Hong Leong Call For Cash Plus

Hong Leong Call For Cash Plus juga dikenali sebagai CFC Plus adalah pelan ansuran tunai kad kredit (Cash Instalment Plan – CIP) daripada Hong Leong Bank (HLB). HLB menawarkan dua pelan pinjaman tunai, iaitu Call-For-Cash (CFC) dan Call-For-Cash Plus (CFC Plus).

Pelan CFC Plus ini menawarkan pinjaman dalam bentuk tunai kepada pemegang kad kredit utama (principal cardholder) Hong Leong. Walau bagaimanapun, anda harus mempunyai rekod kredit yang baik dengan Hong Leong untuk meningkatkan peluang lulus anda.

Anda boleh buat pinjaman minimum dari RM1,500 hingga jumlah pinjaman maksimum 90% daripada had kredit (credit limit) kad anda. Tetapi, jumlah pinjaman maksimum yang lulus akan ditentukan oleh pihak Hong Leong berdasarkan rekod anda.

Tempoh bayaran pinjaman yang dibenarkan pula dari 12 bulan hingga 60 bulan – antara tempoh bayaran ansuran yang panjang untuk pinjaman tunai.

Pihak Hong Leong mengenakan caj kadar faedah (interest rate) yang berpatutan untuk pinjaman Hong Leong Call For Cash Plus ini. Kadar faedah yang dikenakan adalah antara 6.38% p.a hingga 8.88% p.a – bergantung kepada jumlah pinjaman yang lulus. HLB juga akan mengenakan caj pengendalian (upfront handling fee) berjumlah RM12.72. Caj ini hanya dikenakan sekali sahaja jika pinjaman anda lulus dan akan di caj ke kad kredit anda.

Tentang pembayaran pula, pihak Hong Leong membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum sekiranya anda menghadapi masalah untuk buat bayaran ansuran penuh. Bayaran minimum yang dibenarkan ialah RM50 atau 5% dari baki tunggakan. Jika anda memilih untuk bayaran bulanan minimum, caj kadar faedah akan dinaikkan kepada 18% p.a.

HLB juga akan mengenakan penalti penamatan awal (early settlement penalti) sebanyak RM25 sekiranya anda ingin menamatkan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

Hong Leong Call For Cash Plus
Tempoh pinjaman 12 bulan hingga 60 bulan
Jumlah pinjaman RM1500 hingga 90% daripada had kredit (credit limit)
Kadar faedah 6.38% p.a hingga 9.88% p.a
Caj lewat bayar RM50 atau 5% daripada baki tunggakan. Kadar faedah dinaikkan kepada 18% p.a
Caj penamatan awal RM25
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Hong Leong Call For Cash Plus

Pinjaman dari RM1,500 hingga 90% had limit (credit limit) kad kredit Hong Leong dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan.

Tempoh Pinjaman (Bulan) Jumlah Pinjaman (RM) Kadar Faedah (% p.a)
12, 18, 24, 36, 48 atau 60 bulan 1,500 hingga 10,000 8.88% p.a
10,001 hingga 24,999 8.38% p.a
25,000 ke atas 6.38% p.a

Cara mohon Hong Leong Call For Cash Plus

Cara untuk mohon pelan ansuran tunai Hong Leong Call For Cash Plus adalah sangat ringkas dan tidak membebankan. Anda cuba perlu hubungi pihak HLB di talian 03-76268899 dan maklumkan anda ingin memohon pelan CFC Plus berserta jumlah yang ingin dimohon dan tempoh pinjaman yang diingini.

Jika permohonan anda lulus, wang akan dikreditkan ke akaun bank pilihan anda.

Kad kredit Hong Leong Call For Cash Plus

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Hong Leong Call For Cash Plus. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Hong Leong Sutera Platinum

Kad kredit Hong Leong Sutera Platinum

Mohon kad kredit Hong Leong Sutera Platinum dan dapatkan 8x mata ganjaran dengan setiap RM1 dan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1.7 juta.

Hong Leong GSC Gold Visa

Hong Leong GSC Gold Visa

Kad kredit Hong Leong GSC Gold Visa dicipta khusus untuk kaki wayang GSC. Anda bukan sahaja dapat diskaun untuk tiket dan makanan-minuman, tetapi juga dapat ganjaran GSC Reward Points dengan setiap perbelanjaan anda.

Hong Leong GSC Platinum Visa

Hong Leong GSC Platinum Visa

Kaki wayang GSC? Kad kredit Hong Leong GSC Platinum Visa khusus untuk anda. Dapatkan keistimewaan dalam bentuk diskaun dan mata ganjaran (GSC Reward Points) setiap kali anda berbelanja di GSC. Tidak lupa juga layanan VIP untuk buat pengalaman menonton wayang anda lebih menggembirakan.

Hong Leong Essential

Hong Leong Essential

Kad kredit Hong Leong Essential adalah sebuah kad asas daripada HLB. Kad ini menawarkan ciri rebat tunai (cashback) tanpa had, dan tanpa perbelanjaan minimum. Kad ini didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah dan juga pelan pendahuluan tunai.