Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank Enrich Visa Infinite

Nikmati Keistimewaan Perjalanan dengan Pulangan Mata Ganjaran Enrich

Kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM500
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata ganjaran Enrich Points, Akses tanpa had ke Malaysian Airlines Golden Lounge, Diskaun penerbangan

Kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite dicipta khusus mereka yang kerap menghabiskan masa di lapangan terbang. Kad ini menawarkan pelbagai keistimewaan berkaitan perjalanan, pulangan mata ganjaran yang lumayan, dan juga ciri istimewa untuk memudahkan urusan harian anda.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AmBank Enrich Visa Infinite

Kad kredit AmBank Enrich Visa didatangkan dengan pelbagai ganjaran dan kelebihan.

Ganjaran Enrich

  • Mata Enrich (Enrich Points): Dapatkan 1x mata Enrich dengan setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara dan 1x mata Enrich setiap RM3 untuk perbelanjaan tempatan.
  • Diskaun Enrich Elite Points: Dapatkan diskaun sehingga 30% untuk keperluan Enrich Elite Points. Nikmati kelebihan perjalanan seperti keutamaan check-in dan boarding untuk pesawat anda.

Keistimewaan Perjalanan

  • Diskaun Penerbangan: Nikmati diskaun sehingga 10% sepanjang tahun untuk penerbangan Malaysian Airlines.
  • Akses ke Malaysian Airlines Golden Lounge: Akses tanpa had ke ruang rehat MAS Golden Lounge untuk anda dan seorang tetamu.
  • Perlindungan Insurans Perjalanan: Nikmati perjalanan dengan tenang apabila anda dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM2 juta, termasuk kesulitan perjalanan.

Kemudahan Kewangan

  • Pelan Pindahan Baki: Pindahkan baki kad kredit lain ke kad AmBank Enrich Visa Infinite untuk penjimatan tambahan melalui pelan AmBank Balance Transfer.
  • Bayaran Ansuran Mudah: Guna pelan AmFlexi-Pay atau AmBank Easy Payment Plan untuk menukar pembelian tunai anda kepada bayaran ansuran bulanan dengan caj yang berpatutan.
  • Tunai Segera: Perlukan wang tunai di saat kecemasan? AmBank QuickCash boleh membantu. Dapatkan wang tunai segera dengan pelan ansuran tunai ini.
  • Kemudahan Pembayaran: Kad AmBank Enrich Visa Infinite menyokong kaedah pembayaran Apple Pay dan Google Pay untuk memudahkan transaksi harian anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Dokumen bukti pendapatan (slip gaji/penyata komisen/resit bayaran cukai).
  • Dokumen berkaitan jika diminta oleh pihak AmBank.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM500
Percuma tahun pertama. Tahun berikutnya diskaun 50% untuk transaksi RM50,000 ke atas, diskaun 100% untuk transaksi RM100,000 ke atas.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM50 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Ganjaran Mata Enrich dikecualikan untuk transaksi berkaitan petrol, kebajikan, badan kerajaan, JomPay, dan E-Wallet.
  • Mata Enrich yang terkumpul dan diskaun penerbangan boleh ditebus melalui aplikasi Malaysia Airlines.
  • Anda boleh menukar baki kad kredit kepada bayaran ansuran bulanan melalui pelan AmFlexi-Plus.

Pelan Pembiayaan

AmBank Balance Transfer
AmBank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda dengan kadar faedah yang kompetitif dan bayar semula sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut
AmBank AmFlexi-Pay
AmBank AmFlexi-Pay

Pelan Easy Payment yang fleksibel dengan caj kadar faedah serendah 3% p.a. Pembelian minimum hanya RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
AmBank Easy Payment Plan
AmBank Easy Payment Plan

Guna kad kredit AmBank anda untuk sertai pelan bayaran ansuran AmBank EPP. Pembelian serendah RM200 dengan tempoh bayaran ansuran maksimum sehingga 24 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
AmBank QuickCash
AmBank QuickCash

Ansuran tunai dari serendah RM1,000 hingga had kredit maksimum kad kredit AmBank anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Caj kadar faedah tetap (fixed interest) untuk memudahkan anda mengurus kewangan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AmBank Enrich Visa Infinite

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mendapatkan kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite? Anda boleh mohon melalui salah satu daripada kaedah berikut.

Mohon Dalam Talian

  1. Layari laman web AmBank.
  2. Isi maklumat pada borang yang disediakan dan hantar permohonan.

Klik untuk ke laman web AmBank.

Mohon Melalui Aplikasi Amonline

Untuk pelanggan AmBank, anda boleh menggunakan sistem AmOnline untuk mohon.

  1. Buka sistem AmOnline dan pilih “Quick Actions”.
  2. Pilih “Apply for More Services” > “Get Credit Card” > “Get a New Credit Card”.
  3. Pilih kad AmBank Enrich Visa Infinite dan mohon.

Klik untuk ke laman web AmOnline

Mohon Melalui Cawangan

  1. Kunjungi cawangan AmBank terdekat.
  2. Lengkapkan borang permohonan kad kredit dan hantar.

Klik untuk lihat senarai cawangan AmBank

Khidmat Pelanggan

Guna saluran berikut untuk menghubungi pihak AmBank sebarang pertanyaan berhubung kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite.

Kesimpulan & Perspektif

Kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite menawarkan sebuah pakej lengkap untuk mereka yang sering melancong dengan pulangan mata ganjaran Enrich, diskaun hebat dan keistimewaan perjalanan yang menarik. Ciri dan kelebihan ini menjadikan kad ini salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan sekiranya anda sering menggunakan perkhidmatan Malaysian Airlines (MAS). Walau bagaimanapun, kelayakan gaji dan caj yuran tahunan yang dikenakan agak tinggi. Pertimbangkan faktor-faktor ini sebelum anda buat keputusan sama ada ingin memiliki kad ini atau tidak.

Sekiranya anda ingin melihat lebih pilihan kad kredit yang menawarkan keistimewaan dan ganjaran yang sama, guna laman Cari Kad Kredit yang kami sediakan untuk mencari kad yang benar-benar memenuhi keperluan anda.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite

Ya, anda boleh menebus mata Enrich yang terkumpul untuk pelbagai ganjaran, seperti barangan, diskaun, baucar, dan pelbagai lagi. Layari laman web Enrich untuk maklumat lanjut.

Elite Points adalah mata yang diperlukan untuk menaik taraf tahap keahlian Enrich dan Oneworld. Dengan mengumpul mata Elite Ponts, anda boleh mendapat status keahlian yang lebih tinggi dan mendapat kelebihan tambahan. Layari laman web Enrich untuk maklumat lanjut.

Tidak, kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite tidak menawarkan akses percuma ke Plaza Premium Lounge, sebaliknya menawarkan akses tanpa had ke Malaysian Airlines Golden Lounge.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AmBank (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AmBank (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AmBank (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AmBank (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite

Ada soalan tambahan berhubung AmBank Enrich Visa Infinite?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AmBank (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AmBank (M) Berhad

Ambank (M) Berhad
AmBank (M) Berhad, sebahagian daripada AmBank Group, adalah kumpulan perbankan keenam terbesar di Malaysia dengan pengalaman 42 tahun. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik melalui 175 cawangan, AmBank menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif untuk individu dan korporat – termasuk akaun, kad, pelbagai pembiayaan, insurans, pelaburan, dan perbankan atas talian AmOnline dengan pembantu…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…