Akan dibuka dalam tab baharu

Alliance Bank You:nique Rates

Notis Penting

Kad kredit Alliance Bank You:nique Rates tidak lagi ditawarkan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad

Alliance Bank You:nique Rates
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
9% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM148
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Kadar Faedah Rendah

Kad Kredit Alliance Bank You:nique Rates adalah kad kredit unik daripada Alliance Bank Berhad. Kad ini menawarkan kadar faedah yang terendah di antara kad kredit di Malaysia – iaitu hanya 9% p.a. Kebanyakan kad kredit mengenakan caj kadar faedah antara 15% p.a hingga 18% p.a.

Anda juga tidak perlu membayar caj yuran tahunan pada tahun pertama anda menggunakan kad ini. Selepas tahun pertama yuran juga akan dibatalkan sekiranya anda berbelanja RM5,000 ke atas dengan kad kredit Alliance Bank You:nique – Rates, atau anda swipe lebih dari 12 kali setiap tahun.

Alliance Bank juga menawarkan pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan) dan pelan pendahuluan tunai (Advance Cash) dengan kad ini.  Pelan pemindahan baki Alliance Bank Balance Transfer Plan ini membenarkan anda buat pindahan baki dari RM3,000 tanpa caj kadar faedah atau caj pengendalian.

Pelan pinjaman tunai Alliance FastCash pula membenarkan anda buat pendahuluan tunai daripada kad kredit ini sehingga 80% daripada had kredit anda. Tempoh bayaran semula pula ialah sehingga 36 bulan.

Baca lebih lanjut untuk mengetahui dengan lebih terperinci ciri-ciri yang ditawarkan oleh Alliance Bank melalui Kad Kredit You:nique Rates, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini dengan mudah secara online.

Alliance Bank juga menawarkan pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan) dan pelan pendahuluan tunai (Advance Cash) dengan kad ini.  

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Alliance Bank You:nique Rates

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM148
Tahun pertama adalah percuma. Tahun seterusnya yuran diketepikan sekiranya anda berbelanja RM5,000 atau lebih, atau menggunakan kad anda lebih dari 12 kali dalam tempoh setahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM30
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Alliance Bank Balance Transfer Plan
Alliance Bank Balance Transfer Plan

Pelan pindahan baki kad kredit dengan pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Alliance Bank FastCash
Alliance Bank FastCash

Pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan dan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Alliance Bank You:nique Rates

    Kad kredit Alliance Bank You:nique Rates telah ditamatkan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Alliance Bank You:nique Rates

    Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Alliance Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

    Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

    Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Alliance Bank Malaysia Berhad.

    Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

    Ya, anda boleh guna kad kredit Alliance Bank You:nique Rates untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

    Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

    Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Alliance Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Alliance Bank You:nique Rates

    Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

    Ada soalan tambahan berhubung Alliance Bank You:nique Rates?

    Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    2 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Alliance Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Alliance Bank Malaysia Berhad

    Alliance bank malaysia berhad
    Alliance Bank Malaysia Berhad, sebahagian daripada Alliance Financial Group, adalah institusi perbankan komprehensif yang beroperasi di seluruh Malaysia. Sejak 2001, Alliance Bank (bersama Alliance Islamic Bank) menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan untuk individu dan perniagaan, termasuk akaun simpanan, kad, pembiayaan (peribadi, perumahan, perniagaan), insurans, dan banyak lagi, dalam bentuk konvensional dan Islamik.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    CIMB Platinum Credit Card

    CIMB Platinum Credit Card sangat sesuai bagi kaki shopping dan mereka yang gemar melancong. Dengan…

    HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i

    Kad kredit HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i menawarkan keistimewaan premium dan pulangan tunai…

    Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

    Kad kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i adalah kad kredit asas dengan pulangan mata…

    Citi Cash Back Mastercard

    Kad kredit khusus untuk ciri rebat tunai (cashbacks). Dapatkan pulangan tunai dari 0.2% hingga 10%…