiket kapal terbang, tempahan bilik hotel, dan transaksi semasa anda berada di luar negara. Anda juga akan menerima 2x akses percuma ke bilik rehat premium di lapangan terbang seluruh dunia.

Ciri premium

Nikmati keistimewaan Visa Concierge yang menawarkan perkhidmatan 24/7 untuk memudahkan urusan harian atau perjalanan anda. Pihak Alliance Bank juga menawarkan talian khas untuk membantu anda dalam urusan perjalanan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM438
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk perbelanjaan lebih daripada RM12,000 setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
80% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Alliance Bank Balance Transfer Plan
Alliance Bank Balance Transfer Plan

Pelan pindahan baki kad kredit dengan pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Alliance Bank FastCash
Alliance Bank FastCash

Pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan dan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Alliance Bank Visa Infinite

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Alliance Bank Visa Infinite

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Alliance Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Alliance Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Alliance Bank Visa Infinite untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Alliance Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Alliance Bank Visa Infinite

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Alliance Bank Visa Infinite?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Alliance Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Alliance Bank Malaysia Berhad

Alliance bank malaysia berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad, sebahagian daripada Alliance Financial Group, adalah institusi perbankan komprehensif yang beroperasi di seluruh Malaysia. Sejak 2001, Alliance Bank (bersama Alliance Islamic Bank) menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan untuk individu dan perniagaan, termasuk akaun simpanan, kad, pembiayaan (peribadi, perumahan, perniagaan), insurans, dan banyak lagi, dalam bentuk konvensional dan Islamik.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…