Akan dibuka dalam tab baharu

Hong Leong Wise

Hong Leong Wise Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM98
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai

Hong Leong Wise adalah kad kredit daripada Hong Leong Bank Berhad. Kad ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berumur dari 21 hingga 65 tahun dengan pendapatan gaji kasar tahunan tidak kurang dari RM24,000.

Kad ini adalah kad kredit rebat tunai (cashback). Ini bermaksud anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk rebat tunai setiap kali anda berbelanja menggunakan kad Hong Leong Wise anda. Jumlah rebat tunai yang ditawarkan juga agak tinggi, iaitu sehingga 8% pada perbelajaan setiap hujung minggu. Walau bagaimanapun anda perlu buat perbelanjaan minimum sebanyak RM500 untuk melayakkan anda mendapat rebat 8% dari kad ini.

Jika perbelanjaan bulanan anda dengan kad ini kurang dari RM500, anda tetap akan menerima ganjaran rebat tunai. Walau bagaimanapun, had rebat tunai tersebut ditetapkan kepada 0.25%.

Cashback akan diberikan untuk perbelanjaan petrol, barang runcit dan makan-makan. Rujuk bahagian rebat tunai di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.

Pihak Hong Leong membenarkan anda buat pindahan baki kepada kad Hong Leong Wise ini dengan pelan pindahan baki Hong Leong Balance Transfer. Anda boleh buat pemindahan baki serendah RM1,000 dengan bayaran semula sehingga 12 bulan. Tiada caj pengendalian yang dikenakan.

Bagi yang gemar berbelanja pula, anda boleh dapatkan barangan idaman anda dengan pelan bayaran ansuran mudah Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP). Pelan EPP daripada HLB sangat menguntungkan kerana pelan ini tidak mengenakan sebarang caj faedah. Anda hanya perlu buat pembelian tidak kurang dari RM500 di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian.

Anda juga boleh dapatkan tunai segera di waktu kecemasan dengan pelan ansuran tunai Hong Leong Bank Call For Cash. Anda boleh pinjaman tunai serendah RM500 sehingga had kredit kad Hong Leong Wise anda dengan bayaran ansuran sehingga 24 bulan.

Berminat untuk mohon kad ini? Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri istimewa yang ditawarkan, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Hong Leong Wise

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan sehingga 8% rebat tunai apabila anda berbelanja untuk petrol, barang runcit, atau makan-makan pada setiap hujung minggu (Sabtu-Ahad). Untuk hari biasa (Isnin-Jumaat) pula, anda tetap akan menerima ganjaran rebat tunai sebanyak 1%. Untuk perbelanjaan yang tidak termasuk di dalam kategori di atas, ganjaran rebat tunai 0.25% akan diberikan. Anda hanya perlu berbelanja tidak kurang daripada RM500 pada setiap hujung minggu untuk melayakkan anda menerima ganjaran hebat ini.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Isian petrol 8% RM18 RM500 dan ke atas pada setiap hujung minggu (Sabtu-Ahad) setiap bulan
Barang dapur 8% RM18 RM500 dan ke atas pada setiap hujung minggu (Sabtu-Ahad) setiap bulan
Makan 8% RM18 RM500 dan ke atas pada setiap hujung minggu (Sabtu-Ahad) setiap bulan
Lain-lain 0.25% Tiada had RM500 dan ke atas setiap bulan
Petrol 1% RM18 RM500 dan ke atas setiap bulan
Barang dapur 1% RM18 RM500 dan ke atas setiap bulan
Makan 1% RM18 RM500 dan ke atas setiap bulan

Ganjaran petrol

Isi petrol di stesen minyak pilihan anda dengan kad kredit Hong Leong Wise dan dapatkan ganjaran rebat tunai 8% pada setiap hujung minggu, dan rebat tunai 1% pada hari biasa. Ganjaran rebat tunai ini dihadkan kepada RM18 setiap bulan.

Anda perlu berbelanja lebih dari RM500 dan perlu menggunakan transaksi di pam minyak untuk melayakkan anda mendapat ganjaran ini. Transaksi pembayaran di kaunter tidak akan menerima ganjaran rebat tunai.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM98
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM80
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Hong Leong Balance Transfer
Hong Leong Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Hong Leong Bank. Pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 12 bulan. Kadar faedah yang rendah dan tiada caj pengendalian dikenakan.

Maklumat Lanjut
Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP)
Hong Leong 0% Extended Payment Plan (EPP)

Buat pembelian serendah RM500 di peniaga yang mengambil bahagian dan pilih untuk buat bayaran ansuran dari 6 bulan hingga 36 bulan – tanpa sebarang caj kadar faedah (zero interest).

Maklumat Lanjut
Hong Leong Bank Call For Cash
Hong Leong Bank Call For Cash

Dapatkan pinjaman tunai serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan. Caj kadar faedah yang sangat berpatutan serendah 3.18% p.a. Sesuai untuk mereka yang inginkan wang segera di saat kecemasan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Hong Leong Wise

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Hong Leong Wise

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Hong Leong Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Hong Leong Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Hong Leong Wise untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Hong Leong Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Hong Leong Wise

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Hong Leong Wise?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Hong Leong Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad
Hong Leong Bank Berhad, dengan sejarah perbankan yang panjang bermula dari 1905, kini telah berkembang menjadi bank kelima terbesar di Malaysia. Dengan lebih 300 cawangan di seluruh negara dan kehadiran antarabangsa, Hong Leong Bank menawarkan rangkaian luas produk dan perkhidmatan perbankan konvensional serta Islamik untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, termasuk kemudahan perbankan atas talian.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Kad kredit Islamik ini menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 4% setiap bulan dengan perlindungan pembelian…

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor's Edition 

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition ditawarkan khusus kepada doktor dan doktor gigi. Dengan yuran tahunan percuma…

Kad kredit BSN Al-Aiman Emas

Kad Kredit BSN Al-Aiman Emas menawarkan kebebasan daripada fi tahunan seumur hidup, perlindungan takaful percuma,…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…