Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank Enrich Visa Platinum 

Terbang Tinggi dengan Mata Ganjaran Enrich dan Keistimewaan Perjalanan yang Eksklusif

Kad kredit Ambank Enrich Visa Platinum 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata ganjaran Enrich Points, Akses ke Malaysian Airlines Golden Lounge, Perlindungan perjalanan

Ingin meningkatkan pengalaman perjalanan anda ke tahap yang lebih tinggi? Kad Kredit AmBank Enrich Visa Platinum mungkin boleh menjadi teman perjalanan yang ideal. Kad ini memberi anda peluang untuk mengumpul Mata Ganjaran Enrich dengan lebih pantas, serta menawarkan ganjaran dan manfaat perjalanan yang menarik bersama Malaysia Airlines. Sama ada anda kerap melancong atau tidak, kad ini mempunyai keistimewaan yang eksklusif.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AmBank Enrich Visa Platinum 

Tingkatkan pengalaman melancong anda ke tahap yang lebih tinggi.

Mata Ganjaran Enrich

  • Dapatkan 1 Mata Ganjaran Enrich untuk setiap RM2 yang dibelanjakan untuk transaksi luar negara dan penerbangan.
  • Dapatkan 1 Mata Ganjaran Enrich untuk setiap RM4 yang dibelanjakan di dalam negara.
  • Tebus Mata Ganjaran Enrich anda untuk penerbangan, penginapan hotel, e-baucar, dan banyak lagi melalui portal Enrich.

Keistimewaan Perjalanan Eksklusif

  • Nikmati sehingga 10% diskaun untuk penerbangan Malaysia Airlines sepanjang tahun.
  • Dapatkan 4X akses percuma tahunan ke Malaysia Airlines Golden Lounge (Pemegang Kad Utama sahaja).
  • Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM500,000.

Laluan Pantas ke Status Enrich Elite

  • Capai status Enrich Elite dengan lebih pantas melalui pengurangan 30% untuk mencapai status.
  • Nikmati keistimewaan seperti daftar masuk keutamaan, keutamaan menaiki pesawat, dan manfaat eksklusif lain.

Tanpa Yuran Tahunan Seumur Hidup

  • Nikmati manfaat yuran tahunan percuma untuk Pemegang Kad Utama dan Tambahan, menjadikan kad kredit Ambank Enrich Visa Platinum sebagai pilihan yang menjimatkan untuk jangka masa panjang.

Pilihan Pembayaran yang Fleksibel

  • Buat pembayaran dengan mudah melalui integrasi Google Pay dan Apple Pay.
  • Akses pilihan pembayaran fleksibel seperti Easy Payment Plan dan AmFlexi-Plus.
  • Pindahkan baki kad kredit lain ke kad AmBank Enrich Visa Platinum untuk penjimatan tambahan melalui pelan AmBank Balance Transfer.
  • Perlukan wang tunai di saat kecemasan? AmBank QuickCash boleh membantu. Dapatkan wang tunai segera dengan pelan ansuran tunai ini.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Dokumen bukti pendapatan (slip gaji/penyata komisen/resit bayaran cukai).
  • Dokumen berkaitan jika diminta oleh pihak AmBank.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM50 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Kadar Penukaran Mata Ganjaran Enrich: Sah sehingga 30 Jun 2025, atau setelah mencapai had Mata Ganjaran Enrich sebanyak 43,000,000 (yang mana lebih awal).
  • Kadar Penukaran Masa Depan: Bermula 1 Julai 2025, kadar penukaran Mata Ganjaran Enrich akan menjadi RM5 = 1 Mata Ganjaran Enrich.

Pelan Pembiayaan

AmBank Balance Transfer
AmBank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda dengan kadar faedah yang kompetitif dan bayar semula sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut
AmBank AmFlexi-Pay
AmBank AmFlexi-Pay

Pelan Easy Payment yang fleksibel dengan caj kadar faedah serendah 3% p.a. Pembelian minimum hanya RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
AmBank QuickCash
AmBank QuickCash

Ansuran tunai dari serendah RM1,000 hingga had kredit maksimum kad kredit AmBank anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Caj kadar faedah tetap (fixed interest) untuk memudahkan anda mengurus kewangan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AmBank Enrich Visa Platinum 

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mendapatkan kad kredit AmBank Enrich Visa Platinum? Anda boleh mohon melalui salah satu daripada kaedah berikut.

Mohon Dalam Talian

  1. Layari laman web AmBank.
  2. Isi maklumat pada borang yang disediakan dan hantar permohonan.

Klik untuk ke laman web AmBank.

Mohon Melalui Aplikasi Amonline

Untuk pelanggan AmBank, anda boleh menggunakan sistem AmOnline untuk mohon.

