Hong Leong Bank Call For Cash

Hong Leong Bank Call For Cash (CFC) adalah sebuah pelan ansuran tunai kad kredit (Cash Instalment Plan – CIP) yang ditawarkan oleh pihak Hong Leong Bank Berhad (HLB). Selain pelan CFC, pihak HLB juga menawarkan pelan Call For Cash Plus (CFC Plus).

Pelan Call For Cash ini membenarkan pemegang kad kredit utama (principal card holder) Hong Leong Bank buat pinjaman tunai serendah RM500 sehingga mencecah 90% daripada had kredit kad anda. Pinjaman ini akan dipindahkan ke akaun bank Hong Leong anda, atau sebarang akaun bank pilihan anda.

Walau bagaimanapun, anda harus mempunyai rekod kredit yang baik dengan pihak Hong Leong untuk meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan.

Anda boleh pilih untuk buat bayaran semula dari 6, 12 atau 24 bulan. Jika anda pilih untuk buat bayaran ansuran selama 24 bulan, jumlah pinjaman minimum yang dibenarkan ialah RM1,000. Untuk 6 dan 12 bulan pula, jumlah minimum kekal pada RM500.

Caj kadar faedah yang dikenakan untuk pelan pinjaman tunai ini adalah sangat berpatutan. Untuk tempoh bayaran 6 bulan, anda akan dikenakan caj kadar faedah tahunan sebanyak 3.18% p.a. Untuk 12 bulan pula sebanyak 4.78% p.a, dan 7.38% p.a untuk 24 bulan. Oleh kerana caj kadar faedah yang rendah, pihak HLB akan mengenakan sedikit caj pengendalian untuk pelan ini. Caj pengendalian ini hanya dikenakan sekali sahaja dan tidak berulang.

Anda boleh buat bayaran minimum sebanyak 5% setiap bulan, tetapi anda dinasihatkan untuk buat bayaran penuh setiap bulan. Ini kerana jika anda gagal untuk buat bayaran bulanan penuh pada tarikh yang dipersetujui, caj kadar faedah normal iaitu 18% p.a akan dikenakan.

Pihak HLB juga akan mengenakan caj lewat bayar untuk pelan Hong Leong Bank Call For Cash ini. Caj lewat bayar yang dikenakan ialah sebanyak 1% daripada baki tertunggak, atau RM10 – yang mana yang lebih tinggi. Caj ini dihadkan kepada RM100.

Walau bagaimanapun anda tidak akan dikenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda ingin menyelesaikan semua baki anda lebih awal daripada tempoh kontrak. Anda cuma perlu beri notis sebulan kepada pihak HLB.

Hong Leong Call For Cash (CFC)
Tempoh pinjaman 6 bulan hingga 24 bulan
Jumlah pinjaman RM500 hingga 90% daripada had kredit (credit limit)
Kadar faedah 3.18% p.a hingga 7.38% p.a
Caj lewat bayar RM10 atau 1% daripada baki tertunggak (yang lebih tinggi). Caj kadar faedah dinaikkan kepada 18% p.a.
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Hong Leong Bank Call For Cash

Dapatkan pinjaman tunai serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan. Caj kadar faedah yang sangat berpatutan serendah 3.18% p.a. Sesuai untuk mereka yang inginkan wang segera di saat kecemasan.

Pelan Tempoh Pinjaman (Bulan) Jumlah Pinjaman Minimum (RM) Kadar Faedah (% p.a) Caj Pengendalian (%)
A 6 500 3.18% p.a 3.99%
B 12 500 4.78% p.a 5.99%
C 24 1,000 7.38% p.a 8.99%

Cara mohon Hong Leong Bank Call For Cash

Cara untuk mohon pelan Hong Leong Bank Call For Cash (CFC) adalah sangat mudah. Anda boleh mohon secara atas talian (online) melalui perbankan dalam talian HLB Connect. Mohon melalui laman web HLB Connect atau melalui Aplikasi HLB Connect di telefon pintar anda.

Kad kredit Hong Leong Bank Call For Cash

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Hong Leong Bank Call For Cash. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Hong Leong Sutera Platinum

Kad kredit Hong Leong Sutera Platinum

Mohon kad kredit Hong Leong Sutera Platinum dan dapatkan 8x mata ganjaran dengan setiap RM1 dan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1.7 juta.

Hong Leong GSC Gold Visa

Hong Leong GSC Gold Visa

Kad kredit Hong Leong GSC Gold Visa dicipta khusus untuk kaki wayang GSC. Anda bukan sahaja dapat diskaun untuk tiket dan makanan-minuman, tetapi juga dapat ganjaran GSC Reward Points dengan setiap perbelanjaan anda.

Hong Leong GSC Platinum Visa

Hong Leong GSC Platinum Visa

Kaki wayang GSC? Kad kredit Hong Leong GSC Platinum Visa khusus untuk anda. Dapatkan keistimewaan dalam bentuk diskaun dan mata ganjaran (GSC Reward Points) setiap kali anda berbelanja di GSC. Tidak lupa juga layanan VIP untuk buat pengalaman menonton wayang anda lebih menggembirakan.

Hong Leong Essential

Hong Leong Essential

Kad kredit Hong Leong Essential adalah sebuah kad asas daripada HLB. Kad ini menawarkan ciri rebat tunai (cashback) tanpa had, dan tanpa perbelanjaan minimum. Kad ini didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah dan juga pelan pendahuluan tunai.

Hong Leong Wise

Hong Leong Wise Card

Kad kredit Hong Leong Wise menawarkan keistimewaan dalam bentuk ganjaran rebat tunai (cashback). Dapatkan rebat tunai sehingga 8% setiap kali anda mengisi minyak, berbelanja barang runcit atau makan-makan. Dengan syarat kelayakan yang tidak membebankan, kad ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.