Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM130
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Islamik, Kadar Faedah Rendah, Mata Ganjaran

Kad kredit Bank Islam Gold adalah sebuah kad kredit Islamik yang ditawarkan dalam bentuk Visa dan MasterCard. Kad ini sepenuhnya patuh Syariah dan hanya boleh digunakan untuk transaksi yang halal dan tidak melanggar hukum, sangat sesuai jika mengutamakan prinsip Islamik dalam kehidupan anda.

Selain itu, Bank Islam Visa/MasterCard Gold Credit Card-i juga menawarkan pelbagai faedah dan ganjaran menarik, seperti caj kewangan tahunan yang rendah, pulangan mata ganjaran, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan ansuran tunai.

Caj kewangan tahunan atau kadar faedah yang dikenakan adalah serendah 13.5% setahun, antara yang terendah berbanding kad kredit dari pengeluar kad kredit di Malaysia.

Anda juga akan menerima pulangan mata ganjaran atau rewards point dalam bentuk Bank Islam TruPoint. Pulangan mata ini sah untuk setiap transaksi perbelanjaan runcit di dalam dan juga luar negara dengan 1x mata TruPoint untuk setiap RM1.

Pelan bayaran ansuran mudah (easy payment plan) Bank Islam Instalment Payment Plan juga memudahkan anda mendapatkan barangan dan buat bayaran ansuran bulanan tanpa kadar faedah (zero interest). Anda hanya perlu buat belian barangan serendah RM150 dan pilih untuk bayar balik dari 3 hingga 36 bulan.

Bank Islam juga menawarkan program Bank Islam GoCash dengan kad kredit Bank Islam Visa/MasterCard Gold untuk memudahkan anda mendapatkan tunai dengan kadar segera. Pelan ansuran tunai ini membenarkan anda buat pinjaman sehingga 90% daripada had kredit, dan bayaran ansuran bulanan sehingga 36 bulan. Caj kadar keuntungan yang dikenakan juga adalah berpatutan dan tidak membebankan.

Kad ini mengenakan caj yuran tahunan sebanyak RM130 untuk kad utama, dan RM60 untuk kad tambahan. Caj untuk kad utama akan dibatalkan sekiranya anda melakukan transaksi lebih daripada 12 kali pada tahun tersebut.

Pihak Bank Islam menawarkan kad ini kepada sesiapa sahaja dengan syarat anda berumur 21 tahun ke atas untuk mohon kad utama, dan 18 tahun ke atas untuk kad tambahan. Kelayakan pendapatan pula ialah gaji kasar tidak kurang daripada RM2,000 sebulan.

Dengan kelebihan dan ciri menarik yang ditawarkan, kad kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i sangat sesuai jika anda sedang mencari kad kredit asas yang patuh Syariah. Syarat kelayakan yang tidak membebankan juga buat kad ini mudah dimohon sebagai kad kredit pertama.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan pulangan mata ganjaran Bank Islam TruPoint dengan setiap transaksi kad anda. 1x mata ganjaran akan diberikan untuk setiap RM1 bagi perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM130
Yuran dibatalkan untuk lebih daripada 12 transaksi pada tahun tersebut
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM60
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM5 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
50% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM12 atau 2.5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Bank Islam Installment Payment Plan
Bank Islam Installment Payment Plan

Buat pembelian serendah RM150 menggunakan kad kredit Bank Islam anda dan pilih tempoh bayaran semula dari 3 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Bank Islam GoFlexi
Bank Islam GoFlexi

Dapatkan barangan idaman anda tanpa perlu mengeluarkan modal besar dengan pelan Bank Islam GoFlexi.

Maklumat Lanjut
Bank Islam GoCash
Bank Islam GoCash

Dapatkan pinjaman tunai sehingga 90% daripada had kredit (credit limit) kad Bank Islam anda dengan program Bank Islam GoCash.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Islam Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Islam Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Islam Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Islam Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

4 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Islam Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad, bank Islamik penuh pertama di Malaysia sejak 1983, menawarkan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang komprehensif untuk individu dan perniagaan. Melalui 147 cawangan dan kemudahan atas talian, Bank Islam menyediakan pelbagai produk termasuk akaun, kad kredit Islamik, pembiayaan peribadi, pengurusan kekayaan, serta Ar-Rahnu yang terkenal.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit CIMB Platinum-i

Kad kredit CIMB Platinum-i jgua dikenali sebagai CIMB Islamic MasterCard Platinum adalah kad kredit Islamik…

Public Bank Quantum Visa

Kad kredit Public Bank Quantum Visa menawarkan pulangan rebat tunai dan juga ganjaran mata untuk…

Kad kredit CIMB Travel World 

CIMB Travel World Credit Card merupakan kad kredit premium untuk mereka yang sering melancong. Dapatkan perlindungan insurans…

Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i

Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i ditawarkan kepada peniaga yang ingin keselesaan…