  1. Buka sistem AmOnline dan pilih “Quick Actions”.
  2. Pilih “Apply for More Services” > “Get Credit Card” > “Get a New Credit Card”.
  3. Pilih kad AmBank Enrich Visa Platinum dan mohon.

Klik untuk ke laman web AmOnline

Mohon Melalui Cawangan

  1. Kunjungi cawangan AmBank terdekat.
  2. Lengkapkan borang permohonan kad kredit dan hantar.

Klik untuk lihat senarai cawangan AmBank

Khidmat Pelanggan

Guna saluran berikut untuk menghubungi pihak AmBank sebarang pertanyaan berhubung kad kredit AmBank Enrich Visa Platinum.

  • Telefon: 03-2178 8888 (7 a.m hingga 11 p.m setiap hari).

Kesimpulan & Perspektif

Kad Kredit AmBank Enrich Visa Platinum adalah aset berharga bagi individu yang kerap melancong dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan ingin memaksimumkan pulangan ganjaran Enrich mereka. Keistimewaan utama kad ini terletak kepada ganjaran mata Enrich, perlindungan insurans perjalanan yang menyeluruh, dan peluang untuk meningkatkan status Enrich Elite. Yuran tahunan percuma seumur hidup pula memberi lebih nilai kepada kad ini.

Walau bagaimanapun, sebelum memohon pastikan anda mempertimbangkan dengan teliti tabiat perbelanjaan dan pilihan perjalanan anda. Jika anda adalah pelanggan setia Malaysia Airlines dan pengumpul tegar Mata Ganjaran Enrich, kad ini mungkin pilihan terbaik.

Masih keliru sama ada ini adalah kad yang sesuai untuk anda? Terokai laman cari kad kredit yang kami sediakan untuk mencari kad yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda. Klik untuk ke laman cari kad kredit.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AmBank Enrich Visa Platinum 

Ya, anda boleh menebus mata Enrich yang terkumpul untuk pelbagai ganjaran, seperti barangan, diskaun, baucar, dan pelbagai lagi. Layari laman web Enrich untuk maklumat lanjut.

Elite Points adalah mata yang diperlukan untuk menaik taraf tahap keahlian Enrich dan Oneworld. Dengan mengumpul mata Elite Ponts, anda boleh mendapat status keahlian yang lebih tinggi dan mendapat kelebihan tambahan. Layari laman web Enrich untuk maklumat lanjut.

Mata Ganjaran Enrich secara amnya tidak boleh dipindahkan ke akaun individu lain. Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh mencalonkan penerima Mata Ganjaran Enrich anda sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Rujuk terma dan syarat Enrich untuk maklumat yang lebih terperinci.

Anda boleh menyemak baki Mata Ganjaran Enrich anda dengan mendaftar masuk ke akaun Enrich anda melalui laman web atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines. Baki mata anda akan dipaparkan pada papan pemuka akaun anda.

Akses lounge percuma adalah khusus untuk Malaysia Airlines Golden Lounge. Walau bagaimanapun, rangkaian Visa Platinum mungkin menawarkan program atau diskaun akses lounge lain yang boleh anda terokai.

Mata Ganjaran Enrich anda akan kekal dalam akaun Enrich anda walaupun kad kredit anda dibatalkan atau tamat tempoh. Anda boleh terus mengumpul dan menebus mata selagi keahlian Enrich anda aktif.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AmBank (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AmBank (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AmBank (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AmBank Enrich Visa Platinum  untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AmBank (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AmBank Enrich Visa Platinum 

Ada soalan tambahan berhubung AmBank Enrich Visa Platinum ?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AmBank (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AmBank (M) Berhad

Ambank (M) Berhad
AmBank (M) Berhad, sebahagian daripada AmBank Group, adalah kumpulan perbankan keenam terbesar di Malaysia dengan pengalaman 42 tahun. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik melalui 175 cawangan, AmBank menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif untuk individu dan korporat – termasuk akaun, kad, pelbagai pembiayaan, insurans, pelaburan, dan perbankan atas talian AmOnline dengan pembantu…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Bank Rakyat Platinum Explorer Credit Card-i

Kad kredit Kad kredit Bank Rakyat Platinum Explorer Credit Card-i menawarkan bukan sahaja pulangan tunai…

Kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard 

Kad kredit premium OCBC Premier Voyage MasterCard ditawarkan kepada pelanggan OCBC Premier Banking dan datang…

Kad kredit OCBC Great Eastern Platinum MasterCard

Nikmati pulangan tunai 2.5% untuk premium insurans Great Eastern dan 0.1% untuk setiap perbelanjaan runcit,…

Kad Kredit UOB Zenith Card

Nikmati kelebihan eksklusif dengan kad kredit UOB Zenith. Mata ganjaran, keistimewaan perjalanan, dan layanan istimewa untuk melengkapkan…