Citibank Citi Paylite

Citibank Citi Paylite adalah sebuah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) daripada Citibank Berhad. Seperti pelan EPP Citibank Flexi Payment, pelan ini adalah pelan yang fleksibel jika dibandingkan dengan pelan EPP daripada bank yang lain.

Anda boleh buat pembelian serendah RM500, tidak kisah dalam satu resit atau terkumpul dan pilih bayaran ansuran bermula dari 6 bulan hingga 60 bulan – satu tempoh yang panjang untuk pelan pindahan baki. Pelan ini juga boleh digunakan untuk pembelian di dalam dan luar negara.

Apa yang buat pelan Citi Paylite ini sangat menarik ialah anda boleh menukar belian tunai anda kepada pelan ini hanya dengan menggunakan aplikasi Citi Mobile App.

Jika anda menukar belian tunai anda kepada pelan ini, anda akan dikenakan caj kadar faedah antara 9.84% p.a hingga 10.57% p.a, bergantung kepada tempoh bayaran ansuran anda.

Pihak Citibank walau bagaimanapun tidak akan mengenakan sebarang caj bayaran muka (upfront fee) mahupun caj pengendalian (handling fee) untuk pelan Citibank Citi Paylite ini.

Oleh kerana pelan ini tidak membenarkan anda buat bayaran minimum bulanan, anda perlu jelaskan bayaran ansuran penuh setiap bulan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda dikenakan caj kadar faedah biasa kad kredit – 18% p.a. Pihak Citibank juga mungkin akan mengenakan caj lewat bayar jika dirasakan perlu.

Jika anda berhasrat untuk menyelesaikan hutang anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui, iaitu buat penamatan awal (early settlement) – anda akan dikenakan penalti sebanyak 5% daripada baki pokok yang tertunggak.

Citibank Citi Paylite
Pembelian Minimum RM500
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 60 bulan
Kadar faedah 9.84% p.a hingga 10.57% p.a
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Bayaran minimum (bulanan) Bayaran ansuran penuh
Caj penamatan awal RM5% dari baki tertunggak
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Citibank Citi Paylite

Pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) Citibank Citi Paylite adalah pelan yang fleksibel dengan belian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 60 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada 10.57% p.a RM500
12 Tiada 9.96% p.a RM500
18 Tiada 9.84% p.a RM500
24 Tiada 9.85% p.a RM500
30 Tiada 9.91% p.a RM500
36 Tiada 9.99% p.a RM500
48 Tiada 9.99% p.a RM500
60 Tiada 9.99% p.a RM500

Cara mohon Citibank Citi Paylite

  1. Buat pembelian bernilai RM500 ke atas dengan kad kredit Citibank anda.
  2. Hubungi pihak Citibank di talian 03 2383 0000 (Kuala Lumpur), 04 296 0000 (Pulau Pinang), 07 268 0000 (Johor Bahru) atau 1800 82 1010 (Sabah & Sarawak).
  3. Maklumkan anda ingin menukar transaksi belian anda kepada pelan bayaran ansuran mudah PayLite.

Bayaran ansuran pertama akan dipaparkan di dalam penyata kad kredit seterusnya.

Kad kredit Citibank Citi Paylite

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Citibank Citi Paylite. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Citi Cash Back Platinum Mastercard

Citi Cash Back Platinum Mastercard

Kad kredit Citi Cash Back Platinum menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had dengan ciri eksklusif seperti Temporary CVV, Citi Flexibill, Citibank One Bill, dan Citibank World Privileges. Kad premium ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan pinjaman tunai.

Citi Business Platinum Mastercard

Citi Business Platinum Mastercard

Kad Kredit Citi Business Platinum Mastercard adalah kad khusus untuk pemilik perniagaan yang inginkan keistimewaan dalam urusan perniagaan di samping keselesaan ketika melancong untuk urusan berniaga. Dengan rebat tunai tanpa had untuk sebarang perbelanjaan dan diskaun serta promosi di hotel dan restoran terpilih – kad ini harus dimiliki oleh ahli perniagaan.