Akan dibuka dalam tab baharu

Citi Cash Back Platinum Mastercard

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Citi Cash Back Platinum Mastercard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM195
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Premium, Pulangan Tunai

Citi Cash Back Platinum Mastercard adalah salah satu kad kredit Citibank yang menawarkan ganjaran rebat tunai. Pihak Citibank menawarkan dua kad kredit cash back iaitu Citi Cash Back Mastercard dan Citi Cash Back Platinum card. Apa yang membezakan kedua-dua kad ini ialah kelayakan gaji untuk mohon dan jumlah rebat tunai yang ditawarkan.

Citibank Cash Back Platinum menawarkan had rebat tunai yang lebih tinggi berbanding kad kredit Citibank Cash Back. Dengan kad ini, anda boleh menerima pulangan rebat tunai tanpa had sehingga perbelanjaan berjumlah RM1,499 setiap bulan. Untuk perbelanjaan seterusnya, iaitu RM1,500 ke atas anda akan diberikan cash back berjumlah 10%. Walau bagaimanapun, pulangan ini dihadkan kepada RM15 setiap bulan.

Untuk penerangan rebat tunai yang lebih terperinci, rujuk bahagian ciri Ctitbank Cash Back platinum card di bawah.

Antara ciri menarik yang datang bersama kad ini ialah fungsi CVV sementara. Citibank menawarkan ciri ini berikutan pandemik yang melanda. Oleh kerana pandemik COVID-19 boleh menyebabkan berlaku kelewatan untuk anda menerima kad anda, anda boleh mengaktifkan kad dan terus menggunakan kad Citi Cash Back Platinum melalui aplikasi Citi Mobile App tanpa kad fizikal.

Aplikasi ini akan menjana kod CVV sementara untuk kegunaan. Jadi anda boleh terus berbelanja sementara menunggu kad sebenar anda tiba. Selepas kad tiba, kod CVV pada kad akan digunakan untuk menggantikan kod yang dijana oleh aplikasi.

Selain pulangan rebat tunai dan temporary CVV, Citi Cash Back Platinum Card juga menawarkan beberapa ciri menarik Citi Flexibill, Citi World Privileges, dan Citibank One Bill.

Citi Flexibill membenarkan pemegang kad menukar baki kad kredit tertunggak kepada pelan bayaran bulanan. Ini sangat memudahkan pengurusan kewangan dan mengurangkan beban pengguna. Citi World Privileges pula menawarkan tawaran hebat seperti diskaun dan keistimewaan, luar talian dan dalam talian yang boleh anda tebus dengan kad anda.

Kad Citi Cash Back Platinum Mastercard juga didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan pinjaman tunai.

Pelan pemindahan baki Citibank Balance Transfer membenarkan anda buat pindahan baki dari kad lama dengan bayaran bulanan sehingga 36 bulan. Pelan bayaran ansuran mudah Citibank Easy Pay Plan dan Citi PayLite pula memudahkan anda mendapatkan barangan idaman dengan bayaran ansuran tanpa faedah (zero interest). Sekiranya anda terdesak ingin guna tunai segera, pelan pinjaman kad kredit Citi Quick Cash boleh membantu.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri yang ditawarkan oleh kad Citibank Cash Back Platinum, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, dan bagaimana untuk mohon secara dalam talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Cash Back Platinum Mastercard

Pulangan tunai (cashbacks)

Citibank menawarkan dua tahap pulangan rebat tunai. Tahap pertama adalah untuk perbelanjaan bulanan RM1 hingga RM1,499. Untuk tahap ini anda akan diberikan cash back tanpa had sebanyak 0.2% daripada jumlah perbelanjaan terkumpul. Tahap kedua pula adalah perbelanjaan RM1,500 ke atas. Pada tahap kedua, anda akan menerima pulangan kadar 10% daripada jumlah perbelanjaan. Walaubagaimanapun, pulangan ini dihadkan kepada RM15 untuk setiap kategori.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Isian Minyak Petrol 10% RM15 RM1500 ke atas setiap bulan
Perbelanjaan runcit 10% RM15 RM1500 ke atas setiap bulan
Makan 10% RM15 RM1500 ke atas setiap bulan
Grab 10% RM15 RM1500 ke atas setiap bulan
Isian Minyak Petrol 0.2% Tiada Sehingga RM1499 setiap bulan
Perbelanjaan runcit 0.2% Tiada Sehingga RM1499 setiap bulan
Makan 0.2% Tiada Sehingga RM1499 setiap bulan
Grab 0.2% Tiada Sehingga RM1499 setiap bulan
Perbelanjaan lain 0.2% Tiada Sehingga RM1499 setiap bulan

Ganjaran petrol

Dapatkan pulangan sehingga 10% setiap kali anda mengisi minyak di sebarang stesen minyak dengan kad kredit Citibank Cash Back Platinum.

Ciri premium

Sebagai kad kredit platinum, kad ini didatangkan bersama ciri premium seperti CVV sementara (Temporary CVV), Citi Flexibill, Citibank One Bill, dan Citibank World Privileges.

Ciri CVV Sementara membenarkan anda menggunakan kad Citi Cash Back Platinum Mastercard menerusi aplikasi Citi Mobile App walaupun anda belum menerima kad fizikal.

Sekiranya anda sukar untuk menjelaskan baki bulanan kad kredit yang tertunggak, gunakan ciri Citi Flexibill untuk menukar baki tersebut kepada bayaran ansuran bulanan.

Servis Citibank One Bill pula memudahkan bayaran bil bulanan. Bayar semua bil anda dengan ciri ini dan tidak perlu risau lagi terlupa membayar bil dan sebagainya.

Citibank World Privileges menawarkan diskaun dan keistimewaan dari 25,000 pedagang seperti restoran, hotel, butik, pasar raya, padang golf, dan e-dagang di dalam dan luar negara.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM195
Percuma 3 tahun pertama untuk pemegang kad baru.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM100
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM10000
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Citibank Balance Transfer Plan
Citibank Balance Transfer Plan

Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank melalui pelan Citibank Balance Transfer Plan. Jumlah pindahan minimum hanya RM1,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Caj kadar faedah berpatutan dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citibank Easy Pay Plan
Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan – tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Citibank Citi Paylite
Citibank Citi Paylite

Pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) Citibank Citi Paylite adalah pelan yang fleksibel dengan belian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut
Citi Quick Cash
Citi Quick Cash

Pinjaman serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman yang fleksibel dari 6 hingga 48 bulan. Kadar faedah yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Citi Cash Back Platinum Mastercard

    Kad kredit Citi Cash Back Platinum Mastercard telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    AmBank BonusLink Visa Signature

    Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

    Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

    Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

    Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

    Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

    Citi PremierMiles Mastercard

    Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…