Akan dibuka dalam tab baharu

Hong Leong Flexi Payment Plan

Hong Leong Flexi Payment Plan (FPP) adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank. Pelan ini adalah pelan yang fleksibel di mana anda boleh pilih untuk buat bayaran ansuran selama 6 bulan hingga 36 bulan. Program Easy Payment Plan ini juga ditawarkan untuk setiap pembelian anda, tanpa dihadkan kepada peniaga yang khusus.

Anda cuma perlu buat pembelian minimum RM500 dan anda layak untuk menyertai atau menggunakan pelan EPP daripada Hong Leong ini.

Pihak Hong Leong mengenakan kadar faedah tetap (flat interest rate) untuk pelan ini. Kadar faedah yang dikenakan adalah 8.99% p.a. Jadi anda tidak perlu risau anda perlu bayar lebih sekiranya anda berbelanja lebih. Pelan Hong Leong Flexi Payment Plan ini juga tidak mengenakan sebarang caj pengendalian (upfront handling fee) seperti kebanyakan pelan bayaran ansuran mudah yang lain.

Walau bagaimanapun, anda perlu buat bayaran ansuran penuh setiap bulan kerana Hong Leong tidak membenarkan bayaran bulanan minimum. Sekiranya anda gagal buat bayaran penuh, pihak HLB akan mengenakan caj lewat bayar dan akan menaikkan kadar faedah – jumlah adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak HLB.

Anda tidak perlu bayar sebarang caj sekiranya anda ingin menyelesaikan semua baki yang tinggal lebih awal daripada tarikh yang dipersetujui. Pihak Hong Leong tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee).

Hong Leong Flexi Payment Plan
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM500
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
18.99% p.a
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran ansuran penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Hong Leong Flexi Payment Plan

Tukar sebarang pembelian bernilai RM1,000 ke atas kepada pelan bayaran ansuran HLB Flexi Payment. Dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan dan kadar faedah tetap, dapatkan barangan idaman anda sekarang juga.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada 8.99% p.a RM500
12 Tiada 8.99% p.a RM1,000
18 Tiada 8.99% p.a RM1,000
24 Tiada 8.99% p.a RM2,000
36 Tiada 8.99% p.a RM2,000

Cara mohon Hong Leong Flexi Payment Plan

  1. Buat transaksi pembelian tidak kurang daripada RM500 dengan kad kredit Hong Leong anda.
  2. Pilih tempoh bayaran ansuran yang anda inginkan.
  3. Hubungi pihak Hong Leong di talian 03-76268899 untuk menukar transaksi kepada pelan bayaran ansuran mudah.

Kad kredit Hong Leong Flexi Payment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Hong Leong Flexi Payment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Hong Leong GSC Platinum Visa

Hong Leong GSC Platinum Visa
Kaki wayang GSC? Kad kredit Hong Leong GSC Platinum Visa khusus untuk anda. Dapatkan keistimewaan dalam bentuk diskaun dan mata ganjaran (GSC Reward Points) setiap kali anda berbelanja di GSC. Tidak lupa juga layanan VIP untuk buat pengalaman menonton wayang anda lebih menggembirakan.
Info Lanjut

Hong Leong GSC Gold Visa

Hong Leong GSC Gold Visa
Kad kredit Hong Leong GSC Gold Visa dicipta khusus untuk kaki wayang GSC. Anda bukan sahaja dapat diskaun untuk tiket dan makanan-minuman, tetapi juga dapat ganjaran GSC Reward Points dengan setiap perbelanjaan anda.
Info Lanjut

Hong Leong I’m Card

Kad kredit Hong Leong I'm Card
Hong Leong I'm Card adalah sebuah kad kredit asas yang menawarkan penjimatan yuran tahunan berserta pelan pindahan baki dan bayaran ansuran mudah.
Info Lanjut

Hong Leong Visa Infinite

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite
Nikmati keistimewaan eksklusif dengan pengalaman perjalanan yang lancar, dan ganjaran luar biasa dengan kad kredit Hong Leong Visa Infinite.
Info Lanjut

Hong Leong Visa Infinite P

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P
Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P adalah kad kredit eksklusif atas jemputan sahaja. Kad ini menawarkan mata Enrich Miles automatik dan perlindungan insurans perjalanan lengkap.
Info Lanjut

Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor's Edition 
Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor's Edition ditawarkan khusus kepada doktor dan doktor gigi. Dengan yuran tahunan percuma dan tukaran mata Air Miles secara automatik, kad ini memberikan lebih nilai untuk wang anda.
Info Lanjut

Hong Leong Essential

Hong Leong Essential
Kad kredit Hong Leong Essential adalah sebuah kad asas daripada HLB. Kad ini menawarkan ciri rebat tunai (cashback) tanpa had, dan tanpa perbelanjaan minimum. Kad ini didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah dan juga pelan pendahuluan tunai.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.