Citibank Balance Transfer Plan

Citibank Balance Transfer Plan adalah pelan pindahan baki kad kredit (Balance Transfer Plan) daripada Citibank Berhad. Pelan ini adalah antara pelan pemindahan baki kad kredit dengan ciri yang ringkas.

Anda boleh buat pindahan baki dengan tempoh 12 bulan melalui pelan ini. Jumlah minimum yang diperlukan hanya RM1,000 untuk melayakkan anda menyertai pelan ini. Jumlah maksimum pula adalah bergantung kepada had kredit (kredit limit) kad anda, dan akan ditentukan oleh pihak Citibank.

Caj kadar faedah yang dikenakan adalah 8.99% p.a dan caj ini adalah sangat berpatutan berbanding kelapangan yang anda nikmati dengan pemindahan baki. Pihak Citibank tidak mengenakan sebarang caj pengendalian untuk pelan ini, jadi anda tidak perlu risau sekiranya terdapat caj tersembunyi.

Sekiranya anda menggunakan pelan ini untuk memindahkan baki kad kredit anda, anda dinasihatkan untuk buat bayaran setiap bulan kerana anda akan dikenakan caj kadar faedah yang lebih tinggi jika anda gagal buat bayaran bulanan.

Walau bagaimanapun, pihak Citibank memberikan kelonggaran untuk bayaran bulanan minimum sebanyak 5% dari baki.

Anda tidak akan dikenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan baki tertunggak lebih awal daripada tempoh 12 bulan.

Citibank Balance Transfer Plan
Tempoh bayaran 12 bulan hingga 12 bulan
Kadar faedah 8.99% p.a
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Jumlah pindahan RM1000 hingga Bergantung kepada had kredit
Bayaran minimum (bulanan) 5% dari baki tertunggak
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Citibank Balance Transfer Plan

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank melalui pelan Citibank Balance Transfer Plan. Jumlah pindahan minimum hanya RM1,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Caj kadar faedah berpatutan dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
12 Tiada 8.99% p.a RM1,000

Cara mohon Citibank Balance Transfer Plan

Anda boleh mohon pelan Citibank Balance Transfer Plan melalui kaedah berikut.

  • Layari laman Citibank dan lengkapkan Borang Permohonan. Pihak Citibank akan menghubungi anda dalam tempoh 24 jam untuk urusan selanjutnya.
  • Hubungi Khidmat Pelanggan Citibank di talian (terdekat):
    – Kuala Lumpur – 03-2383 0000
    – Pulau Pinang – 04-2960 000
    – Johor Bahru – 07-2680 000
    – Sabah & Sarawak – 1800 82 1010

Kad kredit Citibank Balance Transfer Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Citibank Balance Transfer Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Citi Cash Back Platinum Mastercard

Citi Cash Back Platinum Mastercard

Kad kredit Citi Cash Back Platinum menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had dengan ciri eksklusif seperti Temporary CVV, Citi Flexibill, Citibank One Bill, dan Citibank World Privileges. Kad premium ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan pinjaman tunai.

Citi Clear Mastercard

Citibank Citi Clear Mastercard

Kad kredit ini khas untuk golongan millenial yang inginkan pulangan mata ganjaran (rewards points) dan diskaun hebat di kelab malam popular dan coffee house. Citi Rewards Points yang diberikan boleh anda untuk barangan atau tukar kepada tunai. Kad kredit ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah dan juga pelan ansuran tunai.

Citi Business Platinum Mastercard

Citi Business Platinum Mastercard

Kad Kredit Citi Business Platinum Mastercard adalah kad khusus untuk pemilik perniagaan yang inginkan keistimewaan dalam urusan perniagaan di samping keselesaan ketika melancong untuk urusan berniaga. Dengan rebat tunai tanpa had untuk sebarang perbelanjaan dan diskaun serta promosi di hotel dan restoran terpilih – kad ini harus dimiliki oleh ahli perniagaan.

Citi Cash Back Mastercard

Citi Cash Back Mastercard

Kad kredit khusus untuk ciri rebat tunai (cashbacks). Dapatkan pulangan tunai dari 0.2% hingga 10% tanpa had dengan sebarang perbelanjaan anda menggunakan kad kredit ini. Didatangkan juga dengan kelebihan Citibank World Privileges untuk diskaun seluruh dunia.

Citi Rewards Mastercard

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1, di dalam dan luar negara. Juga dapatkan kelebihan Visa Signature untuk akses istimewa ke hotel-hotel mewah seluruh dunia. Perkhidmatan concierge Visa juga disediakan 24/7 untuk kemudahan anda.