Citibank Flexi Payment Plan

Citibank Flexi Payment Plan adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) daripada Citibank Berhad. Pelan ini adalah antara pelan EPP yang paling fleksibel dengan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan. Anda cuma perlu buat pembelian minimum RM500 untuk melayakkan anda menyertai pelan daripada Citibank ini.

Oleh kerana pelan ini adalah pelan yang fleksibel, pihak Citibank mengenakan caj faedah sekiranya anda ingin menggunakan pelan ini untuk pembelian anda. Kadar faedah (interest rate) yang dikenakan bermula daripada 9.84% p.a hingga 10.57% p.a – bergantung kepada tempoh bayaran semula yang anda pilih.

Tiada caj pengendalian (one-time upfront handling fee) yang dikenakan untuk pelan Citibank Flexi Payment Plan.

Pelan ini tidak menawarkan bayaran bulanan minimum. Oleh itu, anda perlu buat bayaran penuh setiap bulan. Jika anda gagal, anda akan dikenakan caj kadar faedah normal kad kredit, iaitu 18% p.a sehingga anda menyelesaikan baki yang tertunggak. Anda juga mungkin anda dikenakan caj lewat bayar oleh Citibank.

Citibank tidak mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) jika anda ingin melangsaikan hutang anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

Citibank Flexi Payment Plan
Pembelian Minimum RM500
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 36 bulan
Kadar faedah 9.84% p.a hingga 10.57% p.a
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Bayaran minimum (bulanan) Bayaran ansuran penuh
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Citibank Flexi Payment Plan

Pelan bayaran ansuran mudah (EPP) yang fleksibel dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian yang dikenakan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada 10.57% p.a RM500
12 Tiada 9.96% p.a RM500
18 Tiada 9.84% p.a RM500
24 Tiada 9.85% p.a RM500
30 Tiada 9.91% p.a RM500
36 Tiada 9.99% p.a RM500

Cara mohon Citibank Flexi Payment Plan

  1. Pilih pedagang yang memaparkan tanda ‘Citibank 0% Easy Pay’, atau sebarang pedagang/peruncit yang mengambil bahagian.
  2. Maklumkan kepada kakitangan kedai yang anda ingin menggunakan skim bayaran ansuran mudah Citibank.
  3. Lakukan transaksi bayaran dengan kad kredit Citibank anda.

Kad kredit Citibank Flexi Payment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Citibank Flexi Payment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Citi Business Platinum Card

Kad Kredit Citi Business Platinum Card

Kad Kredit Citi Business Platinum Card adalah kad khusus untuk pemilik perniagaan yang inginkan keistimewaan dalam urusan perniagaan di samping keselesaan ketika melancong untuk urusan berniaga. Dengan rebat tunai tanpa had untuk sebarang perbelanjaan dan diskaun serta promosi di hotel dan restoran terpilih – kad ini harus dimiliki oleh ahli perniagaan.

Citi Rewards Visa Signature

Kad Kredit Citi Rewards Visa Signature

Kad Kredit Citi Rewards Visa Signature dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1, di dalam dan luar negara. Juga dapatkan kelebihan Visa Signature untuk akses istimewa ke hotel-hotel mewah seluruh dunia. Perkhidmatan concierge Visa juga disediakan 24/7 untuk kemudahan anda.

Citi Cash Back Visa

Kad Kredit Citi Cash Back Visa

Kad kredit khusus untuk ciri rebat tunai (cashbacks). Dapatkan pulangan tunai dari 0.2% hingga 10% tanpa had dengan sebarang perbelanjaan anda menggunakan kad kredit ini. Didatangkan juga dengan kelebihan Citibank World Privileges untuk diskaun seluruh dunia.

Citi Clear Visa

Kad Kredit Citi Clear Visa

Kad kredit ini khas untuk golongan millenial yang inginkan pulangan mata ganjaran (rewards points) dan diskaun hebat di kelab malam popular dan coffee house. Citi Rewards Points yang diberikan boleh anda untuk barangan atau tukar kepada tunai. Kad kredit ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah dan juga pelan ansuran tunai.

Citi Shell-Citi Gold

Kad Kredit Citi Shell-Citi Gold

Lebih dari separuh budget bulanan anda untuk isian petrol? Dapatkan kad kredit ini dan nikmati rebat tunai (cashbacks) sehingga 8% untuk isian minyak anda di Stesyen Minyak Shell seluruh Malaysia. Dapatkan juga ciri-ciri ekstra yang ditawarkan oleh CitiBank bersama kad ini.

Citi Simplicity

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga 10% tanpa had dengan setiap perbelanjaan anda menggunakan kad kredit ini. Didatangkan dengan dua pelan bayaran ansuran mudah untuk membantu anda mendapatkan barangan idaman anda.

Citi PremierMiles Visa Signature

Citi PremierMiles Visa Signature

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan dan keistimewaan gaya “VIP”. Dapatkan mata ganjaran air miles dengan ciri premium melalui kad kredit ini.