Akan dibuka dalam tab baharu

Hong Leong GSC Platinum Visa

Hong Leong GSC Platinum Visa
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM300
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium

Hong Leong GSC Platinum Visa adalah sebuah kad kredit khas untuk kaki wayang GSC. Kad ini ditawarkan Hong Leong Bank Berhad (HLB), iaitu antara bank yang menawarkan pelbagai pilihan kad kredit yang unik.

Jika anda adalah peminat Golden Screen Cinema (GSC), anda tidak boleh lepaskan peluang untuk mendapatkan kad ini. Bukan sahaja anda akan mendapat keistimewaan setiap kali menonton wayang, anda juga akan menerima imbuhan berupa mata ganjaran (reward points).

Sebagai pemilik kad kredit Hong Leong GSC Platinum Visa, anda akan menerima 10 tiket percuma jika permohonan kad anda lulus. Anda juga layak menerima diskaun sehingga 30% untuk makanan dan minuman yang dijual di GSC dengan pembelian melalui aplikasi GSC, atau sehingga 10% dengan pembelian di kaunter. Tidak lupa juga diskaun hebat untuk tiket wayang dari masa ke semasa.

Dengan kad ini juga anda tidak perlu beratur panjang kerana anda layak untuk menggunakan laluan Priority Ticketing di semua pawagam GSC.

Keistimewaan mata ganjaran yang ditawarkan pula adalah dalam bentuk GSC Reward Points. Anda akan mendapat 3x mata ganjaran GSC untuk setiap RM1 yang anda belanjakan di GSC. Mata ganjaran sehingga 3x juga akan diberikan untuk perbelanjaan luar negara, perbelanjaan atas-talian (online) atau perbelanjaan runcit yang lain.

Pihak Hong Leong juga menawarkan kemudahan pemindahan baki melalui pelan Hong Leong Balance Transfer. Anda boleh buat pindahan baki dari kad lama anda ke kad ini dengan jumlah serendah RM1,000. Bayaran balik pula boleh dilakukan sehingga 12 bulan.

Sekiranya anda seorang yang meminati pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan), anda tidak perlu risau kerana pemilik kad kredit Hong Leong GSC Platinum Visa layak untuk menggunakan dua pelan ansuran mudah daripada Hong Leong. Pilih antara Hong Leong Extended Payment Plan atau Hong Leong Flexi Payment Plan. Anda hanya perlu buat pembelian serendah RM500.

Anda juga layak untuk menggunakan dua pelan ansuran tunai (cash advance) daripada Hong Leong, iaitu Hong Leong Call For Cash (CFC) atau Hong Leong Call For Cash Plus (CFCP). Sangat membantu apabila anda inginkan tunai segera di saat kecemasan.

Kad GSC Platinum Visa ini ditawarkan kepada individu yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan gaji kasar lebih daripada RM60,000 setahun. Anda perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM300 untuk kad utama, atau RM150 untuk kad tambahan.

Sekiranya anda berpendapatan kurang daripada RM60,000 setahun tetapi masih nak menikmati keisitmewaan di Golden Screen Cinema, lihat kad kredit Hong Leong GSC Gold Visa.

Berminat untuk mohon kad GSC Platinum Visa? Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri istimewa yang ditawarkan, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Hong Leong GSC Platinum Visa

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran dalam bentuk GSC Reward Points dengan kad ini. 3x mata ganjaran GSC untuk setiap RM1 yang anda belanjakan di Golden Screen Cinema. 3x mata ganjaran juga diberikan setiap RM1 untuk perbelanjaan di luar negara atau perbelanjaan atas-talian (online). Untuk perbelanjaan runcit pula, anda akan menerima 1 mata ganjaran untuk setiap RM1.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
3 RM1 Perbelanjaan di GSC
3 RM1 Perbelanjaan luar negara
3 RM1 Perbelanjaan atas-talian (online)
1 RM1 Perbelanjaan runcit

 

Ganjaran petrol

Anda akan dapat 1x mata ganjaran GSC Reward Points dengan setiap RM1 petrol yang anda isi di sebarang stesen minyak.

Ciri premium

Kad ini didatangkan dengan beberapa ciri istimewa untuk kaki wayang GSC. Pelanggan baru Hong Leong Bank (HLB) akan menerima 10 tiket wayang percuma.

Tidak lupa juga diskaun sebanyak RM6 untuk pembelian tiket wayang dan diskaun sehingga 30% untuk makanan dan minuman yang dijual di GSC. Anda juga tidak perlu beratur panjang ketika membeli tiket wayang di pawagam GSC kerana anda layak untuk menggunakan laluan Priority Ticketing GSC.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM300
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Hong Leong Balance Transfer
Hong Leong Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Hong Leong Bank. Pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 12 bulan. Kadar faedah yang rendah dan tiada caj pengendalian dikenakan.

Maklumat Lanjut
Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP)
Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP)

Buat pembelian serendah RM500 di peniaga yang mengambil bahagian dan pilih untuk buat bayaran ansuran dari 6 bulan hingga 36 bulan – tanpa sebarang caj kadar faedah (zero interest).

Maklumat Lanjut
Hong Leong Flexi Payment Plan
Hong Leong Flexi Payment Plan

Tukar sebarang pembelian bernilai RM1,000 ke atas kepada pelan bayaran ansuran HLB Flexi Payment. Dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan dan kadar faedah tetap, dapatkan barangan idaman anda sekarang juga.

Maklumat Lanjut
Hong Leong Bank Call For Cash
Hong Leong Bank Call For Cash

Dapatkan pinjaman tunai serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan. Caj kadar faedah yang sangat berpatutan serendah 3.18% p.a. Sesuai untuk mereka yang inginkan wang segera di saat kecemasan.

Maklumat Lanjut
Hong Leong Call For Cash Plus
Hong Leong Call For Cash Plus

Pinjaman dari RM1,500 hingga 90% had limit (credit limit) kad kredit Hong Leong dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Hong Leong GSC Platinum Visa

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Hong Leong GSC Platinum Visa

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Hong Leong Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Hong Leong Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Hong Leong GSC Platinum Visa untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Hong Leong Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Hong Leong GSC Platinum Visa

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Hong Leong GSC Platinum Visa?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Hong Leong Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad
Hong Leong Bank Berhad, dengan sejarah perbankan yang panjang bermula dari 1905, kini telah berkembang menjadi bank kelima terbesar di Malaysia. Dengan lebih 300 cawangan di seluruh negara dan kehadiran antarabangsa, Hong Leong Bank menawarkan rangkaian luas produk dan perkhidmatan perbankan konvensional serta Islamik untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, termasuk kemudahan perbankan atas talian.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…