Akan dibuka dalam tab baharu

Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP)

Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP) adalah sebuah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) daripada Hong Leong Bank. Seperti namanya, pelan EPP ini tidak mengenakan sebarang caj kadar faedah, iaitu zero interest.

Anda hanya perlu buat pembelian minimum sebanyak RM500 untuk melayakkan anda menyertai pelan ini. Jumlah perbelanjaan maksimum pula akan ditentukan oleh had kredit kad Hong Leong Bank anda. Untuk bayaran ansuran pula anda boleh pilih tempoh bayaran bulanan dari 6 hingga 36 bulan.

Pihak Hong Leong Bank (HLB) hanya membenarkan pelan ini digunakan di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian. Walau bagaimanapun anda tidak perlu risau kerana banyak peniaga-peniaga yang menyertai program ini.

Rujuk senarai peniaga yang mengambil bahagian untuk pelan Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP).

Berkaitan bayaran pula, anda boleh buat bayaran bulanan minimum sebanyak 5% atau RM50, tetapi ini tidak digalakkan kerana anda akan dikenakan caj kadar faedah penuh. Jadi pastikan anda dapat buat bayaran penuh setiap bulan.

Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP)
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM500
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
5% atau RM50
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP)

Buat pembelian serendah RM500 di peniaga yang mengambil bahagian dan pilih untuk buat bayaran ansuran dari 6 bulan hingga 36 bulan – tanpa sebarang caj kadar faedah (zero interest).

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6, 12, 18, 24 atau 36 bulan Tiada Tiada RM500

Cara mohon Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP)

Buat pembelian RM500 ke atas di pedagang/peruncit yang mengambil bahagian atau memaparkan tanda pelan bayaran ansuran mudah Hong Leong Bank.

Kad kredit Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP)

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP). Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Hong Leong Wise

Hong Leong Wise Card
Kad kredit Hong Leong Wise menawarkan keistimewaan dalam bentuk ganjaran rebat tunai (cashback). Dapatkan rebat tunai sehingga 8% setiap kali anda mengisi minyak, berbelanja barang runcit atau makan-makan. Dengan syarat kelayakan yang tidak membebankan, kad ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Info Lanjut

Hong Leong GSC Platinum Visa

Hong Leong GSC Platinum Visa
Kaki wayang GSC? Kad kredit Hong Leong GSC Platinum Visa khusus untuk anda. Dapatkan keistimewaan dalam bentuk diskaun dan mata ganjaran (GSC Reward Points) setiap kali anda berbelanja di GSC. Tidak lupa juga layanan VIP untuk buat pengalaman menonton wayang anda lebih menggembirakan.
Info Lanjut

Hong Leong GSC Gold Visa

Hong Leong GSC Gold Visa
Kad kredit Hong Leong GSC Gold Visa dicipta khusus untuk kaki wayang GSC. Anda bukan sahaja dapat diskaun untuk tiket dan makanan-minuman, tetapi juga dapat ganjaran GSC Reward Points dengan setiap perbelanjaan anda.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.