Akan dibuka dalam tab baharu

Hong Leong Balance Transfer

Hong Leong Balance Transfer adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank Berhad. Pelan ini ditawarkan kepada mereka yang ingin memohon kad kredit hong leong yang baru, atau kepada pemegang kad yang sedia ada.

Anda boleh membayar dari 6 bulan hingga 12 bulan dengan pelan pemindahan baki ini. Hong Leong mengenakan kadar faedah sebanyak 6.99% dan tidak mengenakan sebarang caj pengendalian (upfront handling fee). Jika anda adalah pemohon kad yang baru, anda cuma akan dikenakan kadar faedah sebanyak 4.99%.

Anda boleh memindahkan dari jumlah minimum RM1,000. Manakala, jumlah maksimum pula akan ditentukan oleh pihak Hong Leong. Bayaran bulanan minimum ditetapkan pada RM50 atau 5% daripada baki tertunggak (yang mana yang lebih tinggi). Walau bagaimanapun, jika anda gagal buat bayaran bulanan, kadar faedah akan dinaikkan kepada 18% p.a, dan akan juga akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak 1% daripada baki tertunggak atau RM10 (yang mana yang lebih tinggi).

Hong Leong akan mengenakan caj penamatan awal (early termination fee) sebanyak RM70 untuk pelan Hong Leong Balance Transfer ini sekiranya anda ingin membayar semua baki tertunggak anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

Hong Leong Bank Balance Transfer
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 12 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
money-bill-1-wave
Jumlah Pindahan
RM1000 hingga akan ditentukan oleh Hong Leong Bank
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
RM50 atau 5% dari baki tunggakan
square-dollar
Caj Penamatan Awal
RM70
share-nodes
Kongsi

Jadual Hong Leong Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Hong Leong Bank. Pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 12 bulan. Kadar faedah yang rendah dan tiada caj pengendalian dikenakan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada 6.99% p.a RM1,000
12 Tiada 6.99% p.a RM1,000

Cara mohon Hong Leong Balance Transfer

Anda boleh mohon pelan pindahan baki kad kredit Hong Leong Bank dengan menghubungi talian hotline HLB di nombor 03-7626 8899 dan nyatakan anda ingin mohon pelan Hong Leong Balance Transfer.

Kad kredit Hong Leong Balance Transfer

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Hong Leong Balance Transfer. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Hong Leong Wise

Hong Leong Wise Card
Kad kredit Hong Leong Wise menawarkan keistimewaan dalam bentuk ganjaran rebat tunai (cashback). Dapatkan rebat tunai sehingga 8% setiap kali anda mengisi minyak, berbelanja barang runcit atau makan-makan. Dengan syarat kelayakan yang tidak membebankan, kad ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Info Lanjut

Hong Leong GSC Platinum Visa

Hong Leong GSC Platinum Visa
Kaki wayang GSC? Kad kredit Hong Leong GSC Platinum Visa khusus untuk anda. Dapatkan keistimewaan dalam bentuk diskaun dan mata ganjaran (GSC Reward Points) setiap kali anda berbelanja di GSC. Tidak lupa juga layanan VIP untuk buat pengalaman menonton wayang anda lebih menggembirakan.
Info Lanjut

Hong Leong GSC Gold Visa

Hong Leong GSC Gold Visa
Kad kredit Hong Leong GSC Gold Visa dicipta khusus untuk kaki wayang GSC. Anda bukan sahaja dapat diskaun untuk tiket dan makanan-minuman, tetapi juga dapat ganjaran GSC Reward Points dengan setiap perbelanjaan anda.
Info Lanjut

Hong Leong I’m Card

Kad kredit Hong Leong I'm Card
Hong Leong I'm Card adalah sebuah kad kredit asas yang menawarkan penjimatan yuran tahunan berserta pelan pindahan baki dan bayaran ansuran mudah.
Info Lanjut

Hong Leong Sutera Platinum

Kad kredit Hong Leong Sutera Platinum
Mohon kad kredit Hong Leong Sutera Platinum dan dapatkan 8x mata ganjaran dengan setiap RM1 dan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1.7 juta.
Info Lanjut

Hong Leong Visa Infinite

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite
Nikmati keistimewaan eksklusif dengan pengalaman perjalanan yang lancar, dan ganjaran luar biasa dengan kad kredit Hong Leong Visa Infinite.
Info Lanjut

Hong Leong Visa Infinite P

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P
Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P adalah kad kredit eksklusif atas jemputan sahaja. Kad ini menawarkan mata Enrich Miles automatik dan perlindungan insurans perjalanan lengkap.
Info Lanjut

Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor's Edition 
Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor's Edition ditawarkan khusus kepada doktor dan doktor gigi. Dengan yuran tahunan percuma dan tukaran mata Air Miles secara automatik, kad ini memberikan lebih nilai untuk wang anda.
Info Lanjut

Hong Leong Essential

Hong Leong Essential
Kad kredit Hong Leong Essential adalah sebuah kad asas daripada HLB. Kad ini menawarkan ciri rebat tunai (cashback) tanpa had, dan tanpa perbelanjaan minimum. Kad ini didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah dan juga pelan pendahuluan tunai.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan  untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.